.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 22 Mei 2010

Fatwa Kewajipan Mengundi

0 ulasan


Muktamar ‘Aiim ‘Ulama’ dan Muballigh Islam se Indonesia yang diiangsungkan tanggal 27 Rejab I Sya’ban 1372 bersamaan dengan 11—l5hb., April 1953 di Medan; Sesudah memperhatikan Undang-undang Pilihanraya Umum untuk memilih anggota-anggota Parlimen dan Dewan Perwakilan Rakyat (Indonesia) dan sesudah memahamkan:

a) Surah as-Syura ayat 13 yang menyuruh menegakkan agama Islam (yang berbunyi):

“Allah telah menerangkan kepada kamu — di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahikan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintah kan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi ‘Isa, iaitu: “Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belahpadanya...”

(Surah al-Syura: Ayat 13)

b) “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi ‘wali’ (pemimpin) dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang-nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu”.

(Surah al-Nisa’: Ayat 144)

“Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin; sebahagian inereka menjadi pemimpin sebahagian yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin (kawan rapat), maka sesungguhnya ia adalah dan golongan mereka itu (Yahudi dan Nasrani). Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim”.

(Surah al-Ma’idah: Ayat 51)

“Wahai orang yang beriman! janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu sebagai wali (pemimpin) kamu...”

(Surah al-Mumtahanah: Ayat 1)

Nas-nas di bahagian “b” itu antara lain menyimpulkan tentang penentuan batas-batas orang yang boleh diangkat menjadi penguasa (pemimpin).

c) Surah aI-Ma’idah ayat 44,45,47 yang isinya menyuruh menjalankan undang-undang yang sesuai dengan hukum-hukum Allah:

“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturunkan oleh Allah, mereka itulah orang-orang yang fasiq”

.“Sesiapa yang tidak menjalankan hukum yang diturun kan oleh Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim”.

“Sesiapa yang tidak men jalankan hukum yang diturun kan oleh Allah, mereka itulah orang-orang yang kafir”.


d) Surah an-Nissa’ ayat 59 yang menyuruh menta’ati Allah RasulNya dan UliIamri yang beriman:

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu ta’at kepada Allah, dan hendaklah kamu ta’at kepada Rasul, dan pemerintah di kalangan kamu (beriman)”.


e) Surah al-Haj ayat 41* dan surah ali-’Imran ayat 110, yang menyuruh berbuat kebajikan dan melarang kemunkaran:

“laitu orang-orang yang apabila Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, rnenyuruh mengerjakan yang ma’ruf dan melarang dan berbuat yang munkar; dan kepada Allah kembali segala urusan”.


* Dalam teks asal dinyatakan Surah aI-Haj ayat 11; ternyata bila diteliti ianya bercanggah dengan penghuraian maksud umum bahagian ini. Kami merasakan ayat yang sebenar adalah ayat 41 kerana beralasankan kepada maksud umum bahagian ini,

iaitu: menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kemunkaran. Wallahu ‘A’Iam. — Editor.


“Karnu adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh mengerjakan yang ma ‘ruf dan melarang yang munkar, dan kamu berirnan kepada ALlah”.

(Surah ali-Imran: Ayat 110)


f) Surah al-Ma’idah ayat 35, yang maksudnya menyuruh mencari wasilah kepada ALlah:

“Wahai orang-orang yang berirnan, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada Nya (wasilah), dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keuntungan (kemenangan)”.

g) Qa’idah Usul yang berbunyi:

“Hukurn wasilah (jalan) itu, juga hukurn tujuannya”.

dan:

“Setiap apa yang tidak sempurna kewajipannya melainkan dengan sesuatu itu, maka ianya juga rnenjadi Wa jib”.


MEMUTUSKAN:

Memfatwakan kepada seluruh ummat Indonesia sebagai berikut:

1. Tiap-tiap warga negara Indonesia yang beragama Islam, laki-laki dan perempuan, yang mempunyai hak memilih menurut Undang-undang Pemilihan Umum Indonesia yang telah disahkan:

a) WAJIB menjalankan hak-pilihnya dengan jalan mendaf tarkan diri sebagai pemilih dan memberikan suaranya (undinya) kelak pada waktu diadakan pemungutan suara.

b) WAJIB memilih hanya calun-calun yang mempunyai cita-cita terlaksananya ajaran dan hukum Islam dalam negara.

