.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Jumaat, 13 November 2009

Al-Quran Buatan AS!!!

0 ulasan
Email : kahar jalil

Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim

UNTUK PERINGATAN BERSAMA..

surah al-baqarah
[120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

WASPADA !!!
Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris di sana . Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.

Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT.

Contoh: Cover


The Blessing - Al Basmalah

The Opening - Al Fateha

Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencuba menghancurkan Islam.
Amin......

sumber: http://idhamlim.blogspot.com/2009/11/al-quran-buatan-amerika.html

Selasa, 10 November 2009

Lubang-lubang Gergasi di Dunia

2 ulasan
Kewujudan lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering dianggap fenomena luar biasa.

PASTI ramai di kalangan pengguna Internet pernah dikejutkan dengan e-mel rantaian yang menunjukkan gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.

http://farm4.static.flickr.com/3617/3496037186_9e831ca75f.jpg?v=0
RONGGA bumi yang digelar Devil's Sinkhole di Texas,
Amerika Syarikat kini diwartakan sebagai taman negara

Bagi yang curiga, kesahihan gambar seperti itu segera disangkal dengan tanggapan ia dimanipulasi perisian suntingan imej.

Dalam mencerna kesimpulan, manusia perlu mengambil kira banyak penjelasan terutama dari sudut ilmu geologi.

http://farm4.static.flickr.com/3409/3495218759_e1450de4bc.jpg?v=0
LOKASI lombong berlian di bandar Mirna, Siberia ini
membentuk lubang yang dilihat jelas dari angkasa.

Antaranya adalah seperti kejadian hakisan batu kapur, pergerakan air bawah tanah ataupun impak meteor yang terjadi ratusan atau ribuan tahun sebelumnya.

China, misalnya, mempunyai lubang gergasi atau rongga bumi terbanyak di dunia, iaitu kira-kira 50 kesemuanya. Rekod penemuan fenomena landskap alam itu dalam istilah tempatan dipanggil tiankeng.

http://farm4.static.flickr.com/3397/3496037386_de297a8f0b.jpg?v=0
TIANKENG Xiaozhai tidak diketahui rakyat China sendiri
sehingga ia didedahkan media 15 tahun lalu.

Senarai rongga bumi di China didahului tiankeng Xiaozhai. Ia mempunyai kedalaman 660 meter dan berkapasiti 119 juta meter kubik dan dikatakan mengumpul sumber air hingga berkemungkinan menjadi punca aliran Sungai Yangtze.

"Anda boleh menyembunyikan beberapa Bangunan Empire State di dalamnya. Rakyat China sendiri tidak mengetahui tentangnya hinggalah ia didedahkan media 15 tahun lalu.

"Laluan belantara dan ketiadaan infrastruktur menyukarkan sesiapa untuk sampai ke lokasi ini," ulas pakar geologi dari Pennsylvania State University, Prof. William White.

White membentangkan penemuan tiankeng Xiaozhai selepas mengikuti pelawaan ekspedisi ke lokasi terpencil itu pada tahun 2005 oleh pakar dari Institut Geologi Guilin, Zhu Xuewen.

"Ciri rongga bumi sangat unik. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kemungkinan wujudnya aliran sungai bawah tanah. Ia kelihatan seperti lembah, namun jika diteliti, 'lembah' itu tidak mempunyai jalan keluar," ujar White.

http://farm4.static.flickr.com/3407/3495218559_feee8a1679.jpg?v=0

PENENGGELAMAN tanah di Guatemala City ini berpunca
daripada kebocoran sistem paip bawah tanah.

Di Texas, Amerika Syarikat, rongga bumi yang digelar Devil's Sinkhole sudah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.

Penerokaannya dari sudut komersial telah menjadikan tempat itu boleh dikunjungi mereka yang mahu mencuba aktiviti seperti menuruni cenuram batu dan merentas lereng.

Paling menggemparkan adalah tentang kejadian lubang gergasi yang mengorbankan tiga mangsa di Guatemala City pada 23 Februari 2007.

http://farm4.static.flickr.com/3597/3495219975_b98fd30769.jpg?v=0

Diameter lubang ini mencapai ukuran 20 meter sementara berkedalaman 204 meter. Kerosakan sistem pengaliran air banjir bawah tanah dikatakan menjadi punca bagi tragedi yang meninggalkan landskap kekal itu.

Selain lubang yang terbentuk secara alami atau tanpa diduga, terdapat juga lubang besar yang dibuat oleh manusia atas agenda perlombongan.

http://farm4.static.flickr.com/3297/3496037560_5e4d19e2a9.jpg?v=0
Lombong Mirna, Siberia

http://farm4.static.flickr.com/3644/3496037644_fa44cd4db2.jpg?v=0
Anak panah menunjukkan betapa kecilnya kenderaan dgn lubang tersebut

Sebagai contoh, lombong berlian di di Mirna, Siberia meninggalkan lubang bersaiz 525 meter dalam dan berdiameter 1.25 kilometer. Saiz berbentuk kawah itu sangat jelas dikesan daripada rakaman satelit.

http://farm4.static.flickr.com/3417/3496038280_4e3c908148.jpg?v=0
Impak meteor juga dipercayai menyebabkan rongga besar di dasar Laut Caribbean.

http://farm4.static.flickr.com/3330/3496038386_b5b6408cca.jpg?v=0
IMPAK meteor yang 'melubangkan' dasar samudera
di Laut Caribbean ini diiktiraf tapak warisan UNESCO.

Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Air membentuk kaviti

Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.

"Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi," terangnya.

Lubang Bingham Canyon Di Utah

http://farm4.static.flickr.com/3621/3495219843_4d8f225a0f.jpg?v=0

Selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.

Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.

Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.

Lubang Besar Kimberley di Afrika Selatan
http://farm4.static.flickr.com/3552/3496037774_11d0c6a7c6.jpg?v=0

Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.

"Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku," ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.

Lubang Glory Monticello Dam

http://farm4.static.flickr.com/3540/3496037958_d2c918fc11.jpg?v=0

http://andry2808.files.wordpress.com/2009/01/lubang-ajaib-9.jpg?w=400&h=296

http://farm4.static.flickr.com/3313/3495219399_645c3f8752.jpg?v=0
------------------------
Bagaimana pula dengan lubang api ini???













Tempat ini adalah di Uzbekistan yg digelar oleh penduduk setempat sebagai Pintu ke Neraka... terletak berhampiran dgn sebuah bandara kecil bernama Darvaz.

Kisah ini bermula kira-kira 35 tahun yg lampau. Seorang ahli geologis telah menggali tempat ini untuk mencari gas asli. Secara tiba-tiba semasa penggalian tersebut, mereka telah terjumpa satu jurang besar di bawah tanah. karena terlalu besar sehingga semua peralatan penggalian tersebut telah masuk ke dalam jurang tersebut.

Tiada siapapun yg berani turun ke dalam jurang tersebut disebabkan jurang tersebut dipenuhi gas asli bumi. Untuk menghindari gas bumi yang akan mencemarkan bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan semenjak dari itu sehingga kini, telah 35 tahun lubang ini terbakar tanpa henti walau sesaat.

sumber: http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/05/lubang-gergasi-bumi.html

Antara Kanak-kanak Genius di Dunia

0 ulasan
1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ tertinggi di dunia

Lahir pada tahun 1962, di Korea, beliau dinobatkan sebagai manusia genius di seluruh dunia. Bayangkan Pada umur 4 tahun, dia sudah boleh membaca huruf Jepun, Korea, Jerman, dan Inggeris. Pada umur 5 tahun beliau mampu memecahkan masalah pada soal pengiraan ia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan IQ tertinggi 210.

2. Gregory Smith : Anugerah Nobel pada usia 12

Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya sebagai penerima nobel katogeri perdamaian berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates. Dimana ia mengumpulkan orang muda seluruh dunia. Gregory pernah bertemu secara langsung dengan Presiden Bush, dan juga Michael Gorbacev.

3. Akrit Jaswal : Doktor bedah usia 7 tahun

Jolokan "kanak-kanak terpandai di dunia" telah melekat pada Akrit Jaswal, seorang kanak-kanak dari India. Ia mengejutkan umum ketika umurnya 7 tahun dengan melakukan pembedahan kepada seorang gadis tempatan di tempatnya. Gadis itu menderita luka bakar di tangannya hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan Jaswal pun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu boleh terbuka seperti sedia kala. Ketika ini, nama beliau tercatat sebagai doktor paling muda di dunia. Beliau diterima masuk ke universiti pada usia 11 tahun.

4. Cleopatra Stratan : Penyanyi berusia 3 tahun dengan gaji 1000€ satu lagu

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. Kanak-kanak adalah pencatat sejarah di industri muzik sebagai seorang penyanyi dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani, pada usia 3 tahun. Dia mencatat rekod sebagai seorang artis cilik yang tampil di atas pentas dengan ribuan peminat. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam artis termuda yang mencetak #1 Hit.

5. Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun

Anak kelahiran Australia ini baru berumur dua tahun sudah menunjukkan bakatnya sebagai genius, dia memiliki sebuah gedung pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya. Pada mulanya Mark Jamieson, pengarah dari Brunswick Street Gallery di Melbourne's Fitzroy, tertarik melihat sebuah foto lukisan dari Aelita Andre, dan dia menginginkannya bergabung dalam kumpulanya kerana bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia baru saja menyedari bahawa Aelita adalah anak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap meneruskan pertunjukannya itu.

6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard saat masih duduk di bangku sekolah tinggi

Lahir di New York dan dewasa di Omaha tahun 1940. Genius ini sudah menguasai aljibra ketika darjah 4, ketika akhir SD ia sudah menguasai geometri, kalkulus dan filsafat. Ketika disekolah menengah, dia memperoleh surat dari Harvard agar melamar sebagai dosen, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu. Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi. Sekarang ia dinobatkan sebagai ahli filsafat terbesar dalam sejarah.

