.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Jumaat, 9 Oktober 2009

PMRAM Lancar Misi Syaqah


Bermula pada 8 oktober, PMRAM di bawah gerak kerja Lajnah dan Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2009 mengumumkan bahawa misi Syaqah PMRAM akan melakukan gerak gempur bagi melakukan kutipan LE 300. Gerak gempur ini dilakukan sepanjang 3 bulan, bermula 8 oktober sehingga 31 Disember 2009.
Hasil daripada perbincangan bersama dengan Unit Kebajikan Dan Kemanusiaan di peringkat BKAN dan DPM, satu usaha yang maksima akan dilakukan dalam merealisasikan misi gerak gempur ini memandangkan baki tempoh untuk merealisasikan usul yang telah disepakati ini tinggal 3 bulan sahaja. Justeru, inisiatif bagi mempercepat untuk mendapatkan sasaran bagi dana pembelian syaqah ini, kutipan sumbangan ke atas 1000 nama yang telah didaftarkan sebelum ini akan ditumpu secara 100 %.

Saudara Zuhaili Saiman selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dan Kemanusiaan PMRAM 2009 mengulas, dalam misi gerak gempur ini, ia lebih tertumpu kepada keberjayaan dalam mengutip sumbangan ke atas 1000 nama penyumbang tersebut di samping mencari alternatif tambahan daripada kutipan luar. Bahkan dalam perangkaan tersebut mungkin akan dijalankan "ROAD SHOW DANA SYAQAH" di setiap cawangan PMRAM mengikut kesesuaian masa.

Beliau mengulas lagi bahawa, keberjayaan bagi merealisasikan usul dalam menjayakan pembelian Syaqah PMRAM pada akhir tahun ini tidak hanya bergantung kepada gerak kerja unit kebajikan semata-mata tanpa kesedaran yang tinggi dari kalangan ahli sendiri dalam menyumbangkan dana sebanyak LE 300 seorang. Bahkan, dalam misi menjayakannya, pihak PMRAM mengharapkan ahli agar lebih membuka hati dalam membantu bukan hanya sekadar menyumbang LE 300 semata-mata malah sepatutnya menjadi wakil PMRAM di dalam memainkan isu ini.

Beliau juga memaklumkan bahawa kini dana yang terkumpul di dalam PMRAM menuju mencecah LE 300 ribu.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template