.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 25 Julai 2009

Kembara Hujung Minggu


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seperti kebiasaanya, tatkala ada sebarang aktiviti, persiapan awal pastinya perlu. Setelah pasti segalanya lengkap dan sambil menanti waktunya tiba, tubuh ini direhatkan seketika daripada lenguhnya. Jam di dinding (yang cepat 10 minit) menunjukkan lebih kurang pukul 7:30 pagi. Selang beberapa ketika tubuh ini direhatkan, handphone ana berdering pantas digapai untuk diterima panggilan tersebut. Rupanya penggilan tersebut daripada Ust Zulqarnain yang baru selesai kuliah subuhnya di kawasan sekitar ini dan mengajak ana dan Syazwan untuk bersarapan bersamanya. Pada awalnya agak keberatan kerana pada pukul 8:30 pagi nanti ana akan bertolak ke Dabong untuk meninjau tapak program minggu hadapan, Kembara Mahasiswa 2009 (KEMMAS`09). Memandangkan Ustaz Zulqarnain memberi jaminan bahawa waktu masih sempat, ana gagahkan juga diri ini. Kami bertiga (Ust, Syazwan & ana) akhirnya memilih sebuah kedai makan yang tersorok jauh di dalam sebuah kampung di belakang KIAS untuk bersantap. Teruk kami berdua kena, selepas habis nasi sepinggan, masing-masing kena habiskan sekeping roti canai pula. Makan sakan na...:) Terima kasih banyak2 la Ustaz Zul yang sudi belanja.

Setibanya kembali di KIAS, kelihatan Pres (panggilan yang sering digunakan utk Presiden PMKIAS-Syed Ridzuan) dan Sabri bersiap nak pi ambil Pok Su (panggilan yang sering digunakan untuk Ust Alias Ahmad-Pegwai Eksekutif Pembangunan dan Kegiatan Pelajar). Ai....x siap lagi, hati ini terdetik. Jam di tangan menunjukkan kurang 10 minit lagi menghampiri 8:30pagi. Memikirkan bilik di tingkat 3 yang pastinya memenatkan untuk ana berulang-alik, ana akhirnya berkeputusan untuk berbual dengan Ustaz Zulqarnain di biliknya sementara menanti waktu bertolak.

Kira-kira pada pukul pada pukul 9:18 minit pagi kami bertolak dengan sebuah kereta (milik Pok Su Li) dan sebuah van KIAS. 4 orang muslimin dengan kereta Pok Su Li, sementara 3 orang muslimin dan 6 orang muslimat dengan van. Perjalanan kami terhenti 12 minit berikutnya untuk berhenti bersarapan. Perut ini hanya mampu menampung secawan kopi 'O' dan memerhatikan mereka yang lain bersarapan. Kenyang lagi..


Kelihatan Pok Su Li, Abg Wan, & akhi Asrol bersarapan.


Jauh lagi ni..

Perjalanan diteruskan 32 minit kemudiannya. Pada peringkat awalnya, ana banyak menumpukan perhatian kepada akhbar Metro sambil2 meninjau laluan yang bakal digunakan untuk berkonvoi nanti. Setelah selesai meneliti akhbar Metro tersebut, ana gunakan kesempatan yang ada untuk merakamkan kehijauan ciptaaan-Nya. Teruja benor dibuatnya...:) Setelah selama sejam 13 minit perjalanan, van yang kami naiki berhenti pula di stesen Petronas di daerah Jeli. Kereta Pok Su Li pula entah di mana, mereka lebih cepat daripada kami. Setelah itu, perjalanan diteruskan lagi tanpa henti dan kira-kira pada pukul 12:15 tengahari kami tiba akhirnya, Kg Candek yang terletak di kawasan Dabong (pendalaman Jeli).




Memandangkan temu janji dengan ketua kampung selepas zohor, maka ketibaan kami yang awal ini tiada yang menyambutnya. Turun sahaja daripada van, kedai kopi yang tidak jauh daripada kedudukan kami terus menjadi sasaran....:) Muslimat pula asyik dok pusing2 kampung.. Di kedai kopi, kami bertegur sapa dengan salah seorang penduduk di situ bersama cucunya.. macam2 diceritakannya.


Pok Su, Pres & penulis bersama orang kampung.


Rambutan pertama kami di sini..


Antara yang sempat difokuskan ialah kisah2 ketika beliau masih di peringkat anak remaja dahulu.. berkenaan dengan gajah yang pernah masuk ke kampung ini dan kisah disebalik sungai di kampung tersebut. Bukan setakat pekena air je kat kedai ni, sekali dengan rambutan diangkutnya...:)



Abang ni sedang membersihkan buah yang dijadikan asam keping.