7. Michael Kevin Keaulus : Kuliah pada umur 10 tahun

Kaerny, lahir tahun 1984, ia menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun dan tercatat sebagai sarjana termuda. Ia mengajar di universiti pada usia 17 tahun. Namanya semakin meningkat naik ketika dia memenangi sebuah kuiz online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutan Gold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan online.

8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14

Seorang anak berwarga negara America dan Itali ini sungguh cerdik. Pada tahun 2007 ida memperoleh Grandmasternya. Sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda. Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, ia memperoleh Elo rating 2649, dalam usianya yang di bawah 18 tahun, membuatnya sebagai peraih ranking terbanyak. Hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.

9. Willie Mosconi : Pemain bilyard professional pada usia 6 tahun

Mendapat jolokan "Tuan Pocket Billiards". Dia berasal dari Philadelphia, Pennsylvania. Ayahnya seorang pemilik tempat billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannya bermain. Dia sering berlatih dengan pemegang penyapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, ia sering mengalahkan orang-orang yang lebih tua darinya. Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenangi BCA World Championship selama 15 kali tanpa pernah kalah sekalipun. Dia membuat berbagai macam trik, membuat banyak rekod, dan membuat billyard menjadi olahraga yang terkenal.

10. Elaina Smith : Penyiar Usia 7 tahun

Dalam usianya yang 7 tahun, Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang jumlahnya melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan penyelesaian tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan ppercintaan dan bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis.

sumber: http://malaysiasensasi.blogspot.com/2009/10/10-kanak-kanak-genius-di-dunia.html

Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal

0 ulasan
http://img164.imageshack.us/img164/4379/kiswa31fz.jpg

MAKKAH, 9 Nov [8.35 am] - Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah (foto), meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, lapor akhbar harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News kelmarin. Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kilo gram atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. Kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu. Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, membuat pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya. Tiang dalam dan meezab, diperbuat daripada emas 24-karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan. Ayat al-Quran Ya Hayy Ya Qayyum (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan Allah dan Muhammad diukir pada pintu. Hasil kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu.

Ahmad dilahirkan di kampung datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Selepas belajar di sekolah al-Falah tempatan, beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun. Ahmad bekerja di kedai bapanya Sheikh Ibrahim Badr di Goldsmiths Street sepanjang hidupnya - pahangdaily.blogspot.com

Isnin, 9 November 2009

Peluk Islam Kerana Lagu....

0 ulasan

Antara Bidadari & Penghuni Syurga

0 ulasan

Nebula: Secebis Daripada Kekuasaan-Nya

0 ulasan
Nebula (Latin: "awan") merupakan awan antara bintang yang terdiri daripada debu, gas, dan plasma. Pada awalnya nebula merujuk pada nama umum yang diberikan untuk semua objek astronomi yang terbentang di langit, termasuk galaksi di luar Bima Sakti (beberapa contoh penggunaan nama lama masih digunakan seperti Galaksi Andromeda dirujuk sebagai Nebula Andromeda sebelum galaksi ditemui oleh Edwin Hubble).

Kawasan H II merupakan tempat kelahiran bintang-bintang. Ia terbentuk ketika awan molekul yang sangat besar meletup dengan disebabkan oleh daya gravitinya sendiri. Seringkali kejadian ini disebabkan oleh pengaruh letupan supernova yang berada berdekatannya. Apabila awan meletup dan berkecai, ia membentuk sehingga ratusan bintang baru. Bintang yang baru terbentuk mengionkan gas yang ada di sekitarnya lalu terciptalah nebula pancaran.

Nebula juga terbentuk disebabkan oleh kematian bintang. Sebuah bintang yang sedang mengalami perubahan ke tahap bintang kerdil putih dan memancarkan bahagian paling luarnya untuk membentuk nebula planet. Nova dan supernova juga dapat menciptakan nebula yang dikenal sebagai sisa-sisa nova dan sisa-sisa supernova.

Antara nebula yang wujud ialah:

1. Cat’s Eye Nebula (Nebula Mata Kucing).
2. Horse Head Nebula (Nebula Kepala Kuda).
3. Crab Nebula (Nebula Ketam).
4. Ant Nebula (Nebula Semut).
5. Eagle Nebula (Nebula Elang).
6. Tarantula Nebula (Nebula Kala Jengking).
7. Orion Nebula (Nebula Orion).
8. Eskimo Nebula (Nebula Eskimo).
9. Rosette Nebula (Nebula Bunga Mawar).
10. Red Square Nebula (Nebula Segi Empat Merah).
11. Ring Nebula (Nebula Cincin)
12. Eyes Of God Nebula
13. Barnard’s Loop.
14. Boomerang Nebula atau banyak disebut kupu-kupu galaksi.
15. Hourglass Nebula.

1. CAT’S EYE NEBULA (NEBULA MATA KUCING)
Nebula Mata Kucing (NGC 6543) adalah nebula yang terletak sekumpulan dengan (di area) rasi bintang Draco. Struktur nebula ini merupakan salah satu struktur nebula paling kompleksyang pernah diketahui. Nebula ini ditemukan oleh William Herschel pada tanggal 15 Februari 1786.