2. Kaum Muslimin, laki-laki dan perempuan yang telah mukallaf (akal-baligh), wajib berusaha dan memberikan segala macam bantuan dan pengorbanan untuk tercapainya kemenangan Islam dalam pemilihan umum yang akan datang.


Medan, 30 Rejab 1372

(14 April 1953)



KEPUTUSAN MAJLIS SYURA


1. Dengan ‘inayah dan taufiq Allah Subhanahu wa Ta’ala dan berdasarkan menegakkan “baldatun tayyibatun”, maka Majlis Syura Pusat Masyumi mengeluarkan fatwa sebagai berikut:


a) Mengadakan pemilihan umum untuk membentuk parlimen Konstiuante adalah wajib hukumnya.


b) Kerana kemenangan Islam dan ummatnya tergantung kepada turut serta tiap-tiap seseorang (individu) Muslim laki laki dan wanita dalam perjuangan pemilihan umum, maka adalah: wajib ‘am hukumnya atas tiap-tiap Muslim Mus limat yang mukallaf, dan segala golongan, kalangan dan tingkatan turut serta benjuang dalam pemilihan umum tersebut.


c) Kerana kemenangan itu tergantung kepada pemberian suara (undi) buat memilih pemuka-pemuka (tokoh-tokoh atau wakil-wakil) Islam, maka:


a) Wajib atas tiap-tiap pemilih Muslim hanya memilih calun-calun yang bercita-cita politik Islam.


b) Terlarang hukumnya memilih calun-calun yang tidak, apa lagi yang anti cita-cita Islam.


c) Buat melaksanakan perjuangan pemilihan yang menjamin kemenangan maka wajiblah tiap-tiap Muslim dan Muslimat menyiapkan segala alat kelengkapan yang diperlukan oleh perjuangan itu baik lahir maupun batin.


5. Ummat Islam seluruhnya dianjurkan memperkuatkan persatuan kerjasama dan saling mengerti yang sebaik-baiknya yang menjamin kemenangan Islam.



Jakarta:

10 Jamadilakhir 1372,

24 Februani 1953.

MAJLIS SYURA PUSAT “MASYUMI”

Ketua,

K.H.A. RAHMAN SYIHAB

Sekretaris,

Dipetik daripada halaqah.net



Fakta: Waktu & Kesihatan

0 ulasan













MALAM

9-11 malam

Pada waktu inilah waktu badan menghapuskan KIMIA TOKSIK (DETOKSIFIKASI) dan bahan yang tidak diperlukan dari system antibody (LYMPH NODES). Tempoh ini sepatutnya dihabiskan dengan bersantai, relax atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang islam, eloklah mengahabiskan waktu ini dengan ibadah-ibadah ringan seperti mengaji Al-Quran dan berzikir.

11 malam – 1 pagi

Ketika ini merupakan proses detoksifikasi di dalam HATI yang sepatutnya berlaku ketika kita dalam keadaan tidur nyenyak.


PAGI

1-3 pagi

Proses detoksifikasi di dalam HEMPUDU, juga sepatutnya berlaku semasa kita tidur nyenyak.


3-5 pagi

Preses detoksifikasi di dalam PARU-PARU. Oleh itu ,kadangkala pada waktu ini akan berlaku batuk. Oleh kerana proses detoksifikasi telah sampai ke saluran system pernafasan, anda tidak perlu lagi mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses pembuangan toksin.


5-7 pagi

Penyerapan nutrisi di dalam USUS kecil. Anda sepatutnya sedang bersarapan dalam tempoh ini.

Bagi meraka yang sakit sarapan sepatutnya diambil lebih awal. Sebelum 6.30 pagi.

Bersarapanlah sebelum 7.30 pagi pula bermenfaat bagi meraka yang mahu kekal sihat.

