.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 19 Mei 2009

Pengalaman di Mahkamah...







Sejak ana mengenali subjek Pentadbiran Mahkamah Syariah semasa di semester 1 lagi hasrat untuk mengikuti perbicaraan kes di mahkamah. Pernah ana suarakan pada ayah ana yang merpakan salah seorang kakitangan di Mahkamah Rendah Syariah Gerik akan hasrat ana. Namun sering kali berhalangan sama ada tiada perbicaraan ketika waktu ana kelapangan dan sebaliknya. Perkara ini akhirnya ana biarkan terkubur begitu sahaja. Perkara ini telah lama tidak ana sebutkan, namun ianya kembali ligat bermain di kotak fikiran ana apabila ayah ana memaklumkan kepada ana bahwa pagi keesokannya (pagi kelmarin) ada perbicaraan di mahkamah yang sudah hampir sebulan tiada perbicaraan disebabkan hakim mahkamah tersebut yang telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pendakwa Syarie Perak.

Kira –kira pada pukul 9.45 pagi 18 Mei 2009 impian itu akhirnya menjadi kenyataan apabila ana menjejakkan kaki ke dewan perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah Gerik. Setibanya di dalam di dewan, 2 orang polis yang bertugas memberikan taklimat tentang tatacara adab di dalam di dewan dan semasa hendak keluar. Kedua-dua anggota polis yang merupakan rakan sepejabat ayah ana ini meman telah mengenali ana, tiba-tiba sahaja salah seorang anggota polis yang ana kenali dengan panggilan Pak Cik Mail menyuruh ana mendapatkan kot di pejabat. Ana bergegas tanpa banyak bicara dan kembali dengan kot yang siap dipakai. Tup..tup..sekali Pak Cik Mail tak bagi ana duduk kat tempat orang awam.. huhuhu…jadi polis juga ana hari tu. Kedudukannya di bahagian sisi dewan dan agak terkedepan daripada orang awam. Malu jugak rasanya… bangga? Ada la cikit2..hehe.. siapa la yang tidak teruja dilayan sedemikian.. sempat lagi Pak Cik Mail bergurau dengan Ust Hanafiah (Penolong Pendaftar) yang singgah sekejap ke dalam dewan itu dengan mengatakan bahawa ana ni bakal hakim… wah..InsyaAllah.. Amin..
Setelah beberapa minit waktu melewati pukul 10 pagi, kedengaran loceng menandakan hakim akan memasuki dewan dan anggota polis kemudiannya mengarahkan semua berdiri seterusnya duduk setelah diizinkan oleh hakim.

Hakim baru ini kelihatan masih muda orangnya, barangkali di hujung umur 20, mencecah 30 tahun. Boleh tahan juga hensemnya. Sepanjang pemerhatian ana selama 2 jam lebih berada di dalam dewan, memang serius orangnya. Tak pernah senyum pun.. kira-kira hampir 13 kes dengan 3 bentuk kes iaitu faraid, permohonan cerai dan permohonan wali hakim telah dibicarakan pada hari tersebut, ada yang terpaksa ditangguhkan dan kebanyakannya Berjaya diselesaikan pada hari tersebut. Ana langsung tidak berganjak daripada mengikuti perjalanan perbicaraan pagi itu sehingga akhir. Kadang-kadang perasaan sedikit terusik bilamana melihat rumah tangga mereka yang runtuh. Kebanyakkan mereka mempunyai anak yang ramai.. malang betul anak-anak mereka, ibu bapa bercerai di saat mereka masih memerlukan kedua-duanya. Sebab cerai? Macam-macam ada.. gagal dalam berpoligami, kaki perempuan dan macam-macam lagi. Melihat wajah-wajah anak yang tidak sah taraf nikah juga melahirkan kesayuan di hati ana, nak kawin barulah mereka mengetahui status mereka. Kepada para pembaca.. ambillah iktibar daripada peristiwa ini.. janganlah sesekali kita menjadi penyebab ana tidak sah taraf nikah @ anak luar nikah.. bukan setakat tidak boleh kita mewalika mereka, malah turut timbul masalah-masalah lain dalam pewarisan harta dan seumpamanya. Akhirnya ana pulang dengan perasaan gembira atas pengalaman yang baru ditimba. Apa pun ana masih rasa tidak puas.. kalau boleh, ana mahu mengikuti perjalanan sebuah kes dari awal hingga akhir dan juga di setiap peringkat mahkamah yang ada. InsyaAllah akan tiba waktunya nanti…

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template