2. HORSE HEAD NEBULA(NEBULA KEPALA KUDA)
Nebula Kepala Kuda (dikenal juga sebagai Barnard 33) adalah Nebula yang gelap (dark) yang sekumpulan dengan bintang Orion. Jauhnya dari Bumi kira-kira 1.500 tahun cahaya. Nebula ini adalah Nebula yang paling mudah didentifikasi karena bentuk awan debu dan gasnya mirip kepala kuda. Nebula ini ditemukan oleh William Fleming pada tahun 1888.


3. CRAB NEBULA (NEBULA KETAM)
Nebula Kepiting (M1, NCG 1952, Taurus A) adalah nebula yang sekumpulan dengan bintang Taurus. Jauhnya dari Bumi kira-kira 6.500 tahun cahaya. Diketemukan pertama kali oleh John Bevis.

4. ANT NEBULA (NEBULA SEMUT)
Nebula Semut (Mz 3 = Menzel 3) ditemukan oleh Donald Howard menzel pada tahun 1922.

5. EAGLE NEBULA (NEBULA HELANG)
Nebula Helang (Messier 16/ M16, NGC 6611) adalah Nebula yang letaknya sekumpulan dengan bintang Serpens, ditemukan oleh Jean-Philippe de Cheseaux pada tahun 1745-1746. Jauhnya dari Bumi sekitar 7.000 tahun cahaya.

6. TARANTULA NEBULA (NEBULA LABAH-LABAH)
Nebula Labah-Labah (dikenal juga sebagai “30 Doradus”, atau NGC 2070). Yang semula diperkirakan sebagai bintang, kemudian pada tahun 1751 ditemukan oleh Nicolas Louis de Lacaille yang ternyata adalah Nebula.

7. ORION NEBULA
Orion Nebula (dikenal juga sebagai Messier 42, M42, atau NGC 1976) adalah Nebula yang tersebar panjang yang terletak di selatan lajur bintang Orion. Ia merupakan Nebula yang paling terang dan dapat dilihat dengan mata telanjang di atas langit pada malam hari sebagai bercak kabur berkilau mirip pedang Orion. Jaraknya dari Bumi sekitar 1.270 tahun cahaya. Nebula ini pertama kali ditemukan pada tahun 1610 oleh Nicolas Claude Fabri de Peiresc.

8. Clown Face Nebula (Eskimo Nebula)
Nebula Eskimo (NGC 2392) dikenal juga sebagai Clownface Nebula / Nebula Muka Badut. Ditemukan oleh astronom William Herschel pada tahun 1787. Jaraknya 3.000 tahun cahaya dari Bumi.

9. ROSE NEBULA (NEBULA BUNGA MAWAR)
Nebula Bunga Mawar adalah nebula yang sangat besar, letaknya di sekitar bintang Monoceros di area Galaxi “Milky Way”. Jaraknya sekitar 5.200 tahun cahaya dari Bumi. Jika diteliti, kejadian nebula ini telah disebut di dalam Al-Quran sebagaimana di bawah:


10. RED SQUARE NEBULA (NEBULA SEGI EMPAT MERAH)
Nebula Segi Empat Merah adalah Nebula yang letaknya sekumpulan dengan bintang MWC 922. Nebula ini pertama kali di ambil gambarnya dengan menggunakan teleskop “Mt Palomar Hale” di Californiadan dipublikasikan pada April 2007. Bentuk empat persegi Nebula ini, merupakan bentuk obyek angkasa yang paling simetris (belahan yang sama) yang pernah ditemukan.

11. RING NEBULA
Nebula Cincin (Messier 57, M57 atau NGC 6720) adalah Nebula yang terletak di utara bintang Lyra, sebelah selatan bintang terterang, Vega. Nebula Cincin ini dtemukan pertama kali oleh Antoine Darquier de Pellepoix pada Januari 1779.


12. HELIX NEBULA-Eyes Of God Nebula
Para ilmuwan menyebut gambar bintang yang berhasil ditangkap oleh sebuah teleskop raksasa di pegunungan Chili ini Mata Tuhan. Mata Tuhan atau dikenal juga dengan sebutan Helix Nebula memandang bumi jauh dari ruang angkasa atau mencapai sekitar 700 tahun cahaya.
Helix Nebula terletak pada konstelasi Aquarius dan dapat diamati oleh astronom amatir menggunakan teleskop biasa walaupun tampak redup gambarnya. Menempati sebuah wilayah di langit dengan ukurannyayang mencapai separuh dari bulan purnama, Helix Nebula berukuran sangat besar sehingga dibutuhkan pantulan cahaya dua setengah tahun untuk mengitarinya.

13. BARNAD’S LOOP
Nebula “Barnad’s Loop” (Sh 2-276) adalah Nebula yang terlelak sekumpulan dengan bintang Orion. Bisa dilihat (namun sulit) dengan mata telanjang di angkasa di gelapan malam hari. Jaraknya dari Bumi kira-kira 1.600 tahun cahaya.

