.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 30 Mei 2009

Hari Ini Dalam Seminar Peringkat Kebangsaan

0 ulasan
Sebentar tadi Alhamdulillah ana berpeluang untuk bersama-sama dalam Forum Perdana bersempenakan Seminar Pegawai & Kakitangan Masjid Semalaysia anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Persatuan Pegawai & Kakitangan Masjid Semalaysia (PPMK), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) & Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang bertempat di APIUM. Program ini telah bermula sejak selepas zohor semalam lagi dan InsyaAllah akan tamat pada tengahari esoknya. Ianya juga telah dirasmikan oleh Tuan Guru Menteri Besar Negeri Kelantan sendiri pada malam semalam.

Mendukacitakan sekali ana hanya berkesempatan untuk menghadirkan diri hanya kira-kira setengah jam sahaja setakat ini. Terpaksa ana utamakan tuntutan tugasan yang lain yang perlu ana segerakan. Namun syukurlah juga kepada-Nya kerana pada malam ini ana terlipih juga untuk diberi peluang bersama-sama dalam taman syurga ini.. Forum yang bertajuk Peranan Institusi Masjid: Sejarah, Realiti & Cabaran sebentar tadi telah membariskan panelis-panelis yang tidak asing lagi dengan ketokohan mereka terutamanya di bumi Serambi Makkah ini. Mereka ialah Dr.Johari Mat (Ketua Eksekutif KIAS), Ust Tuan Syarifuddin Tuan Ismail (abang kepada salah seorang pensyarah KIAS, Ust Tuan Safuan) dan Ust Suhaimi Mohamad (drp JHEAIK).

Antara intipati yang sempat ana petik selama setengah jam di dalam dewan tersebut, dapatannya bagaimana bermula fungsi sebuah masjid dalam menyatupadukan ummah dalam kelompok masyarakat yang kecil sehinggalah kepada pembentukkan sebuah negara Islam sebagaimana buktinya yang telah dizahirkan oleh Rasulullah S.A.W dengan bermulanya pembinaan Masjid Quba` sehinggalah pembinaan Negara Islam Madinah. Menyentuh juga di dalam forum ini tentang akan kreativiti pendekatan yang seharusnya diketengahkan dalam mendekatkan masjid dengan masyarakat, tugas imam dan kakitangan masjid sebagai penyambung tugasan nabi, dan seumpamanya. Cukup luas isu-isu yang diperkatakan. Bermula daripada hal-hal tempatan, negara dan juga di peringkat global.

Ai...rasanya jari-jemari ini sudah tiada upaya untuk menari di pentas
keyboard lewat malam begini.. dat tiba waktu buatnya berehat..
Cuma harapan ana mudah-mudahan akan berlakunya anjakan dalam memperkasakan lagi institusi masjid yang akan diterjemahkan oleh para peserta program ini selepas ini.. InsyaAllah.

Jumaat, 29 Mei 2009

Kongres Rejuvenasi Pendidikan Pendidikan Islam Negara 2009

0 ulasan

maklumat lanjut di: http://kongrespendidikan.blogspot.com/

Khamis, 28 Mei 2009

Konsert Antara Dunia

0 ulasan

Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam

Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Dengan Kerjasama :
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Harga TIKET

RM 10 (Biasa)
RM 30 (Sederhana)
RM 50 (VIP)

Hubungi untuk dapatkan TIKET

Abdul Qahhar : 013-6288614
Ummu Syazwina :
013-2042597

Untuk keterangan lanjut, sila lawati:

Pesanan Syed Qutb

0 ulasan

Saudara,
seandainya kau tangisi kematianku
dan kau sirami pusaraku
dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan teruskanlah perjalanan
ke gerbang jaya

Saudara,
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih
yang sedang merindu
taman-taman di syurga Tuhanku
bangga menerimaku
burung-burungnya
berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara,
puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah rohku terbang
mendapatkan rindunya
janganlah gentar
berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar



(ditulis beberapa jam sebelum menemui syahid di tali gantung pada tahun 1966)


sumber: halaqah.net

Selasa, 26 Mei 2009

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam

0 ulasan

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam dilahirkan pada tahun 1941 di Desa Sailatul Harithiyyah, Palestin. Hafal al-Quran, ribuan hadith dan sya'ir. Berkahwin pada umur 18 tahun, kemudian berhijrah ke Jordan. Pada Tahun 1966 meraih gelaran Lc dalam Fakulti Syari'ah Universiti Damaskus Syria dengan cara Pendidikan Jarak Jauh (intisab). Memperolehi Master pada tahun 1969.

