.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 18 September 2010

Rayuan Sumbangan Pembinaan Masjid Uthmani Kampung Kolam


Ramadhan lalu saya sempat bertegur sapa dengan Ust Fikri di Masjid Kampung Laut, berdekatan dengan kampus KIAS. Beliau sedang mengikhtiarkan sumbangan untuk pembinaan masjid di kampungnya.

Dalam perkenalan ringkas itu beliau sempat menyerahkan sampul putih risalah berkaitan. Saya telah berjanji untuk membantu mengiklankannya di internet. Lama sudah janji itu kini baru saya tunaikan.. Hampir lupa gara-gara lama tidak membelek diari.. sampul itu saya selitkan dalam diari saya..

Berikut beberapa maklumat yang saya petik daripada blog Masjid Uthmani Kampung Kolam yang diselia Ust Fikri:



DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI

NOMBOR AKAUN ATAS NAMA
"MASJID UTHMANI"
RHB : 2-53025-0000563-0
atau
CIMB : 0301-0004030-20-5

'minta tolong....pakat tolonglah...nak minta tolong siapa lagi kalau tidak kepada orang beriman...

"BUAT RUMAH ALLAH"

..tawakkaltu 'alalLah

PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI
Nama sebenar :
FAKRI BIN AWANG [ nama i/c]
.
Nama lain : FIKRI
Panggilan dikalangan sahabat :
USTAZ FIKRI KOLAM
.
Panggilan dikalangan keluarga / dikampung : PAK CU HAJI
.
Boleh dihubungi :
H/p: 016-986 4599
.
Keluarga terdekat :
[1] Haji Awang [ayahanda ]
[2]Abdul Rahman Bin Awang.
[h/p: 012 - 4738458 ]
[ abang ] Tinggal di Taman Sari, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan.



Dalam risalah 'RAYUAN SUMBANGAN FI SABILILLAH' yang diedarkan tidak terdapat gambar Pengerusi Pembinaan Masjid Uthmani kerana diganti dengan maksud ayat al-Quran: Ayat 261 - Surah Al-Baqarah, iaitu;
"BANDINGAN (DERMA / INFAK) ORANG-ORANG YANG MEMBELANJAKAN HARTANYA PADA JALAN ALLAH IALAH SAMA SEPERTI SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI, TIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN (INGATLAH), ALLAH AKAN MELIPATGANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA DAN ALLAH MAHA LUAS ( RAHMAT) KURNIANYA, LAGI MELIPUTI ILMU PENGETAHUANNYA"...maha benar firman ALLAH S.W.T.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template