.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Isnin, 20 April 2009

RINDUKU YANG TERUBAT...





Salam setinggi kesyukuran kupanjatkan kepada-Nya atas segala kurniaan-Nya. 20 April 2009 menjadi satu lagi tarikh yang bermakna buatku bila mana hari tersebut menjadi pengubat kerinduan di hati ini. Perpisahan yang hampir 2 tahun dan kemudiannya dengan pertemuan kali terakhir kira-kira setahun lalu yang pastinya mengariskan rindu yang amat dalam yang akhirnya terubat tatkala sebuah pertemuan terakam pada tarikh ini. Pertemuan ini telah lama kuikhtiarkan, namun Dia ternyata berkehendakkan hari dan saat yang lain untuk pertemuan ini.

Nekadku untuk memastikan agar pertemuan ini menjadi suatu kenyataan apabilaku nyatakan hasrat ini kepada sahabatku, Syazwan. Rasa bersalah sering memburuku tatkala mengenangkannya. Rentetan daripada program untuk pelajar sekolah lama sahabatku (Muhsin) pada 2 minggu lalu dan pemerhatianku dalam Kem Tarbiah Kepimpinan pada minggu lalu serta keuzuran guruku (Cikgu Sabariah) yang menderita penyakit kanser akhirnya mendorongku membulatkan nekad membuat keputusan untuk melangkah kembali ke alam persekolahan yang amat kurindui itu. Berbekalkan asbab untuk menziarahi guru dan mengambil sijil SPM kuaturkan segala rancangan di sebalik asbab yang lebih utamanya iaitu untuk memperkemaskan hubungan alumni dengan pihak sekolah dalam merealisasikan pelaksanaan program-program sekolah dengan kerjasama alumni.

Setelah selesai segala urusan bagi mendapatkan pelepasan kelas pada hari itu, kira-kira pukul 9 pagi kubertolak menuju ke destinasi dengan kereta yang dipinjam daripada sahabatku (Shahrizal –terima kasih banyak2 wahai sahabatku, hanya Allah yang mampu membalas jasamu) bersama seorang pemandu yang juga sahabat seangkatan denganku, Syawan. Antara perkara yang bolehku kongsikan sepanjang perjalananku adalah saat mana buku sahabatku tercicir dijalanan gara-gara tertinggal di atas bumbung kereta. Mujurlah ada seorang hamba Allah yang memberitahu setelah kami memberhentikan kenderaan untuk singgah bersarapan di kedai makan yang menurut sahabat ana memang masyhur dengan kelazatannya. Namun telah ditetapka-Nya buku itu menjadi milik orang lain. Sabarlah sahabatku, ujian-Nya itu adalah kerana kasih-Nya kepadamu.


Setelah selesai sampai di Tanah Merah, pasar besar di bandar tersebut menjadi destinasi utamaku untuk mencari sedikit buah tangan buat guruku. Setelah selesai, SMU (A) Al-Ihsan yang sarat dengan kenangan yang amat bermakna menjadi destinasi pilihanku. Destinasi inilah yang amat kurindui yang telah kuabadikan dalam lipatan memori ini. Perasaan gemuruh menguasaiku tatkala kereta yang kunaiki meluncur masuk ke kawasan laman sekolah. Lama juga masa yang diambilku untuk berada di dalam kereta sebelum keluar daripada kereta. Ketibaanku di tingkat atas sekolah disambut oleh Ust Mohd Peada yang sememangnya peramah. Macam-macam ditanya, layan je.. Cuma selepas tu tanpa diduga seorang muslimat yang barangkali tingkatan 4 @ 5 menegurku. Macam tak percaya je.. tak pernah pula bertegur sebelum ni.. apapun jangan salah faham. Dia Cuma anggap ana sebagai seniornya dan bertanyakan tempat pengajianku kini… jawab je la terus kepada point, tak perlu atur-atur ayat yang tidak berkaitan. Dalam kelam kabut tu sempat juga kulemparkan senyuman kepada Ust Wan Kasmani yang umpama ibuku sendiri. Baik benor dia denganku.. dia ada bagi isyarat supaya bertemunya nanti, malangnya dia gagal kutemui selepas urusanku selesai. Mungkin ada hikmahnya. Setelah selesai mendapatkan sijil SPM daripada Cikgu Wardati Najihah yang merupakan guru kelasku dahulu dan juga merangkap anak kepada Imam 1 Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah buat masa sekarang, ku hubungi Ust Syaharuddin yang kini menjadi pengetua di sekolah tersebut untuk bertemunya. Memandangkan dia ada tetamu dan tidak mahu ku biarkan masaku disia-siakan, kedai Kak Na menjadi destinasi pilihanku untuk membasahkan tekakku yang kehausan bersama sahabatku. Namun demikian, kedai Kak Mah juga yang ditetapkan-Nya untuk kami kerana kedai Kak Na tutup. Barangkali kerana-Nya berkehendakkanku memperkenalkan minuman baru bagi sahabatku. Kalau nak tahu, kena Tanya Syazwan la… (~_~)