Bagaimanapun, jika sarapan pada lewat pagi hingga jam 9-10 pagi adalah lebih baik daripada tidak bersarapan langsung.

Bagi mereka yang sering mengabaikan pengambilan sarapan, UBAHLAH TABIAT ITU kerana sarapan pagi amat penting unutk kita.

Sekian, waallahualam.

Sumber:anis

Dipetik daripada halaqah.net


Rabu, 19 Mei 2010

Doa Pendekat Jodoh

0 ulasan

sumber: darussyifa.org

Bidadari Menurut Al-Quran

0 ulasan


Allah SWT telah memberikan sifat-sifat yang terindah kepada bidadari-bidadari syurga. Mereka diberi pakaian yang paling bagus dan sesiapapun yang membincangkan diri mereka pasti akan digelitik kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari itu.

Al-Thabrani menyebutkan, kami diberitahu Bakr bin Sahl al-Dimyathi, kami diberitahu Amru bin Hasyim al-Biruni, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, dari Hisyam bin Radhiyallahu Anha, dia berkata, “Saya berkata, ‘Wahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli.”

Beliau s.a.w menjawab, “Bidadari yang kulitnya putih, matanya jeli dan lebar, rambutnya berkilau seperti sayap burung nasar.”

Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku tentang firman Allah, ‘Laksana mutiara yang tersimpan baik.” (al-Waqi’ah:23)


Belaiu menjawab, “Kejernihannya sepertimana kejernihan mutiara di kedalaman lautan, tidak pernah tersentuh tangan manusia.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah. Jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Di dlam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik’.” (al-Rahman:70)

Beliau s.a.w menjawab, “Akhlaknya baik dan wajahnya cantik jelita.”

Saya berkata lagi, “Jelaskan kepadaku firman Allah, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik.” (al-Shaffat:49)

Beliau menjawab,” Kelembutannya seperti kelembutan kulit yang ada di bahagian dalam telur dan terlindung kulit telur bahagian telur, atau yang biasa disebut putih telur.”

Saya berkata lagi, “Wahai Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Penuh cinta lagi sebaya umurnya.” (al-Waqi’ah:37)

Beliau menjawab, “Mereka adalah wanita-wanita yang meninggal di dunia pada usia lanjut, dalam keadaan rabun dan beruban. Itulah yang dijadikan Allah tatkala mereka sudah tua, lalu Dia menjadikan mereka sebagai wanita-wanita gadis, penuh cinta, berghairah, mengasihi dan umurnya sebaya.”

Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, manakah yang lebih utama,wanita dunia ataukah bidadari yang bermata jeli?”
Beliau menjawab, “Wanita-wanita dunia lebih utama daripada bidadari-bidadari yang bermata jeli, seperti kelebihan apa yang Nampak daripada apa yang tidak nampak.”

Saya bertanya, “Kerana apa wanita dunia lebih utama daripada mereka?”

Belaiu s.a.w menjawab, “Kerana solat mereka, puasa dan ibadah mereka kepada Allah. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, tubuh mereka adalah kain sutera, kulitnya putih bersih, pakaiannya berwarna hijau, perhiasannya kekuning-kuningan, sanggulnya mutiara dan sisirnya terbuat dari emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati, kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali, kami redha dan tidak pernah bersungut-sungut sama sekali. Berbahagialah orang yang memiliki kami dan kami memilikinya’.”

Saya berkata, “Wahai Rasulullah, salah seorang wanita di antara kami pernah menikah dengan dua,tiga atau empat lelaki lalu dia meninggal dunia. Dia masuk syurga dan mereka pun masuk syurga pula. Siapakah di antara lelaki itu yang akan menjadi suaminya di syurga?”

Beliau menjawab, “Wahai Ummu Salamah, wanita itu disuruh memilih, lalu diapun memilih siapa diantara mereka yang akhlaknya paling bagus, lalu dia berkata, ‘Wahai Rabb ku, sesungguhnya lelaki inilah yang paling baik akhlaknya tatkala hidup bersamaku di dunia. Maka nikahkanlah aku dengannya’. Wahai Ummu Salamah, akhlak yang baik itu akan pergi membawa dua kebaikan, duniadan akhirat.”