14. BOOMERANG NEBULA (Kupu-kupu galaksi)
Nebula Boomerang (disebut juga Bow Tie Nebula) adalah nebula yang terletak di area bintang Centarius yang jauhnya dari Bumi kira-kira 5.000 tahun cahaya. Pada tahun 1998 Nebula Boomerang difoto secara terperinci oleh “Hubble Space Telescope” (Teleskop Ruang Angkasa Hubble)

15. HOURGLASS NEBULA (Nebula Jam Pasir)
Hourglass Nebula (dikenal juga sebagai MyCn 18) adalah Nebula yang berada di area selatan bintang Musca yang jauhnya dari Bumi kira-kira 8.000 tahun cahaya. Ia ditemukan pertama kali oleh Annie Jump Cannon dan Margaret W. Mayall

p/s: InsyaAllah. gambar akan dimuatkn dari semasa ke semasa

sumber:
1. http://www.indogamers.com/f261/info_jenis_jenis_nebula_dan_variasinya-245712/
2.http://ms.wikipedia.org/wiki/Nebula

Ahad, 8 November 2009

Penemuan Masjid Kuno, Membongkar Sejarah Islam

0 ulasan
Kisah Yazid ibnu Abi Habib, seorang tab’is Nubia dan seorang ahli yang hidup di Mesir pada dua Hijriah, telah menjadi bahan studi Al-Shiqi selama lebih dari sepuluh tahun”, kata Al-Shaiqi (Suaramedia)

Kisah Yazid ibnu Abi Habib, seorang tab’is Nubia dan seorang ahli yang hidup di Mesir pada dua Hijriah, telah menjadi bahan studi Al-Shiqi selama lebih dari sepuluh tahun”, kata Al-Shaiqi (Suaramedia)

KHARTOUM (SuaraMedia New) – Sebuah penemuan terbaru mengenai Masjid di Utara Sudan mungkin menjadi bukti berdirinya Masjid pertama di Afrika dan dengan cepat mengubah pandangan tentang sejarah Islam di dunia.

“Beberapa bulan lalu seorang guru dari sekolah di Khartoum mengunjungi Nawa untuk menghadiri sebuah pernikahan. Disana, dia mendengar kabar mengenai sebuah Masjid kuno, lalu memutuskan untuk mengambil gambarnya dan menulis artikel mengenai Masjid tersebut di surat kabar”, Dr. Hasan Al-Shaiqi, seorang profesor ilmu Islam di Universitas Internasional Afrika di Khartoum , menuturkan pada IOL.

“Saya dihubungi dan pergi ke Nawa guna melakukan penyelidikan”. Ketika dia telah berada di tempat tersebut, Al-Shiqi, yang menuliskan secara luas mengenai para Sahabat Afrika Rasulullah SAW dan tab’is (pengikut para Sahabat), menyaksikan reruntuhan batu dengan tulisan Arab terukir di salah satu sisinya : “Semoga Allah mengampuni Yazid ibnu Abi Habib”.

Kisah Yazid ibnu Abi Habib, seorang tab’is Nubia dan seorang ahli yang hidup di Mesir pada dua Hijriah, telah menjadi bahan studi Al-Shiqi selama lebih dari sepuluh tahun.

“Saya sedang mencari bahan-bahan mengenai para Sahabat Afrika ketika saya mengetahui tentang Yazid, seorang tab’is Nubia dari Utara Sudan. Beliau menjadi bahan tesisku yang kemudian diterbitkan dalam bentuk buku”.

Dia menjelaskan, ibnu Abi Habib, adalah putra seorang tahanan perang Nubia yang dibawa dari Dongola ke Mesir.

Ibnu Abi Habib tumbuh di Al-Fostat (Kairo lama) sebagai mawla (budak), namun dia dimerdekakan karena kehebatannya dalam memelajari ilmu pengetahuan Islam, terutama Hadits (perkataan dan perilaku Rasulullah SAW.

“Sebagian hidupnya dihabiskan di bawah kekuasaan Khalifah Umar ibnu Abd al-Aziz, dimana beliau diangkat menjadi mufti di Mesir”, lanjutnya.

Khalifah Umar memerintahkan untuk mengumpulkan dan membukukan Hadits.

“Yazid berperan penting dalam mengumpulkan sekitar 500 Hadits”.

Al-Shaiqi juga menjelaskan fakta mengenai beberapa murid ibnu Abi Habib, termasuk Al-Layth ibnu Saad, yang juga dikenal sebagai seorang ahli dari Mesir.

Seorang ahli Hadits dari Asia Tengah, Bukhari dan Muslim juga merupakan murid beliau yang terkenal.alt

Di tempat Masjid tersebut, Al-Shaiqi menemukan beberapa kemiripan dengan Masjid lain disekitarnya.

“Dilihat dari bentuk dan konstruksinya, Masjid tersebut mirip seperti Masjid Abdullah ibnu Abi Sarh di Dongola lama”.

Ibnu Sarh adalah seorang tokoh pemimpin Islam yang mencoba menaklukkan Nubia (Utara dan Pusat Sudan serta Selatan Mesir saat ini) pada abad ke delapan Masehi, dimana terjadi pertempuran dahsyat dan akhirnya diakhiri dengan perjanjian perdamaian dengan penduduk Nubia.