Pada tahun 1973, Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam menyelesaikan program kedoktoran dalam bidang Usul Fiqh di Univeristi al-Azhar, Kaherah, Mesir dengan predikat Asyraful 'Ula. Tahun 1980 beliau diusir pemerintah Jordan kerana aktif dalam gerakan Islam. Kemudian beliau mengajar di Universiti King 'Abdul 'Aziz, Arab Saudi. Pada Tahun 1982, beliau berhijrah ke Pakistan, kerana ingin berkonsentrasi pada jihad Afghan. Tahun 1984 bekerja di Rabithah 'Alal Islami sebagai Mustasyar (penasihat) dalam bidang pendidikan untuk Mujahiddin Afghan.

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam terlibat dengan jihad sejak di Jordan lagi (Perbatasan Palestin - Jordan) sehinggalah beliau diusir oleh pemerintah Jordan. Di Pakistan belaiu berhubung dengan para pemimpin Mujahiddin Afghan seperti Ustaz Sayyaf, Hekmatiyar, Burhanuddin Rabbani dan Yunus Khalis. Kadang-kadang beliau pergi ke medan jihad di Afghanistan.

Asy-Syahid Dr. 'Abdullah 'Azzam selepas itu menghabiskan hidupnya berjihad fi sabiliLLAH di Afghanistan sehinggalah beliau syahid pada hari Jum'at, 24 November 1989. Beliau syahid ketika kenderaan yang ditumpangi bersama kedua anaknya meledak kerana bom yang dipasang oleh musuh-musuh Islam.

Antara buku-buku yang pernah dihasilkan oleh beliau ialah:Ayaturrahman Fi Jihadil Afghan, Ad-Difa' 'An Aradhil Muslimin min Ahammi Furudhul A'yan. Setelah beliau syahid, Maktab Khidmat Al-Mujahiddin mengumpulkan pelbagai ceramah beliau kemudian dijadikan buku yang mencapai 50 judul, di antaranya Siri Tarbiyyah Jihadiyyah (15 Jilid), Hijrah dan I'dad (3 Jilid)

Rahsia Yahudi....?

0 ulasan
BERIKUT ADALAH HASIL KAJIAN DR STEPHEN : MENGAPA ORANG YAHUDI CERDIK


Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.


Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.


Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.Persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.


Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.PemakananKetika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.


RokokDi Israel, merokok adalah taboo (tidak baik), apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi)TadikaPerhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah di latih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Sekolah RendahSeterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan di ajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Sekolah MenengahSelanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi jika ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Fakulti PerniagaanSatu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1 juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya di cipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.IbadatPernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Bantuan niagaBerpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell compter, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.KesimpulanKesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.Merokok menjanjikan generasi yang bodoh (goblok) dan sudah tentu generasi bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sana, perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! - ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!!.Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh?, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70!!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang, berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga di usir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ke tengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 muka surat penuh. Eseinya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.Dr. Stephen Carr LeonSebenarnya orang Islam yang seharusnya mengikuti cara hidup yang telah di sarankan di dalam Al Quran tetapi sebaliknya orang yahudi yang menjadikan saranan tersebut sebagai cara hidup mereka. Maka tidak hairanlah mereka boleh menakluki dunia dengan kebijaksanaan mereka..renung-renungkan lan.

Isnin, 25 Mei 2009

Teman...

0 ulasan



Teman, aku ingin.....

Teman tersayang,
Aku ingin kita seperti Abu Bakar al-Siddiq,
Persahabatan dijalin kerana al-khaliq,
Harta dikorban bukan sedikit,
Cintakan kebenaran,
Sanggup bersakit.
Serta tawakal Ibrahim mulia,
ketika meninggalkan insan tercinta,
Di bumi tandus tanpa bicara,
menyakini Allah sebagai Penjaga.