Pengarang (Ibnu Qayyim al-Jauziah) menyebut hadis ini di dalam bukunya Had al-Arwah. Di sana dia memberi catatan: Sulaiman bin Abu Karamah menyendiri dalam riwayat ini. Abu Hatim menganggapnya dha’if. Menurut Ibnu Ady, sebahagian besar hadis-hadisnya adalah mungkar dan saya tidak melihat orang-orang terdahulu membincangkannya. Kemudian dia menyebutkan hadis ini dari jalannya, seraya berkata, “Hanya sanad inilah yang diketahui.”




--Petikan daripada Panduan BERCINTA dan memendam rindu karangan Ibnu Qayyim al-Jauziah dalam Bab 19 Keutamaan keindahan dan kecenderungan jiwa menyukai kecantikan--



Dipetik daripada senjalangitbiru.blogspot.com

WACANA GERAKAN ISLAM & PERSAINGAN DEMOKRASI

0 ulasan

Selasa, 4 Mei 2010

Jarum Bala: AWAS SUAMI, ISTERI & UMMAH!!

0 ulasan

Malaysia gempar dengan berita seorang isteri dibelasah sehingga mati oleh suaminya gara-gara cemburu. kejadian yang berlaku di Kg.Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang petang Ahad lalu dipercayai akibat tindakan mangsa Rosmawati Abd Rahman "curang dan bermain kayu tiga".



Malah, suaminya bertambah panas hati apabila melihat mangsa asyik berbual-bual menggunakan telefon bimbit dengan lelaki terbabit. Menurut sumber, mangsa dikatakan sudah berhubung dengan lelaki terbabit sebelum kejadian itu lagi, malah suaminya sudah banyak mengumpul bukti kukuh kecurangan isternya termasuk menyimpan segala surat-surat dan dokumen yang berkaitan.

Dalam kes ini, siapakah yang harus dipersalahkan?. Memang benar si suami mengambil tindakan nekad dengan memukul dan mencederakan isternya. Namun apakah beliau terfikir apa yang dilakukan itu boleh menyebabkan kehilangan nyawa, sedangkan dia tahu itu adalah isterinya. Mana-mana lelaki yang berada dalam situasi ini sudah pasti akan marah apabila melihat "jantan lain" berhubung dengan isterinya.


Kejadian ini berlaku di mana-mana sebenarnya. Cuma banyak yang tidak dihebahkan di dalam media mungkin dek kerana tidak sampai ke peringkat yang lebih buruk.

Apakah puncanya?.

Bukankah ini menunjukkan bahawa betapa runtuhnya institusi keluarga di negara kita. Isteri berhubung dengan lelaki lain dan suami pula mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?. Mutahkir ini juga umum mengetahui bahawa kecurangan dan keterlanjuran itu banyak berlaku akibat tindakan isteri yang gagal mengawal diri mereka sendiri.

Hari ini kewujudan begitu banyak laman sembang sosial seperti Facebook, Twitter, Tagged, Myspace, Hi5, eKawan, Friendster dan sebagainya telah menjurus ke arah keruntuhan institusi kekeluarga itu sendiri.

Agenda Yahudi
begitu jelas telah berjaya menyelinap masuk ke dalam rumah umat Islam hingga ia gagal dibendung sama sekali. Maka akibat rasa kekosongan dan kesunyian, si isteri akhirnya berhubung dengan lelaki lain. Malah, lelaki yang sudah bersuami pun tergamak berhubung dengan isteri orang atas dasar kononnya mengubat kesunyian dan kesepian. Akhirnya masing-masing bertukar nombor telefon dan meleret hingga kepada berbual dan SMS.

Inilah yang menyebabkan berlaku keruntuhan yang amat mendadak kepada umat Islam di negara ini bahkan di seluruh dunia. Oleh itu, kita tidak hairan bila berlaku adik angkat abang angkat dikalangan orang yang sudah bergelar suami isteri.