Lebatnya buah... Teringat kat kampung sendiri..



Rasa bosan mula menyelubungi diri, lantas itu 3 orang sahabat lagi diajak untuk berjalan-jalan mengenali kampung ini. Kami tinggalkan Pres dan Pok Su Li dengan orang kampung tersebut.
Hasil daripada pemerhatian ana, kebanyakan masyarakat di sini terdiri daripada peringkat anak-anak kecil dan golongan dewasa. Hanya segelintir sahaja wujudnya golongan remaja. Ana difahamkan bahawa kebanyakan golongan tersebut bersekolah di luar dan tinggal di asrama.
Kami berjalan dan terus berjalan.. Macam2 gelagat orang kampung. Pokok-pokok rambutan kat sini masih terhias dengan buahnya yang lebat kemerahan. Teringat pula kat kampung.. Rasanya tahun ni memang kempunan nak merasa musim buah kat kampung. Dah 2 bulan lebih tak pulang ke kampung... Isk3 cepat betul masa berlalu..

Sambil pusing2 tu, kami sempat menuruni ke sungai.. kesian tuan sampan kat situ.. habis posing la jumpe sampan ni..:)



Selesai meredah sungai, ketika perjalanan pelang ke warung, terserempak dengan Pok Su Li dan Pres kat dalam salah sebuah rumah orang kampung di situ. Kami terus ke sana dan ternyata rambutan sedang setia menanti kami..:) Banyak juga la yang dibualkan dengan tuan rumah.. kebanyakannya kisah2 program2 dan aktiviti daripada luar yang pernah diadakan di sini..

Perbualan kami akhirnya tamat setelah menjelangnya waktu zohor..
Seusai solat zohor.. Kami berbual pula dengan ahli jemaah di surau tersebut sementara menantikan ketua kampung... Sementara itu jugalah, kami dijamu dengan rambutan.. Habis sebakul, depa bawa mai sebakul pula...

kemudian, durian pula... huhu.. tu pun 2 kali juga.. Isk3! Murah rezeki betul..

Akhirnya tiba juga tok ketua kampung.. tak banyak yang dibincangkan melainkan bicaranya dengan Pok Su Li yang banyak berkiasan.. mungkin ni cara orang lama... mujurlah kiasannya yang tidak terlalu tinggi membuatkan ana faham apa yang dibualkan...






Turut dikisahkan adalah kisah gajah peliharaan orang kampung di situ yang mengamuk.. panjang citernya.. kisah ini telah melebihi 20 tahun usianya...


Pak cik ni sedang menceritakan kisah amukan gajah.


Retak akibat hentakkan gajah.


Kesan terkena gading gajah.


Bersemangat nak tengok, sampai masuk bawah surau..:)


Sempat juga menuntut ilmu ni...:)

Selesai bcerita.. kami ke rumah Abe Li pula untuk makan tengahari.. Abe Li telah pun siapkan makan tengahari untuk kami semua termasuk muslimat.. sekali time nak bergerak tu, muslimat cakap ada "Ma" ajak pi makan kat rumahnya... terpaksa la bahagi2. Tuhan je la yang tahu betapa seksanya perut ni nak habiskan makanan.. nak jaga hati tuan rumah la katakan... Fuh! Mujur la ada budu buat penambah selera.. Alhamdulliah.. Murah benor rezekinya...


Setelah selesai makan, kami mula berangkat pulang..... sempat juga kami menatap keindahan ciptaan-Nya. Pok Su Li telah bawakan kami melihat air terjun di dada gunung...

Semasa dalam perjalanan pulang, tanpa di duga handphone yang sejak tadi membisu dek ketiadaan rangkaian Celcom di pendalaman tadi akhirnya menjerit histeria kerana mesej yang diterima drp adik ana yang menyatakan bahawa ayah ana ada di Kota Bharu. Diringkaskan cerita, akhirnya bertemu jua dengan ayahanda tercinta di masjid Batu Gajah, Tanah Merah...

ada beberapa hal keluarga sempat dibincangkan.. Perjalanan diteruskan lagi dan akhirnnya kami tiba di KIAS saat waktu azan maghrib sedang berkumandang..

Alhamdulillah..
Siap juga mengarang setelah 2 hari mengarang dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan ni.. Mudah2hn cepat sembuh...:) Amin..

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template