Aku impikan antara kita seorang Umar,
Berdiri tatkala tunduknya manusia,
Bersuara tatkala diamnya mereka,
Menggerunkan musuh durjana.
Serta senyuman Syed al-Qutb,
Ketika berhadapan dengan tali maut,
Akidah mantap tidak terrengut,
Roh dakwahnya tidak surut.


Aku ingin kita seteguh Ibnu Zubbair,
Menahan panahan Hajjaj dengan rela,
Bersama si ibu tua,
Lantas syahid,
Rohnya ke syurga.
Marilah kita menyemai benih Hassan al-Banna,
Fikrahnya jernih, menggegar dunia,
Merelakan tubuhnya dimamah peluru,
Demi menegakkan kalam Allah dan Rasul.
Aku cintakan pemuda Giffari,
Menentang kezaliman walaupun diancam,
Moga kan lahir lagi di abad ini,
Jiwa jitu pemuda yang tak pernah suram.

Aku ingin kita sepemaaf Yusuf,
Tetap mencintai saudaranya,
Walaupun dihumban ke perigi tua,
Terpisah dari ayahanda bertahun lamanya.
Aku ingin pusara kita harum mewangi,
Bagai harumnya pusara Masyitah,
Semerbak kasturi.Aku ingin persahabatan indah ini,
Bisa menjadi syafaat,
di Mahkamah Masyar nanti.



-Tautan Hati

Sabtu, 23 Mei 2009

Kahwin??

0 ulasan

Salam tinta buat para pembaca segabai pembuka bicara....
kali ini, ingin ana sisipkan sedikit cebisan aktiviti terkini ana...
Alhamdulliah.... Dengan tamatnya kertas kerja yang kesebelas kira-kira pada pukul 3.30 petang tadi bermakna telah tamatlah sudah Kursus Pra Perkahwinan anjuran bersama JHAEIK & Jab.Al-Syariah KIAS yang bermula pagi semalam..


Kursus yang hanya mensasarkan siswa/i tahun 2 ke atas sahaja ini telah mendapat penyertaan kira-kira 150 orang. Para pembentang kertas kerja pula bukan calang-calang orangnya... Sebahagian daripada mereka terdiri daripada Pegawai Dakwah, Pegawai Agama Jajahan, Tim.Pendakwa Syarei yang juga merupakan bekas hakim mahkamah syariah, seorang doktor pakar daripada USM dan seumpamanya. Ana pula telah ditaklifkan sebagai urusetia program dan satu-satunya urusetia muslimin... Fuh! memang mencabar... habis semua perlu ambil berat bermula daripada pendaftaran, teknikal, protokol mahupun pengerusi majlis... mau pitam dibuatnya... apa pun, ana dapati ada manafaatnya, setidak-tidaknya ana telah mampu menguruskan bidang-bidang tugasan tersebut tanpa bergantung harap kepada orang lain.. mungkin itulah hikmahnya... Kursus selama 2 hari ini ana kira telah diterangkan secara menyeluruh berkenaan kehidupan berumahtangga dan ana tidak berhasrat untuk menyebutnya kembali.. kalau nak tau, kena la masuk kursus kahwin lepas ni..:)


Bila sebut pasal kahwin ni.. teringat pula kepada beberapa orang insan dalam hidup ana.. Syazwan yang pernah ana bermimpi akan perkahwinannya, mungkin kesan kerana pernah berbincang dengannya bekenaan ciri-ciri isteri pilihannya...he3 sapa nak tau, tanya tuannya...
Teringat juga pada Umair salah seorang sahabat yang pernah merancang untuk mendirikan mahligainya pada tahun ini walaupun masih berumur 21 tahun... dan teringat pula kepada sepupu ayah ana yang lebih mesra dengan panggilan Mak Lang yang akan dipinang orang dalam minggu ini di saat ketika ini masih lagi sebaya dengan ana...