Malah lebih dari itu, suami orang berjumpa isteri orang hingga membawa kepada perbuatan zina dan sebagainya
Inilah yang menjadi masalah yang sukar untuk dibendung jika keimanan itu tidak ditanam dalam institusi kekeluargaan itu sendiri.

Langkah terbaik ialah kembali kepada Islam, itu sahaja jalan terakhir untuk kita perjuangkan.

Allah mengutuskan Rasulullah untuk memyempurnakan Akhlak manusia dan menyeru manusia kearah yang diredhai ALLAH. Masalah mula muncul apabila Rasulullah wafat, manusia terumbang ambing, tiada pegangan. Padahal Rasulullah telah meninggalkan kita dengan 2 perkara yang jika kita berpegang teguh, kita tidak akan sesat selama-lamanya, selamat didunia dan diakhirat.

Kita mempunyai ulama' untuk membimbing kita. Kerana ulama' itu pewaris Nabi. Masalah hari ini ialah, manusia lebih meng agungkan artis lebih dari ulama' itu sendiri. Ini lah punca nya. Kemungkaran berleluasa.

Hari ini, ulama' dicerca di hina didada akhbar arus perdana. Padahal ulama' yang baik, akan menegur para pemerintah. Bukan apabila ditegur akan perkara yang tidak kena dengan agama, para pemerintah melenting tidak bersetuju. Pemerintah yang baik akan mendengar segala teguran ulama' dan dijadikan panduan dalam mentadbir negara.

Semoga ALLAH merahmati Malaysia. Semoga dijauhi bala yang kian mendekat itu.


Dipetik daripada: Islamic Student Club-Royal College of Medicine Perak

16 Mei 2010: Gerhana Zuhrah

0 ulasan

Fenomena penghijaban yang akan berlaku antara planet Zuhrah dan Bulan pada 16 Mei 2010 nanti.



Apabila menjelang Maghrib, Bulan dan Zuhrah akan kelihatan begitu hampir sebelah-menyebelah. Lebih tepat, Zuhrah berada pada tanduk kiri bulan sabit yang halus tu.

Pada jam 7.31 PM, secara tiba-tiba kita akan dapati Zuhrah hilang dari pandangan!

Apa yang berlaku di sini?

Jawapannya ialah Bulan ketika itu sedang melindungi Zuhrah. Seolah-olah sedang berlaku Gerhana Zuhrah! Fenomena ini dipanggil sebagai Penghijaban, atau Occultation.

Kejadian ini berlaku kerana Bulan sebenarnya sedang bergerak perlahan-lahan ke Timur, secara relatif dengan bintang-bintang di langit. Kebetulan di Malaysia, pada waktu tersebut, Zuhrah betul-betul berada pada kedudukan laluan Bulan.

Kemudian, lebih kurang 1 jam kemudian, iaitu pada pukul 8.33 PM, Bulan sudah bergerak agak jauh ke timur, dan mula menampakkan kembali planet Zuhrah. Kali ini ia muncul di bahagian bawah Bulan pula.

Proses ini secara jelas menunjukkan kepada kita bahawa Bulan sememangnya sentiasa bergerak ke timur, walaupun jauh lebih perlahan jika dibandingkan pergerakannya menuju ke ufuk barat (akibat dari putaran Bumi), namun ia tetap berlaku.

Jangan lepas peluang, kerana kejadian ini cukup indah, lebih-lebih lagi untuk diambil fotografnya. Kamera DSLR dengan Zoom Lens pun sudah memadai kerana pasangan Bulan dan Zuhrah sentiasa fotogenik!

Satu lagi perkara ialah, kejadian ini berlaku pada saat yang berlainan di lokasi berlainan di Malaysia.

