.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 14 April 2009

Syukur Atas Nikmat-Mu



Untuk pertama-tama dan buat selamanya ingin kurakamkan terlebih dahulu setinggi-tinggi syukur kepada-Nya atas kurniaan nikmat-Nya yang tiada terhitung nilainya. Syukur atas nikmat Islam dan iman yang masih terpahat di sanubari, syukur juga atas laluan perjalanan yang telah Engkau aturkan yang mempertemukankanku warna-warna kehidupan dan erti sebenar pengembaraan yang berdestinasikan ukhrawi. Di atas laluan yang Engkau tetuntukan inilah mengenalkanku jiwa-jiwa yang amat bermakna bagiku. Antara kenangan yang amat terkesan kepada hatiku adalah ketika di peringkat sekolah menengah barangkali itulah saatnya mukaddimah kearah kedewasaan. Masih terasa hangat kenangan bagaikan semalam bersama guru-guru dan rakan-rakan di SMU(A) Al-Ihsan Tanah Merah. Ikatan yang dibina amat erat sekali bagaikan ibu bapa dengan anaknya dan sahabat-sahabat yang umpama adik beradik.

Penghijrahanku ke bumi Serambi Mekah ini secara mengejut ketika masih di bangku sekolah rendah lagi menyebabkan aku kehilangan sebahagian besar kenalanku dahulu dan umpama membina sebuah kehidupan yang baru di tempat orang. Barangkali kerana berjauhan dengan ayah bonda juga juga menyebabkanku begitu merasai kehadiran pendidik-pendidikku yang bukan hanya sekadar mendidik. Indahnya hidupku berpeluang mengenali Ust Wan Ahmad Zamri yang mengajarkanku bagaimana beliau mentadbir sekolah, umpama seorang pengetua sempurna di mataku. Ust Syaharuddin Salleh pula yang banyak membimbingku dalam menitipkan pengisian rohani utukku di samping melatihku dalam kepimpinan sekolah. Ust Darul Hisyam, Cikgu Azmi dan Ust Yusri pula mengenalkanku jatuh bangun dan sepak terajang politik. Ramai lagi guru-guruku yang begitu rapat denganku seperti Ustzh Wan Kasmani, Cikgu Abidah sehinggakan meraka marahkanku sekiranya tidak singgah di rumah mereka jika pergi ke Tanah Merah. Sahabat-sahabatku seperti Ismail, Mat Spek dan lain-lain juga masih kuabadikan kenangan bersama mereka.

Apa yang kuharapkan mudah-mudahan kalian dirahmati-Nya di dunia & akhirat. Kerana mereka yang Kau pertemukan kepadaku inilah yang menyebabkanku berada di tahap ini. Kuharapkan juga mudah-mudahan lembaran baru yang kuhamparkan di bumi KIAS ini akan membawa 1001 yang lebih bermakna lagi.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template