Termenung ana seketika... isk!3 betul la.. umur ni semakin meningkat dan tidak mustahil ana juga akan laluinya suatu masa nanti.. kekoknya rasa berubah daripada membujang kepada beristeri... tapi yang lebih ana termenungkan sebenarnya ialah berkenaan cabaran dalam rumahtangga bagi mereka yang berkahwin ketika di usia yang masih muda... entah la... tak berminat nak sebut panjang2 topik ni.. apa pun mudah-mudahan kepada sesiapa pun jua yang akan, sedang dan telah melayari bahtera mereka, ana doakan mudah-mudahan mereka semua akan bahagia hingga ke syurga.. amin...

Jumaat, 22 Mei 2009

Senja Yang Berlabuh...

2 ulasan
Kira-kira pukul 4petang tadi ana menerima mesej ringkas drp sahabat ana, Ismail.

"Cikgu Sabariah meninggal dunia." Innalillah... terkesima ana seketika.. menyemak kembali lipatan hari ana bersama arwah.. seorang guru yang cukup prihatin dan sering memuji ana serta beberapa orang sahabat yang lain.. sebagai guru BM, arwah cukup teliti akan setiap patah Bahasa Melayu yang keluar dari bibir anak2 muridnya... masih teringat ana akan beberapa perkataan yang menjadi mainan rakan sekelas... semasa menderita sakit kanser, ana hanya 2 kali berkesempatan menziarahinya... tidak diduga secepat ini arwah menyahut seruan Ilahi.. masih hangat lagi terasa bahang sambutan hari guru.. akhirnya arwah dipanggil pergi setelah tiba janji-Nya...


"Doa saya utk cikgu akan saya titipkan cikgu.. percayalah cikgu, pemergianmu ini amat dirasai anak muridmu ini, hanya Yang Maha Mengetahui sahaja mengerti betapa hati ini sedang menangisi kehilanganmu... sedangkan berjauhan tika menjengah ke ipt pun terasa kesayuan, inikan pula pemergian yang tidak kembali... mudah-mudahan rohmu ditempatkan bersama orng-orang yang beriman... amin..."

Khamis, 21 Mei 2009

PRK Yang Akan Mentalkinkan UMNO & BN

0 ulasan

Ini dia satu lagi pilihanraya yang amat ditakuti UMNO & BN... Ntah alasan apa pula yang akan dikemukan selepas ni? Mainan pembangkang dan pembaziran wang lagikah? dah x bminat nak bogkar pembaziran yang telah dilakukan BN, banyak sangat dan semua orang sudah maklum. Apa pun, kita semua pastinya ternanti-nanti apakah respon BN berkenaan PRK ADUN Manik Urai... :)

Al-Fatihah buat Allahyarham Ismail Yaacob.




ADUN PAS meninggal dunia
May 22, 09 8:11am


ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.


Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini. Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.


Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai Jumlah pengundi: 12,292 orangPeratusan kaum:

Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02% 1.


Ismail Yaacob (PAS) 5,746 2.

Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394

Majoriti: 1,352Jumlah undi: 10,332

Peratus mengundi: 84.05%

Undi rosak: 192

Selasa, 19 Mei 2009

Pengalaman di Mahkamah...

0 ulasan





Sejak ana mengenali subjek Pentadbiran Mahkamah Syariah semasa di semester 1 lagi hasrat untuk mengikuti perbicaraan kes di mahkamah. Pernah ana suarakan pada ayah ana yang merpakan salah seorang kakitangan di Mahkamah Rendah Syariah Gerik akan hasrat ana. Namun sering kali berhalangan sama ada tiada perbicaraan ketika waktu ana kelapangan dan sebaliknya. Perkara ini akhirnya ana biarkan terkubur begitu sahaja. Perkara ini telah lama tidak ana sebutkan, namun ianya kembali ligat bermain di kotak fikiran ana apabila ayah ana memaklumkan kepada ana bahwa pagi keesokannya (pagi kelmarin) ada perbicaraan di mahkamah yang sudah hampir sebulan tiada perbicaraan disebabkan hakim mahkamah tersebut yang telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pendakwa Syarie Perak.