Kiraan terhadap 9 buah bandar di Malaysia telah dibuat. Secara kasarnya waktu bermula 'gerhana zuhrah' ini ialah

Waktu Mula 'Gerhana' - Zuhrah Hilang

Balik Pulau, Penang 7:27:45 PM

Johor Bharu 7:34:52 PM

Kota Bharu 7:27:38 PM

Kota Kinabalu 7:33:28 PM

Kuala Lumpur 7:31:50 PM

Kuala Terengganu 7:29:06 PM

Kuching 7:35:27 PM

Langkawi 7:26:07 PM

Miri 7:33:51 PM

Waktu Tamat 'Gerhana' - Zuhrah muncul

Balik Pulau, Penang 8:33:08 PM

Johor Bharu 8:34:37 PM

Kota Bharu 8:33:55 PM

Kota Kinabalu

Kuala Lumpur 8:33:52 PM

Kuala Terengganu 8:34:25 PM

Kuching 8:36:18 PM

Langkawi 8:32:49 PM

Miri 8:34:55 PM

Selamat Mencerap.

Nota:Kiraan dibuat oleh perisian Occult 4


dipetik daripada : Falak Online

Isnin, 3 Mei 2010

Bedah Buku : CINTA DI LANGIT GAZA

0 ulasan

Sabtu, 1 Mei 2010

Khutbah : Ujian Pilihan

0 ulasan

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah.

Apa yang membezakan manusia dan malaikat adalah pada kemampuan manusia membuat pilihan. Keupayaannya untuk memilih kebaikan dan dalam masa yang sama menolak kejahatan, menjadikan manusia itu sentiasa berusaha menjadi lebih baik, dan memindahkan kebaikan itu kepada kehidupan di sekitarnya.

Semasa memilih kebaikan, dia mendapat kebaikan.

Semasa terpilih kejahatan, usahanya untuk kembali kepada kebaikan menjadikannya kembali baik malah bertambah baik.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan Yang sesuai Dengan keadaannya). Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) [Al-Shams 91: 7-10]

Setiap hari kita membuat keputusan. Semasa mendengar azan subuh, kita membuat pilihan pertama sama ada mahu bangun atau tidur kembali. Memilih baju, memilih kasut, memilih sarapan, dan memilih jalan. Pilihan-pilihan itulah tempat Allah menilai kita. Pilihan yang baik mengundang kebaikan. Pilihan yang jahat mengundang sesal lagi mudarat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bagaimanakah pilihan-pilihan kita setakat ini?

Pilihan semasa hidup susah.

Pilihan semasa hidup senang.

Semasa susah kita tiada banyak pilihan.

Semasa senang, kita diuji dengan banyaknya pilihan. Antara Halal dan Haram, antara Kufur dan Iman.

Merujuk kepada kisah Nabi Allah Yusuf alayhi al-Salaam, baginda berada di dalam ujian yang berat semasa terkurung dalam buangan di lubang telaga akibat konspirasi adik beradiknya. Bayangkan, seorang budak, terpisah daripada ibu bapanya, terbuang ke telaga buta, siang dan malam dalam kegelapan dan sendirian, apakah ada yang lebih teruk untuk dialami oleh seorang budak seperti Yusuf?

Tetapi semasa di dalam telaga, Yusuf tiada banyak pilihan. Bersabar adalah satu-satunya cara untuk baginda bertahan. Baginda terpaksa bertahan. Terpaksa bersabar. Itu sahaja pilihan yang ada.

Akan tetapi, ujian yang menjadikan Yusuf seorang insan pilihan Allah yang begitu hebat adalah semasa baginda di istana Mesir.

Di dalam telaga, Yusuf diuji.

Di dalam istana, Yusuf masih juga diuji.

Hidup adalah ujian.

Firman Allah:

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itu pun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); Sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya” [Yusuf 12: 23]

Benar!

Itulah saat paling genting buat Yusuf.

Diuji dengan pilihan.

Wanita bangsawan yang selama ini menjadi ibu angkatnya, menyerahkan diri untuk dijamah dengan zina. Sedangkan Yusuf ada banyak peluang. Beliau adalah anak asing di bumi Mesir. Tiada ibu bapa, tiada adik beradik dan saudara mara, tiada muka yang bakal diconteng arang!

Saat itu, Yusuf diuji, menerima zina yang enak untuk sebuah kecenderungan nafsu, atau menolaknya dengan kuasa Iman.

