.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 14 Julai 2009

BERAKHIRNYA SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN `09


Salam bicara buat semua...

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat-Nya. Bilamana berakhirnya seminar ini, bermakna tersedialah sedikit ruang buat ana untuk kembali bebicara di blog ini.. lama juga rasanya tidak menukilkan apa2. Kali ini pun ana tidak berhasrat untuk berceloteh panjang. Masih ada tugasan yang perlu disiapkan malam sebelum mentari muncul esok harinya.

Cukuplah gambar-gambar yang ana lampirkan ini menceritakan suasana seminar ini. Cuma ingin ana kepilkan bersama kepuasan hati ini bilamana berpeluang bertemu mata dengan pelbagai jenis orang terutamanya mereka yang bergiat dalam bidang siasah dan perundangan negara. Paling tidak terduga juga bahawa ana berkesempatan bertegur sapa dengan sahabat ayah ana yang puluhan dahulu pernah mewarnai perjalanan hidup keluarga ana yang kini rupanya Ketua Pendakwa Syarie Perak. Lebih mengujakan tatkala berpeluang bebeicara di hadapan audiens yang kebanyakannya terdiri daripada gologan profesional dan hadir daripada seluruh negara walaupun hanya sebagai pengerusi umum (ii). Tidak terbilang dengan jari jumlah tokoh2 terkemuka yang hadir.. Setinggi2 syukur tidak terhingga dipanjatkan kepada-Nya atas peluang untuk hamba yang lemah ini menimba sedikit pengalaman bernilai buat panduan kelak. Alhamdulillah...

Pengisian program? Ana tidak berhasrat untuk mengulasnya memandangkan kebanyakan komitmen menuntut untuk ana lebih berada di dalam bilik sekretariat berbanding di dalam dewan. Apa pun ana tetapkan akan kongsikan pengisianna melalui jualan buku kompilasi kertas kerja yang dibentangkan hanya denga nilai RM15.00. Lebih menguntungkan lagi, turut terdapat 4 lagi kertas kerja sisipan yang mantap2. Kepada sesiapa berminat, emailkan ke : inniakhafullah_09@yahoo.com





Peristiwa bergambar di sebalik tabir SMS`09:


Inilah gambar-gambar di hari program berlangsung:




Syukur tidak terhingga atas segalanya kepada-Nya. Kepada rakan2 seperjuangan, semoga kalian terus tabah meniti liku-liku hidup yang bakal mendatang dan mudah-mudahan kalian dipelihara-Nya. Amin.
"Pengalaman adalah sebaik-baik guru"

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template