Kira –kira pada pukul 9.45 pagi 18 Mei 2009 impian itu akhirnya menjadi kenyataan apabila ana menjejakkan kaki ke dewan perbicaraan Mahkamah Rendah Syariah Gerik. Setibanya di dalam di dewan, 2 orang polis yang bertugas memberikan taklimat tentang tatacara adab di dalam di dewan dan semasa hendak keluar. Kedua-dua anggota polis yang merupakan rakan sepejabat ayah ana ini meman telah mengenali ana, tiba-tiba sahaja salah seorang anggota polis yang ana kenali dengan panggilan Pak Cik Mail menyuruh ana mendapatkan kot di pejabat. Ana bergegas tanpa banyak bicara dan kembali dengan kot yang siap dipakai. Tup..tup..sekali Pak Cik Mail tak bagi ana duduk kat tempat orang awam.. huhuhu…jadi polis juga ana hari tu. Kedudukannya di bahagian sisi dewan dan agak terkedepan daripada orang awam. Malu jugak rasanya… bangga? Ada la cikit2..hehe.. siapa la yang tidak teruja dilayan sedemikian.. sempat lagi Pak Cik Mail bergurau dengan Ust Hanafiah (Penolong Pendaftar) yang singgah sekejap ke dalam dewan itu dengan mengatakan bahawa ana ni bakal hakim… wah..InsyaAllah.. Amin..
Setelah beberapa minit waktu melewati pukul 10 pagi, kedengaran loceng menandakan hakim akan memasuki dewan dan anggota polis kemudiannya mengarahkan semua berdiri seterusnya duduk setelah diizinkan oleh hakim.

Hakim baru ini kelihatan masih muda orangnya, barangkali di hujung umur 20, mencecah 30 tahun. Boleh tahan juga hensemnya. Sepanjang pemerhatian ana selama 2 jam lebih berada di dalam dewan, memang serius orangnya. Tak pernah senyum pun.. kira-kira hampir 13 kes dengan 3 bentuk kes iaitu faraid, permohonan cerai dan permohonan wali hakim telah dibicarakan pada hari tersebut, ada yang terpaksa ditangguhkan dan kebanyakannya Berjaya diselesaikan pada hari tersebut. Ana langsung tidak berganjak daripada mengikuti perjalanan perbicaraan pagi itu sehingga akhir. Kadang-kadang perasaan sedikit terusik bilamana melihat rumah tangga mereka yang runtuh. Kebanyakkan mereka mempunyai anak yang ramai.. malang betul anak-anak mereka, ibu bapa bercerai di saat mereka masih memerlukan kedua-duanya. Sebab cerai? Macam-macam ada.. gagal dalam berpoligami, kaki perempuan dan macam-macam lagi. Melihat wajah-wajah anak yang tidak sah taraf nikah juga melahirkan kesayuan di hati ana, nak kawin barulah mereka mengetahui status mereka. Kepada para pembaca.. ambillah iktibar daripada peristiwa ini.. janganlah sesekali kita menjadi penyebab ana tidak sah taraf nikah @ anak luar nikah.. bukan setakat tidak boleh kita mewalika mereka, malah turut timbul masalah-masalah lain dalam pewarisan harta dan seumpamanya. Akhirnya ana pulang dengan perasaan gembira atas pengalaman yang baru ditimba. Apa pun ana masih rasa tidak puas.. kalau boleh, ana mahu mengikuti perjalanan sebuah kes dari awal hingga akhir dan juga di setiap peringkat mahkamah yang ada. InsyaAllah akan tiba waktunya nanti…

Liku Ke Desa

1 ulasan

Perjalanan yang bermula kira-kira pada 9pagi itu tiba kira-kira hampir pukul 12 tengahari di stesen bas SKMK di Tanah Merah setelah banyak menghabiskan masa di sekitar Bandar Kota Bharu Bandaraya Islam menemankan Ismail @ Isma Aliff, salah seorang sahabat yang rapat ketika bersekolah di SMAI dahulu. Terpisah kerana mengikut haluan masing-masing, namun kini ditemukan kembali. Sebelum tiba di SMAI, sempat juga ana singgah di kedai menjahit Kak Pa (salah seorang ibu kepada bekas anak muridku). Beliau agak baik dengan ana dan tidak segan untuk berkongsi hal kehidupannya dengan ana. Banyak juga yang dapat ditimba daripada pengalaman orang sepertinya. Akan ana manafaatkannya, InsyaAllah. Ana tinggalkan barangan ana di kedainya…tidak selesa nak menjejakkan kami ke SMAI dengan beg yang tidak diperlukan buat masa itu… kedatangan ana ke SMAI adalah untuk berbincang berkenaan kertas kerja program yang dijadulkan akan bermula pertengahan bulan 6. Sempat juga ana bertegur sapa dengan beberapa orang guru yang sememangnya mesra dengan ana.