“Datanglah kepadaku” kata wanita yang digelar Zulaikha itu.

“Aku berlindung dengan Allah!” itulah jawapan Yusuf.

Engkau selama ini adalah ibu angkatku, engkau memberiku bumbung untuk berteduh, engkau memberiku lantai tempat bersantai, engkau memberiku makan dan minum, engkau tuanku tetapi ALLAH adalah TUHANKU!

Sesungguhnya Dia telah melindungiku selama ini, dan tidak akan berjaya orang-orang yang zalim!

Itulah penegasan Yusuf. Baginda berjaya dalam ujian pilihannya. Memilih untuk menolak zina, semata-mata kerana IMAN.

Sidang Jumaat sekalian,

Ramai di kalangan kita yang bertahan dalam ujian kesusahan.

Tetapi bagaimana dengan ujian kesenangan?

Hari ini, anak-anak muda di Universiti boleh mendapat wang secara mudah melalui pilihan zina. Menyerah diri menjadi pelayan seks kepada manusia-manusia keji yang berwang, membolehkan mereka mengatasi masalah kekurangan wang pinjaman, memakai telefon bimbit mewah, menukar motorsikal kepada kereta dan memakai pakaian berjenama, hanya dengan berkata YA kepada peluang yang terbentang di depan mata. Buat kerja paling sedap, dapat hasil paling mantap!

Daripada Ibn Masoud radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Sesungguhnya di antara perkara yang diketahui oleh sekalian manusia daripada kalam nukilan Kenabian ialah: Jika kamu sudah tiada rasa malu, maka buat sahajalah apa yang kamu suka! [Hadith riwayat al-Bukhari]

Malu yang datang dari Iman.

Namun, apakah caranya untuk anak-anak muda kita memiliki keyakinan seperti Yusuf? Keyakinan bahawa Allah tidak akan sekali-kali memberi kejayaan hidup kepada manusia yang zalim. Keyakinan untuk berkata TIDAK kepada ZINA!

Jauh dari keluarga, seperti jauhnya Yusuf dari bumi Palestin, bagaimanakah anak perantau di Menara Gading boleh menolak zina yang pada hari ini, zina itu lebih mudah berbanding jalan yang halal?

Tiadalah jawapan lain, kecuali kembali kepada IMAN.

Iman yang membimbing kita membuat pilihan dalam kehidupan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sesungguhnya itulah hikmah mengapa kita diberi peringatan tentang TAQWA, saban minggu di Mimbar Jumaat ini.

TAQWA seperti yang dijelaskan dalam perbualan Ubai bin Kaab bersama Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhuma.

Umar al-Khattab telah bertanya kepada Ubai bin Kaab radhiyallahu ‘anhuma tentang TAQWA. Lalu Ubai menjawab dengan menyoal: Apakah engkau pernah menempuh jalan yang banyak duri? Umar menjawab: Sudah tentu. Lalu Ubai bertanya lagi: Justeru apakah yang engkau lakukan? Umar membalas: Aku akan melangkah dengan teliti dan berhati-hati. Kata Ubai: Maka demikian itulah maksud TAQWA.

Sesungguhnya hidup kita ini adalah sebuah perjalanan. Di kiri dan kanannya ada banyak duri, banyak cabaran. Ada duri yang mengundang luka, yang berkehendakkan kita supaya berada di tahap sedar yang tinggi, serta sentiasa mampu mengawal diri.

Sedarlah!

Kawallah!

Hidup ini menuntut kita membuat pilihan.

Pilihlah jalan yang memberi bahagia Dunia dan Akhirat.

Jauhilah pilihan yang buta, mencari sedap yang seketika, tetapi derita selama-lamanya.

Jangan banyak memberi alasan.

Semakin banyak memberi alasan, semakin hilanglah daripada hidupmu, rahmat dan bantuan Tuhan.


sumber: saifulislam.com

Ahad, 25 April 2010

Doa Pembuka 12 Pintu

1 ulasan

sumber: fadzilahkamsah.com
FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template