Setelah bertemu dengan beberapa orang guru seperti Ust Darul Hisyam, Ust Bakri, Ustzh Hafizah, Cikgu Abidah, Cikgu Mastura dan Teacher Farah, barulah berpeluang bertemu dengan pengetua yang sememangnya diakui sibuk sedikit. Antara yang menjadi perbincangan utamaku adalah berkenaan program-program untuk pelajar di sekolah berkenaan. Akhirnya kata sepakat dicapai untuk diadakan aktiviti pada setiap minggu selama 4 minggu bermula pertengahan Jun nanti. Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan sebagai suatu aktiviti yang mencapai objektifnya. Amin… Tanpa diduga, Cikgu Mastura bertanyakan jemaah KIAS dan kerjasama dengan MSK. Orang jemaah juga rupanya.. akhirnya semuanya dirungkaikan. Semasa mengatur langkah ke kereta, kuterjumpa pula Ustzh Saniah yang merupakan PK HEM, beliau ternyata begitu risau akan anak perempuannya yang menuntut di KIAS juga. Barulah teringatku kepada sahabatku, ntah berapa lama tidak bertanyakan khabar. Ku anggarkan dalam 2 bulan juga.


Setelah selesai segala urusan dengan sedikit rasa bersalah kerana tidak dapat bertemu dengan Ust Wan Kasmani yang baik sangat denganku, kereta yang kami naiki meluncur ke rumah sahabatku di Batu 6 dengan tujuan untuk mengambil sedikit barang yang dikirimkan guruku sejak awal tahun lagi.

Setelah selesai, destinasi terakhirku iaitu rumah Cikgu Sabariah yang menderita sakit barah kujejaki dalam pukul 2 lebih.Macam-macam yang dinualkan bersama suaminya. Bermula dengan kisah-kisah sahabat2ku, senior2ku dan hinggalah kepada Najib Altantuya… Keadaannya memang tidak segagah dahulu.. sebak sangat hati ini bila mengenangkan keadaannya. Kudoakan moga cikgu cepat sembuh dan ujian-Nya ini adalah untuk kebaikanmu jua. Ya Allah! Mudah-mudahan Jannah-Mu menjadi pilihan-Mu buatnya kelak.

Setelah itu, sekolah lama sahabatku (Al-Manna) di Kok Lanas sempat disinggahi dalam perjalanan pulangku. Sedarlahku akan kewujudan sebuah sekolah tahfiz akademik di pendalaman Kok Lanas. SMS-SMS dan pangilan telefon daripada Shah, Wan, Rohimi dan Fikri akhirnya mempercepatkan kepulanganku ke KIAS. Sahabat2ku sebentar tadi nak pakai kereta pula la.. nak beriadah pula petang2 ni..


Secara kesimpulannya terubatlah sudah rinduku padamu SMU (A) Al-Ihsan.... =) Hatiku juga merasakan sangat senang melihat kepada perkembangan aktiviti dakwah di sekolah yang kusayangi ini. Telah padat aktiviti yang diaturkan rupanya.. InsyaAllah pada Khamis ni ada iftor jama`I, setakat ini kumerancang untuk menyertainya. Cuba sedikit kebimbangan kusuarakan kepada sahabatku mengenai akhlak-akhlak segelintir sahabatku yang ingin ku ajak untuk menyertai program sekolahku. Bagiku, Qudwah Hasanah itu amat penting. Tidak mungkin kupersia-siakan generasi adik-adikku di SMAI ini. Akanku usahakan sebaik mungkin buat kalian. Tentang sahabat-sahabatku itu, mungin sedikit masa diperlukan lagi sebelum menerjunkan mereka bersama ke aktiviti-aktiviti sekolahku. Maafkanku wahai sahabatku, jauh di sudut hatiku inginkan kalian bersamaku memperkasakan sekolah kesayanganku ini. Barangkali akan tiba saatnya kelak apabila sesuai.

Ya Allah!

Kau Tetapkanlah Hati hamba-Mu ini dijalan-Mu ini,

Kau Permudahkanlah segala usaha ke arah kebenaran-Mu,

Kau Bimbinglah hamba-Mu ini di jalan-Mu,

Kau bukakanlah pintu hamba-hamba-Mu untuk menerima hidayah-Mu,

Ampunilah dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa pendidik-pendidiku, dosa sahabat-sahabatku dan seluruh orang-orang yang beriman.. Amin Ya Rabbal Alamin….

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template