Seusai solat zohor, ana dan Ismail berkira-kira untuk berjalan di sekitar bandar Tanah Merah kerana masing-masing mempunyai beberapa barangan yang perlu dibelikan. Namun Ismail mengatakan kepada ana bahwa Ust Darul mengajak untuk makan di kedai makannya, Restoran Syabab. Ternyata Ust Darul sedang menantikan kami yang lewat sedikit menunaikan solat zohor disebabkan beberapa kali sangkut dengan beberapa orang guru muslimat ketika dalam perjalanan ke musalla. Namun ajakan Ust Darul gagal kami penuhi gara-gara Ust Syaharuddin yang sedia menunggu di dalam keretanya mengajak untuk ke rumahnya dan kami akhirnya mengikutinya. Rasa bersalah sememangnya tidak dapat dibendung dan sering ana sebutkan kepada Ismail. Ketika menjamu selera di rumah Ust Saha, takdirnya menentukan bahawa kami akan bertemu seorang lagi sahabat yang sekian lama terpisah, Zulkifli Ibrahim. Beliau sekarang rupanya sedang mengajar di sebuah pondok di Terengganu. Sedikit yang agak menarik berkenaan keluarganya, bermula daripada anak ke empat hinggalah ke atas kesemuanya berlatar belakangkan pendidikan asas pondok. Akhlak mereka memang bagus.. boleh dikatakan sebagai anak-anak yang soleh & solehah. Berkumpulnya kami tengahari itu umpama ana rasakan pertemuan sebuah usrah yang ahli-ahlinya kembali ke pangkuan naqib dengan pencapaian masing-masing…

Diringkaskan cerita, bukan sahaja rancangan untuk bermalam di masjid berubah tempat ke rumah Al-Akh Zulkifli Ibrahim, malah rancangan untuk bermalam semalaman akhirnya menjadi 2 malam gara-gra terlepas bas. Sedikit yang ingin dinukilkan dalam perjalanan ini. Malam harinya ana berkesempatan menhadiri ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Tanah Merah (MARTAM) yang masih lagi dalam proses pembinaan. Ceramah yang dipengerusikan oleh Ust Halim yang merupakan tokoh agama yang terkenal di Tanah Merah ini membariskan ADUN Titi Serong, Perak (seorang Cina Muslim),YB Abdul Fatah Mahmood ADUN Bukit Panau merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Atiqullah yang bukan shj seorang ADUN malah Timb. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Suria (nama pendek) salah seorang bekas pemimpin tertinggi MIC yang kini berperanan penting dalam Kelab Penyokong PAS Perak. Perkara yang banyak diketengahkan sudah tentulah berkenaan krisis politik di Perak. Antara perkara yang baru yang ana tidak dapat melalui internet ialah ADUN Titi Serong telah menyebut bahawa ADUN Pakatan Rakyat terlihat senjata api (pistol) yang diselitkan seluar di sebelah belakang yang dibawa oleh anggota polis semasa kekalutan di dalam dewan tersebut. Perkara itu kemudiannya dinafikan oleh ADUN BN dengan mengatakan bahwa ianya adalah handphne.. Ha! Ha! Ha! Memang kelakar betul la ADUN BN.. terserlah kebodohan mereka.. cuba habaq mai kat ana.. sapa yang selit handphone kat belakang?! Orang gila pun tak buat macam tu… isk!3 bodoh lagi gila sangat pemimpin BN rupenya…huhuhu…

