.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Isnin, 1 Mac 2010

Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara (SIMURA)



Gabungan Mahasiswa IPTIM Malaysia dengan kerjasama PERSADA Kedah, MPM Insaniah dan QC akan menganjurkan Simposium Mahasiswa Islam Wilayah Utara (SIMURA'10) yang bertujuan memberi pendedahan kepada mahasiswa Malaysia khususnya wilayah Utara Semenenjung kepentingan berdikari dalam membentuk syahsiah mahasiswa disamping berfikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah.

Program selama 2 hari itu akan menampilkan beberapa tokoh dan bekas aktivis mahasiswa tanah air diantaranya ialah YB Nasir Zakaria, YB Dato' Mahfuz Omar, Dr. Anhar Opir, Dr. Azmi Abdul Hamid, Tn. Haji Ismail Ahmad, Encik Salmi Anas dan Sdr Dzulkhairi Mohd Noor.

Diantara kertas kerja-kertas kerja yang akan dibentangkan ialah bertajuk: Masa Depan Politik Kampus: Antara Realiti dan Cabaran, Membentuk Mahasiswa Yang Berdikari Untuk Memacu Ekonomi Masa Depan, Kepimpinan Mahasiswa Islam : Satu Tanggungjawab.

Semua ahli GAMIM seluruh negara dijemput turut serta dalam program sulung anjuran GAMIM ini. Yuran RM 10 sahaja dikenakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Sdr. Mahyuddin - 0194487170

Sumber: GAMIM

1 ulasan:

Teacher wangi on 3 Mac 2010 pada 3:59 PTG berkata...

salam, apabila melihat..tajuk...mase dpn politik kampus : antara realiti dan cabaran...teringat sms d prog bersama gamis..

di harap adanya peningkatan dr segi gerak kerja semua kampus..melalui adnya jawatan kuasa yg memantau dan prihatin terhadap gerakan mahasiswa kini..

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template