Perjanjian tersebut, yang dikenal dengan Baqt, menyatukan Mesir dan Nubia selama enam abad , dan diizinkannya pembangunan Masjid di ibukota Nubia, Dongolia, bagi para Musyafir.

Sementara penemuan terbaru Masjid tersebut membuka hubungannya dengan Yazid, namun masih dibutuhkan lebih banyak penelitian dan penggalian”, kata Al-Shiqi.

Dr. Hassan Husein dari Korporasi Artifak dan Museum Nasional menyetujui hal tersebut.

“Penelitian lebih lanjut mengenai Masjid tersebut harus segera dilakukan”, katanya kepada IOL.

Hussein mengeluh monumen Islam di Sudan tidak mendapat perhatian dan perawatan, namun dia berharap penemuan tersebut dapat mengubahnya.alt

“Saya berharap penemuan ini dapat menghasilkan lebih banyak pencarian dan dukungan”.

Al-Shiqi berharap penemuan tersebut dapat merubah pandangan sebagian masyarakat terhadap sejarah Islam di Nubia.

“Masjid tersebut mungkin dapat menjadi bukti bahwa Yazid dan masyrakat Nubia di Mesir lainnya kembali ke tanah leluhur untuk menyebarkan Islam ke keluarga mereka”.

Seorang ahli sejarah IUA, Hassan Maki berpikir penemuan tersebut mungkin dapat merevolusi pendapat masyarakat mengenai bagaimana cara Islam meyebar di Nubia.

Sementara sebagian besar para ahli sejarah berpendapat bahwa Islam masuk ke Nubia pada abad ke 14 Masehi yang ditandai runtuhnya kerajaan Dongolia, penemuan tersebut diharapkan dapat memberi informasi tambahan.

“Hal ini dapat berarti bahwa akar dari Islam di daerah tersebut sangat lama, sekitar abad pertama atau kedua Hijriah (abad ketujuh atau delapan Masehi)

sumber: http://suaramedia.com/sejarah/sejarah-islam/1775-penemuan-masjid-kuno-merubah-sejarah-islam.html

Rakyat Palestin Diarah Robohkan Rumah Sendiri

0 ulasan

Rabu , 04/11/2009 – Rejim Zionis telah memaksa rakyat Palestin untuk menghancurkan rumah mereka sendiri di Jabal Al-Mukabir di wilayah penaklukan Baitulmuqaddis.

Suleiman Mashahra mengatakan bahawa dia telah dipaksa untuk merobohkan sendri rumahnya atas arahan dari Rejim Zionis, yang mengancam bahawa dia harus menanggung kos penuh perbelanjaan yang sangat tinggi sekiranya pihak Rejim Zionis yang merobohkan rumahnya.

Mashahra merayu kepada semua pihak yang prihatin, pegawai dan kumpulan-kumpulan hak asasi manusia, untuk membantunya dalam menentang perkara ini. Tambahan pula, dia merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarga besarnya dan tidak mempunyai tempat lain untuk melindungi keluarganya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

Jumaat, 6 November 2009

Demonstrasi di KUIS!!

0 ulasan

kuis 1

Bangi 07 nov 4 a.m | Seramai 2500 mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor mengadakan demonstrasi aman semalam mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran pengajian kolej university tersebut.

Demonstrasi tersebut berarak bermula dari perkarangan First Kafe sambil mengibarkan sepanduk kuis 1dan poster antaranya tertera “sampai bila mahasiswa makan maggi”, “Yuran naik,mahasiswa kelaparan” dan “mahasiswa tuntut yuran turun” berakhir di Taman Ilmu bagi mengadakn perhimpunan di situ.

Kumpulan Mahasiswa berkenaan yang menubuhkan Gabungan Mahasiswa Sedar (GMS) mendakwa yuran di kolej tersebut terlalu mahal dan tidak setimpal dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan.

kuis 1Presiden GMS, Ahmad Syafiq Akmal Bin Ahmad Kamil ketika diminta mengulas mengenai demonstrasi tersebut,mengatakan ianya sebagai hari kemuncak kepada usaha untuk mendesak pihak pentadbiran menurunkan yuran kolej university tersebut.

“sejak bulan lalu,kita telah mengadakan beberapa pertemuan dan perbincangan sama ada pihak petadbiran atau pun pelajar.saya rasa sudah empat atau lima kali kita buat (perbincangan ) bagi menyelesaikan masalah ini.”

Walaubagaimanapun katanya,pertemuan dengan pihak pentadbiran sebelum ini seolah-olah tidak didengar dan dipandang serius oleh pihak pentadbiran.Bahkan lebih mencurigakan lagi, Timbalan Rektor kolej tersebut menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui langsung berkenaan maklumat kenaikan yuran.

“Selain itu,wakil GMS yang pergi berbincang juga turut dipertikaikan dan dinafikan atas alasan tidak mempercayai suara mahasiswa walaupun sebelum ini kita telah mengumpul responden dari mahasiswa sendiri.”

“jadi hari ini kita ingin buktikan bahawa ini (desakan) memang dari mahasiswa dan kita amat serius berkenaan hal ini.”ulasnya selepas selesai demonsterasi semalam.