Selepas asar pada hari pertama ana di Tanah Merah, ana bersama Zulkifli dan ayahnya telah menziarahi bapa saudaranya di hospital daerah tersebut. Tanpa diduga, petang itu ana sempat meyaksikan kekalutan saat jasad di tinggalkan rohnya. Salah seorang pesakit di wad tersebut telah meniggal dunia. Entah mengapa… ketika itu juga pandangan ana menjadi kelam dan terasa loya hampir-hampiir menyebabkan ana rebah tersungkur. Ana kuatkan semangat lantas keluar daripada wad tersebut untuk menenangkan diri. Bimbang menerjah ke ruangan fikiran ana. Minta jauh la daripada dibawa roh pergi juga.. tak cukup bekalan lagi… peristiwa itu masih segar di ingatan ana sehingga sekarang. Setelah itu kami bergerak ke rumah cikgu Sabariah yang kira-kira pernah ana ziarahi sebulan lalu bersama Syazwan. Ternyata keadaannya kini lebih kritikal daripada sebelum ini. Kini kanser yang dihidapinya telah merebak hingga menyebabkan… ah… x sanggup ana menyebutnya. Secara peribadinya ana tidak nampak bahawa ada peluang untuknya sembuh lagi.. tapi ana juga tidak boleh nafikan bahawa kuasa Tuhan mampu mengubah segala-galanya… apa pun ana tetap berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuknya. Ana akhirnya kembali tengahari sabtunya di rumah.. Alhamdulliah selamat sampai…

Selasa, 12 Mei 2009

SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN `09

0 ulasan
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan akan menganjurkan seminar[MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)] PADA 13 JULAI, 2009 DI KOTA BHARU.

Pengenalan:

Ilmu Maqasid Al-Syariah adalah merupakan satu cabang ilmu yang masih belum difahami dengan jelas oleh masyarakat kita di Malaysia walaupun ia telah lama dibincangkan oleh para ulama' dalam kitab-kitab fiqh dan usul-fiqh mereka. Malah istilah Maqasid al-Syariah ini juga masih kurang diberi penekanan oleh ramai ahli cendikiawan Islam sendiri.

Pada hakikatnya, ia telah diaplikasikan dalam pelbagai sudut kehidupan terutamanya yang melibatkan hal ehwal kemasyarakatan, kewangan dan pentadbiran. Sebenarnya orang yang mengenali dan memahami Maqasid Al-Syariah akan terpegun melihat keindahan dan kesempurnaan agamanya, malah ia juga akan memperlihatkan kebenaran ayat al-Quran yang bermaksud: {Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan} [Al-Haj: 78]. Dan Firman Allah swt yang bermaksud: {Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.} [Al-Baqarah: 185].

Dalam menghadapi dan menyelesaikan persoalan- persoalan semasa juga tidak kira samada yang menyentuh aspek sosial, ekonomi, politik mahupun perundangan Islam secara menyeluruh, ilmu Maqasid Al-Syariah merupakan satu elemen penting yang mesti dihadamkan oleh para cendikiawan, ulama' mahupun hukkam.

Menyedari tentang ilmu Maqasid Al-Syariah ini serta isu-isu semasa yang berkait dengannya maka, Jabatan Syariah KIAS menganjurkan satu seminar peringkat kebangsaan yang akan mengupas dan memberi pendedahan tentang isu-isu tersebut dalam kerangka ilmu dan akademik.

SASARAN

• Pegawai-pegawai Kerajaan Persekutuan
• Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri
• Wakil Rakyat dan Ahli Politik
• Ahli-ahli Akademik IPTA dan IPTS
• Pengamal Undang-undang
• Pegawai Pejabat Agama/ Mufti/ Majlis
• Penggawa dan Penghulu
• Pegawai Dakwah/ Halaqat
• Pegawai Pendidikan
• Pelajar IPTA dan IPTS
• Ahli Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
• Individu-individu yang berminat terhadap pentadbiran negara

TENTATIF PROGRAM

 
8.00 – 9.00 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 – 11.55 pagi

SESI PEMBENTANGAN PAGI
Moderator: Ustaz Mohd Azhar bin Abdullah

Kertas Kerja 1
Tajuk : Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara
Pembentang : Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Pensyarah Jabatan Al-Syariah
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Kertas Kerja 2
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Kewangan dan Ekonomi Negara
Pembentang : Prof. Madya Dato' Dr. Hailani Muji Tahir
Pensyarah Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

