.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 7 Januari 2010

Bicara Ilmiah : Permulaan Yang Hebat




Alhamdulillah.
Isnin lalu yang bertarikh 18 Muharram 1431H bersamaan 4 Januari 2010 M menyaksikan suatu anjakan baru yang dipelopori oleh Nadi Al-Syariah (NAS) melalui Bicara Ilmiah sebagai program bulanannya. Berita lanjutt berkenaan program tersebut boleh didapati di blog NAS sendiri. Saya tidak berhasrat untuk mengulas panjang berkenaan perjalanan program tersebut disebabkan ianya telah dimaklumkan di blog NAS.

Terdahulunya, sekalung ucapan tahniah dan syabas diucapkan buat AJK pelaksana program yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program berkenaan. Semoga segala kerja buat kalian mempunyai nilainya di sis Allah SWT. Bagi saya, program Bicara Ilmiah kali ini wajar dipuji dan dibanggakan, bahkan tidak salah jika saya katakan ianya telah mencetus suatu fenomena baru yang mencernakan susana ilmiah bilamana menyaksikan sambutan yang begitu memberangsangkan dari kalangan pihak pentadbiran tertinggi KIAS (Dr.Johari selaku Ketua Eksekutif, Dr.Yaacob selaku Pendaftar), kakitangan dan pensyarah-pensyarah selain daripada mahasiswa KIAS.

Jika dianalisa, suasana perbincangan di dalam program nyata begitu hidup sekali dan sangat memuaskan hati. Ianya menunjukkan komiten yang tinggi dari pelbagai pihak yang ada di KIAS.
Melihat kepada perkembangan positif yang saya sifatkan tidak pernah berlaku bagi program-program terdahulu di KIAS yang berkonsepkan sebegini bentuk, tidak salah jika saya menganggap ianya sebagai perintis kepada suatu perubahan yang cukup bermakna di KIAS. Malahan jika situasi yang sama ini mampu dikekalkan atau dipertingkatkan lagi bagi setidak-tidaknya 2 siri Bicara Ilmiah yang akan datang, maka tidak mustahil jika dikatakan bahawa pada sesi kemasukan Jun nanti akan menyaksikan Bicara Ilmiah terpaksa beralih lokasinya ke dewan yang lebih luas bahkan ianya juga mampu menjadi antara program yang utama di KIAS menyaingi program-program pihak lain. Hatta tidak mustahi juga andai ianya akan menjadi salah satu ruang bagi semua pihak di KIAS dalam mengetengahkan pandangan masing-masing seterusnya membentuk kesatuan pemikiran yang jitu di KIAS.















Akhirnya, kepada semua baik AJK NAS, AJK Program, para peserta program mahupun para pembaca nukilan yang ringkas ini, saya tinggalkan kalian dengan firman-Nya sebagai renungan bersama.

"Allah berikan kepada mereka balasan perkerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka tidak akan rugi." (Hud : 15)

"Jika kamu melakukan kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu... ". (al-Israa':7)

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template