Demonstrasi tersebut berakhir dengan penyerahan daripada Presiden GMS kepada setiausaha Rektor En.Azmi.
kuis 1

GMS yang terdiri daripada beberapa pimpinan pelajar mula bertindak serius pada 27 Oktober 2009 apabila melakukan pertemuan dan edaran secara langsung kepada mahasiswa khususnya yang tinggal di asrama. Hasil kutipan borang kaji selidik tersebut pihak GMS berjaya mengumpul sebanyak 1,882 respondan yang kebanyakannya tidak berpuas hati terhadap yuran yang dikenakan.

sumber:
http://mahasiswakini.com/archives/4615

Selasa, 3 November 2009

Fasa Pertama Percutianku

0 ulasan

Tatkala mentari merah di hujung pandangan, Menyaksikan senja yang dijanjikan,

Aku sedang termanggu di laman rumah-Nya, Menyaksikan kesibukan warga kota,

Bersama kenderaan masing-masing mengasak masa, Kembali pulang ke laman sendiri,

Setelah siangnya dihabisi, Kotak fikiranku bagai ditarik-tarik,

Membuatkanku berimaginasi, Membayangkan saatnya manusia kembali ke dunia abadi,

Apakah sesibuk ini manusia menemui-Nya? Apakah sesibuk ini manusia mencari syafaat baginda? Apakah sesibuk ini juga manusia mengasak, menuntut amalan sesama sendiri?

Senja ini begitu terasa, Mendekatkanku dengan kematian….

Hari ini dah masuk hari ke-8 cuti semesterku, tapi aku masih merantau di laman orang. Esok kemungkinan berangkatlah aku ke desa. Seperti biasa dipermulaan catatan peribadiku, pasti aku nyatakan bahawa penting bagi aku merakamkan sejarah semalam hidupku walau hanya bernilai pada mata ku sahaja.

NAS

Menyingkap kembali permulaan cuti ku.. Hari pertama cuti aku difokuskan kepada Brainstorming Nadi Al-Syariah (NAS) yang merupakan kelab mahasiswa jabatan Al-Syariah di KIAS, ianya masih diawal penubuhan. Alhamdulillah… Program yang bermula seawal 8.00 pagi isnin itu telah dihadiri hamper keseluruhan pimpinan NAS kecuali 3 orang pimpinan muslimin yang berhalangan. Bimbingan dan sokongan daripada beberapa orang pensyarah seperti Ust Zulqarnain juga Penyelaras NAS, Ust Asri Md Daud, Ustazah Nurul Akma, Ust Mahmood Awang, Dr. Abd Basit, Dr. Djamalullail serta termasuklah Ust Hamidi Abd Ghani yang merupakan Ketua Jabatan AL-Syariah ternyata begitu terkesan sebagai suntikan semangat buat sahabat pimpinan. Paling mengagumkanku komitmen sebahagian mereka sepanjang program tidak terabai sekalipun dalam masa yang sama mereka mempunyai tanggungjawab lain.

Program yang berlangsung hampir 2 hari itu tamat kira-kira seusai zohor esoknya dengan ucapan perasmian penutup oleh Ketua Jabatan Al-Syariah sendiri. Mudah-mudahan matlamat untuk melahirkan mahasiswa faqih berjiwa daie sebagaimana yang diharapkannya itu akan tercapai.

PMKIAS

Setelah selesai mengemas Qaah Nawawi yang digunakan NAS, fokus ku beralih kepada Hari Keluarga PMKIAS yang akan bertolak selepas asar nanti. Segera aku minta mengundur diri untuk menyiapkan barangan yang diperlukan… sedikit mengujiku bilamana hampir sebahagian pimpinan PMKIAS muslimin tidak meghadiri program tersebut. Adalah difahamkan bahawa antara tujuan sebenar program ini diadakan juga adalah untuk meningkatkan persefahaman sesama pimpinan, mengukuhkan kesatuan ini dan seumpamanya. Namun malangnya ketidakkanhadiran mereka ini bagiku sedikit sebanyak membunuh tujuan ini. Bukanlah hendak kunafikan mereka yang punyai komitmen lain. Tidak mengapa jika benar tidak dapat dielakkan, tapi mendukacitakan bilamana ada daripada sebahagiannya seolah-olah tidak berminat untuk memberikan komitmen. Bahkan ada yang menjadikan perselisihan sesama mereka sebagai halangan untuk membina kesatuan organisasi. Marah, kecewa, sakit hati dan sebagainya itu biarlah disemadikan di lubuk hati ini. Namun komitmen mereka sebahagian yang lain amatlah kuhargai. Besar maknanya bagiku bilamana melihat kesanggupan mereka untuk bersama-sama mendokong kembali organisasi yang dalam kondisi seserius ini.