Minum Pagi

Kertas Kerja 3
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia
Pembentang : Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad
Pensyarah Akademi Pengajian Islam Nilam Puri
Universiti Malaya
Sesi soal jawab

11.55 pagi – 1 petang

MAJLIS PERASMIAN
11.55 pagi
Ketibaan YAB Tuan Guru Dato' Menteri Besar
12.00 tgh
Ucapan Pengacara Majlis
12.05 tgh
Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran al-Karim
12.15 tgh

Ucapan Alu-aluan Pengerusi Seminar
YBhg. Ustaz Hamidi bin Abdul Ghani

12.25 tgh
Ucaptama dan Perasmian
1.00 ptg
Makan Tengahari
Solat Zohor Berjemaah & Solat Hajat
Rehat
2.30 – 4.20 petang

SESI PEMBENTANGAN PETANG

Moderator : Ustaz Fadhli bin Shaari

Kertas Kerja 4
Tajuk : Maqasid Syariah Dalam Perlembagaan dan Perundangan Negara
Pembentang: Prof. Dr. Abdul Aziz Bari
Pensyarah Kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kertas Kerja 5
Tajuk : Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam: Satu Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan.
Pembentang : YB Dato' Mohd Amar bin Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan
Sesi soal jawab

4.20 – 5.00 ptg

MAJLIS PENUTUP
4.20 ptg
Resolusi
4.30 ptg
Ucapan Ketua Eksekutif KIAS
YABrs Dr. Johari bin Mat
4.40 ptg
Ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
YB Dato' Hj. Mohd Aiseri bin Hj. Alias
5.00 ptg
Minum petang dan Bersurai
________________________________________
PENYERTAAN

Yuran pendaftaran seperti berikut:
Individu: RM 80.00
Pelajar: RM 40.00

PENGINAPAN

Penginapan peserta di Hotel Grand Riverview boleh diuruskan oleh pihak penganjur dengan kadar harga yang berpatutan:
Deluxe Room (single) : RM 155.00
Deluxe Room (twin sharing): RM175.00
Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat KIAS. Borang fotostat juga diterima.
Borang yang diisi hendaklah dihantar bersama bayaran yuran.

PEMBAYARAN

Bayaran boleh dibuat melalui beberapa cara iaitu:
1. CEK atas nama PKPII, KIAS melalui akaun BIMB bernombor 03036010036772.
2. Wang pos / Money Order atas nama: SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)
3. Bayaran secara TUNAI.
4. Cek / Slip Bank-in / Wang Pos atau Money Order hendaklah dihantar kepada:

SEKRETARIAT

SEMINAR MAQASID SYARIAH DALAM PENTADBIRAN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN (SMS '09)

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),
KM 12, Jalan Kuala Krai, Nilam Puri, 15730, Kota Bharu, Kelantan.
[IPTS 07010-KP (JPS)5195/IPTS/1007]
(Cik Wan Raihan bt Wan Mohd Rani 013-9995703)
Pendaftaran dibuka SEKARANG sehingga 5 JULAI 2009 (Ahad)

SEBARANG PENYERTAAN DAN KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
PEJABAT KIAS : 609-7129386 / 87
FAX : 609-7126161
ATAU
Ustaz Hamidi Abdul Ghani
019-9438165 / 09- 7126161
Ustazah Nurul Akma bt Mohamed
013-9968751
Ustaz Zulqarnain bin Hassan
013- 5305369
Hj. Mohd Nor Anuar (Penginapan)
016-5490150
ATAU E-MAIL DI ALAMAT:
smskias09@gmail.com

Isnin, 11 Mei 2009

Keadilan Yang Mula Bertunas

0 ulasan

Sebagaimana berita yang dipetik daripada Malaysiakini.com ini jelasnya menunjukkan bermulanya sebuah episod pertunasan keadilan yang sekian lama cuba disemai dalam sistem kehakiman Malaysia. InsyaAllah! Mudah-mudahan ianya berterusan dan merupakaan suatu permulaan yang tiada akhirnya... amin... Takbir!! Allahu Akbar!!!


Nizar menteri besar sah Perak

Mei 11, 09 3:45pm
kemaskini 4.45pm


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.


Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.


Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar. Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:


(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.


"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.


"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu. Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.


Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.
FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template