.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 15 September 2011

Jadual Anggaran Arah Kiblat Berpandukan Matahari Terbenam atau Bulan Sabit

0 ulasan


Secara umumnya, kaedah berdasarkan arah matahari terbenam adalah tidak tepat disebabkan sudut arah matahari terbenam di Malaysia adalah berubah-ubah. Namun demikian, ianya boleh ditentukan dengan mengetahui perbezaan jarak antara matahari terbenam dengan arah kiblat sebenar.
Berdasarkan bulan sabit juga, arah kiblat boleh ditentukan dengan berpandukan jadual anggaran perbezaan arah kiblat. Secara mudahnya, ianya hampir sama sahaja dengan kaedah berdasarkan matahari terbenam. Cuma ianya perlu diukur dari tengah-tengah cahaya sabit, bukannya sisi bulan. Ini disebabkan asas ukuran adalah berdasarkan pusat matahari. Anggaran sudut boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah “sudut jari” seperti rajah di bawah untuk di ukur kira pada dada langit. Mengikut syarahan pensyarah, “sudut jari” ini diiktiraf National Aeronautics and Space Administration (NASA) sebagai salah satu cara mengukurnya. Begitulah hebatnya jari manusia ciptaan-Nya. Caranya adalah seperti berikut:



Rajah 6: Cara mengukur menggunakan jari

Sedikit keterangan mengenainya:

1 jari bersamaan 1

2 jari bersamaan 5

Gengaman bersamaan 8

Lima jari yang dibuka bersamaan 20


#Artikel ini hanya sebahagian artikel daripada artikel penuh yang pernah diterbitkan dengan tajuk Arah Kiblat: Berdasarkan Petunjuk Alam

Isnin, 12 September 2011

Fenomena Langit September 2011

0 ulasan

Langit September 2011

Dr(H)Kassim Bahali

Langit malam September ini turut dihiasi dengan beberapa buruj menarik seperti yang ditunjukkan pada peta bintang September 2011. Diantara buruj yang boleh dilihat sepanjang bulan ini, di langit Utara ialah Pegasus, Cygnus, Lyra dan Hercules. Buruj Bootes mula hendak meninggalkan langit malam bulan ini. Di langit Utara buruj Lyra masih berada tinggi di langit, mudah mengenalinya kerana bintang Vega berada di dalamnya. Vega merupakan bintang yang kedua paling terang selepas Arcturus di langit Utara dengan magnitudnya 0.03.

Buruj Aquila berada di tengah langit dengan Altair bintang yang paling terang di dalamnya. Aquila dalam bahasa Latin bermaksud burung Helang manakala Altair berasal dari bahasa Arab bermaksud burung helang. Buruj ini terletak hanya beberapa darjah dari khatulistiwa samawi dan terletak di dalam galaksi Bima Sakti. Buruj ini telah dikenali sejak dari zaman dahulu dan Ptolemy telah menyenaraikan sebagai salah satu buruj dalam senarai 48 buruj dihasilkannya. Hari ini pihak International Astronomical Union telah mengkatalogkan sebanyak 88 buruj kesemuanya.

Buruj yang menarik menghiasi langit selatan ialah buruj Aquarius, Capricon, Sagitarius, Scorpio, Libra dan Pari. Buruj Sagitarius merupakan salah satu buruj zodiak yang telah lama dikenali sejak zaman dahulu. Matahari memasukki buruj ini diantara 17 Disember sehingga 20 Januari. Ia boleh dilihat dengan mata kasar kelihatan seperti mangkuk teh (teapot). Buruj ini berada hampir dengan bahagian Bima Sakti yang padat yang merupakan pusat galaksi.

Bulan ini juga memberi kita peluang untuk mengenali galaksi Bima Sakti kerana ia akan menghiasi langit sepanjang malam dalam bulan ini. Jika cuaca baik dan tiada cahaya bulan atau cahaya lampu luar kita berpeluang melihat galaksi ini. Ia boleh dilihat dengan mata kasar, ia kelihatan seperti jaluran awan yang nipis dengan bintang-bintang yang halus di dalamnya.

Bagi mengenali objek-objek langit bulan ini, kita boleh menggunakan peta bintang September 2011. Peta bintang ini menunjukkan Bulan, bintang, planet, buruj, dan galaksi Bima Sakti. Fasa-fasa Bulan yang ditunjukkan merujuk kepada tarikh yang dilabelkan. Saiz bintang menunjukkan kecerahan, bintang yang cerah ditunjukkan dengan saiz titik yang besar. Bintang yang ditunjukkan adalah bintang-bintang yang cerah dengan magnitud kurang dari 4. Peta bintang ini boleh digunakan untuk langit di Malaysia pada jam 10.00 malam pada awal September, 9.00 malam di pertengahan September dan 8.00 malam di akhir September.


Panduan cerapan langit malam menggunakan peta bintang;

Cerapan langit utara

  • Berdiri menghadap arah Utara.
  • Pegang peta bintang tepat di atas kepala. Pegang dengan tangan kanan di bahagian labelAdan tangan kiri di labelBpeta bintang. Pastikan tengah peta bintang tepat di atas kepala dan Utara di peta bintang sama arah dengan Utara sebenar.

Jika mencerap diawal bulan September, jam 10.00 malam, anda akan mendapati bintang Altair di tengah peta bintang adalah objek di atas kepala di langit. Buruj Cygnus, Lyra, Hercules dan Bootes akan dapat dilihat di langit Utara. Mulakan mengenali bintang dengan bintang yang cerah dan mudah dikenali seperti Altair dan Vega. Seterusnya anda boleh mengenali planet, bintang dan buruj menggunakan peta bintang tersebut.

Cerapan langit selatan

  • Berdiri menghadap arah selatan.Pegang peta bintang tepat di atas kepala. Pegang dengan tangan kanan di bahagian labelBdan tangan kiri pegang di labelApeta bintang. Pastikan tengah peta bintang tepat di atas kepala dan Selatan di peta bintang sama arah dengan Selatan sebenar. Jika cerapan diawal September, kita boleh melihat buruj Crux, Sagitarius dan Scorpio.

Cerapan langit malam perlu dilakukan pada malam yang cerah, kurang berawan atau mendung. Hindari dari gangguan cahaya lampu dengan menutup lampu luar atau halaman. Apabila kita berada dalam persekitaran yang gelap kita akan dapat melihat langit dengan lebih baik. Tunggu beberapa minit sehingga mata kita dapat menyesuaikan dalam keadaan gelap. Lebih lama kita dalam keadaan gelap lebih banyak bintang yang akan dapat di lihat.



sumber

Isnin, 5 September 2011

Aquarium Kedua Terbesar di Dunia

0 ulasan
Tetingkap kaca akrilik yang digunakan bagi tangki utama dalah kedua terbesar di dunia. Yang pastinya anda mesti menonton video pemandangan di sekitar tangki utama (Kuroshi Sea) bagi akuarium kedua terbesar di dunia ini. sangat mengasyik dan mempersona (anda digalakkan untuk melihat pada saiz penuh video bagi mendapatkan paparan yang lebih jelas). Baru best. Sangat hebat.


FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template