Kami akhirnya tiba ditapak program iaitu di Bukit Baka, Machang kira-kira antara waktu maghrib ke isyak dengan dinantikan Abg Di yang merupakan orang yang bertanggungjawab di situ. Banyak yang dibualkan bersamanya. Antara yang difokuskan adalah tentang sebahagian masyarakat yang menjadikan tempat itu untuk tujuan maksiat. Mujurlah Pak Di merupakan orang yang begitu bersemangat menangani masalah ni. Sedikit sebanyak kegiatan maksiat di kawasan terbendung juga. Secara kesimpulannya program ini adalah lebih kepada memperkemaskan organisasi dan aktiviti yang akan dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang. Program yang mengambil masa 3 hari 2 malan ini berakhir pada zohor hari ketiga (khamis). Bagaimanapun kami pulang lewat petang kerana menantikan van untuk mengambil peralatan yang digunakan. Terpaksalah kami menunggu untuk mengelakkan kehilangan barang dan seumpamanya. Seusai solat asar dan bacaan mathurat sementara menantikan kedatangan van, al-akh Muhsin (Bendahari Agung PMKIAS) dalam keadaan tergesa-gesa memberitahu kami akan kewujudan 2 pasangan anak muda menjadikan kawasan perkelahan tersebut bagi melempiaskan nafsu mereka. Kami segera bangkit menuju ke tempat yang dimaksudkan. Kelihatan sepasang daripada mereka dalam keadaan berpelukan manalaka sepasang lagi dengan hal masing-masing. Kehadiran kami sedikit mengejutkan mereka. Untuk beberapa ketika, kami bersama-sama mereka. Berbual-bual bertanyakan latar belakang dan seikit pengisian rohani buat ingatan bersama. Keempat-empat anak muda itu masing-masing berumur antara 16 tahun hingga 19 tahun. Terlalu muda untuk dicemari dosa dan tipuan dunia. Benak fikiranku kembali mengibas bagaimana aku mengadaikan persahabatan demi-Nya. Sehingga kini aku masih didendami. Jalan ini sememangnya sukar, tetapi itulah hakikatnya kerana tidak terasa kemaisan perjuangan itu tanpa dugaan.

Penangan kambing bakar ni masih terasa hingga kini... pening....





PBSM

Ketika dalam perjalanan pulang.. kami bertiga iaitu penulis, al-akh Khairul (mantan S/U Agung PMKIAS) dan al-akh Syed (Presiden PMKIAS) sempat membincangkan beberapa perkara. Antaranya berkenaan transformasi yang perlu direalisasikan dalam memastikan ianya terus memacu mahasiswa/i KIAS seiring dengan arus semasa. Banyak perlu dipinda bermula daripada kaedah pemilihan pimpinan sehinggalah kepada pelaksanaan tanggungjawab pimpinan itu sendiri. Apa yang boleh diperkatakan, ianya memang sesuatu yang agak sukar kerana memerlukan kerjasama semua pihak baik sama ada ahli-ahli PMKIAS, pimpinan itu sendiri mahupun pihak yang ‘menguasai’ PMKIAS secara langsung mahupun tidak langsung yang kadangkala menyulitkan pergerakan PMKIAS bahkan menjadikan PMKIAS proksi kepentingan mereka.

Seusai solat maghrib di sebuah masjid ketika masih lagi dalam perjalanan pulang, Presiden menerima panggilan daripada salah seorang pelajar al-Azhar yang juga bekas pelajar KIAS yang meminta bantuan untuk meminjamkan beberapa peralatan program untuk kegunaan program mereka di Kg Bakong, Gunung, Bachok iaitu Program Bakti Siswa Mesir (PBSM). Program bersifat perkampungan anak angkat itu juga turut disertai segelintir mahasiswi KIAS bahkan antara pengisiannya juga turut membariskan tenaga daripada KIAS iaitu Dr. Johari Mat (ketua Eksekutif KIAS) dan Ust Asri Md Daud (pensyarah KIAS0 ketika forum perdana yang turut dibarisi oleh salah seorang Dr. dari Universiti Malaya. Perjalanan ke tapak program itu begitu menguji kami, beberapa kali kami tersalah jalan dan terpaksa berpatah semula bahkan turut menerima panduan arah yang mengelirukan. Alhamdulillah… pemergian ke sana tidak merugika kerana berpeluang mengenali beberapa orang pelajar al-Azhar yang komited dengan aktiviti sedemikian. Akhirnya kami tiba di kampus kira-kira pada pukul 11.30 malam untuk meneruskan urusan masing-masing.

Tanah Merah

Setelah mengambil kira beberapa perkara, hari Isnin menjadi pilihanku untuk pulang ke desa sementara sehari sebelumnya akan bertolak ke Tanah Merah untuk menyelesaikan beberapa perkara yang maih tertangguh. Perjalanan pada ahad itu sedikit teruji bilamana hampir semua pemandu bas SKMK mogok. Terpaksalah menggunakan teksi dan keretapi sebagai alternatif. Segalanya kembali terkawal.. Alhamdulillah… itulah juga pertama kalinya menaiki keretapi… mungkin itu antara hikmahnya dugaan ini.. hampir tiba waktu maghrib. Minta diri dahulu. Assalamualaikum.




Dinukilkan pada 15.11.09, Ahad, 6.40ptg di Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah Kelantan.

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template