.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Ahad, 28 Jun 2009

Jualan Buku!!!

0 ulasan
Salam bicara kepada semua...

Dalam sisa waktu usia yang masih berbaki ini, sekacitanya ana ingin mengetengahkan beberapa buah buku keluaran Anbakri Publika Sdn Bhd dengan harga pasaran yang telah ditetapkan iaitu antara RM13.00 hingga RM27.00 sahaja. Kira harga modal je la.. ana x ambil untung pun. cuma bagi yang jauh2 sehingga perlu diposkan, maka perlulah ditambah belanja untuk pos ya... ana pun x la berada sangat nak back up semua. sekiranya berminat, boleh emailkan ke inniakhafullah_09@yahoo.com atau YM terus je...




RM 13.00
















RM20.00
















RM13.00




















RM 17.00


















RM23.00


















RM 19.00






















Rm27.00

















RM 17.00


















RM 17.00


















RM15.00


















Rm15.00





































RM23.00





















RM15.00










Ahad, 21 Jun 2009

Travelog Hujung Minggu...

0 ulasan
Salam tinta buat para pengunjung....
kali ini terasa ingin ana coretkan sedikit perjalanan hari yang baru beberapa hari berlalu...
Maaf la kalau kalau bosan dengan nukilan hal peribadi... ala....blog ni juga la umpama diari ana...:)
Sekadar buat ingatan sebelum tibanya lupa dikemudian hari..

Masih hangat diingatan ini kenangan bertugas saat dinihari malam khamis baru-baru ini.. walaupun bukan bidang tugas ana, ana tawarkan diri juga untuk bersama-sama dengan Ust Zulkarnain menampal poster2 dan menggantung banner2 program yang semakin hampir terasa kehangatan bahangnya itu kerana bimbang sekiranya tidak cukup kakitangan walaupun kepenatan masih membaluti diri. Alhamdulillah pada peringkat awalnya kami semuanya berempat (Ust Zulkarnain, Ehsan, Khairul, Asri & ana) telah memulakan gerak kerja kira-kira pada pukul 10.00mlm dengan sasaran sebanyak 10 tempat yang jarak antara satu sama lainnya memerlukan masa yang agak lama sehingga kami menjangkakan akan selesai tika hampir waktu subuh. Setelah selesai memasang banner di Pasir Mas & Wakaf Baru, kami singgah sebentar di kedai makan untuk mengumpul daya... ternayata kepenatan memanjat tiang seketika tadi kembali terubat... mau x nye... sekali pekena sup belut... teruja jugak bagi orang yang mengada2 cikit macam ana ni.. sebelum ni memang geli nak makan & pernah sekali mencubanya tapi x mampu menghabiskannya... tapi kali ni.. fuh! macam peminat fanatik sup belut pula... sedap benor rasanya malam tu...:) ntah apa kena la malam tu...

Selesai makan, kerja2 menggantung banner disambung kembali... malangnya ana hanya sempat bertahan separuh jalan sahaja.... kepenatan tubuh ini yang memerlukan kerehatan makin menjadi menyebabkan ana tidak mampu berdiri dengan baik menbuatkan ana akhirnya banyak menghabiskan masa di dalam kereta... apa pun syukurlah kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk berkhimat tika menggantung banner ke-8 daripada tak dapat langsung..

Petang khamis keesokannya pula tanggungjawab ana untuk bersama-sama adik-adik SMAI akhirnya menghantar ana ke Tanah Merah bersama-sama Syazwan, Wan fakhri & Naim untuk akativiti semalaman di sana.. Dalam perjalanan ke sana, sempat juga singgah solat fardhu asar di Masjid Pulai Condong... Menarik dan indah seni binanya... Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah tiba di destinasi utamanya iaitu SMAI. Program yang bermula kira-kira pada pukul 6.30 petang khamis dan berakhir kira-kira pada pukul 10.00 pagi keesokannya itu telah diisi dengan pelbagai modul pilihan di samping pengisian yang menjadi kelaziman seperti kuliah, qiamullail dan seumpamanya. Memandangkan program tersebut berakhir dengan gotong-royong, terfikir pula hendak mengajak sahabat2 ana ke Lata Hujan... Teringin nak memperkenalkan kepada mereka.. Akhirnya rancangan tersebut menjadi dan tibalah juga akhirnya kami di Lata Hujan yang terletak di Gual Ipoh. Agak pedalaman sikit bagi daerah Tanah Merah. Malangnya suasana tempat itu kini berbeza sekali... dahulu ianya tenang tanpa kehadiran ramai pengunjung sehinggakan boleh berusrah di situ, namun kini segalanya telah berubah... ianya kini menjadi tumpuan ramai pengunjung baik yang datang bekerluarga mahupun berpasangan, hampir keseluruhan pengunjung tidak menunjukkan akhlak Islam... Rasa kesal pula ajak sahabat2 ke sana, tak pasal2 bertambah saham dosa diri sendiri...

Dalam perjalanan pulang pula, mata lebih banyak tertutup.. penat dan mengantuk benor rasanya... Solat jumaat hari itu ternyata ditemukan sekali lagi jodoh oleh-Nya dengan masjid Pulai Condong... Keselesaan di dalam masjid itu yang tidak sepanas masjid-masjid yang ana singgah selama ini ternyata membuatkan ana asyik dengan khutbah hari itu... tak mengantuk la... tapi.. (ada jgk tapi...banyak komen ye ana ni..) sekali teks khutbah tu telah pun dibacakan di masjid Nilam Puri minggu lepas... isk3 macam2 dengan dunia ni.. Lebih membuatkan hati ini dibaluti kesayuan tatkala menatap wajah pelajar2 tahfiz di situ.. jernih2 air muka mereka.. barangkali kesan daripada memelihara wudu` sebagaimana yang pernah ustaz ana di tahfiz dahulu sebutkan... bilamana berada di situ, kotak fikiran ini bagaikan ditarik2 ke memori silam... kenangan bersama ustaz2 & sahabat2 di MTQTM.. pahit manis, suka & duka yang membina entiti insan... mudah-mudahan ianya berbaloi kelak.. InsyaAllah... setelah semuanya selesai termasuk makan tengahari di kedai ciput (nama yg sahabat2 ana berikan, ana pun konfius lagi maksudnya) kami puntiba di KIAS kira-kira pada pukul 3 petang bersama-sama bekalan rakaman aktiviti setakat yang mampu masing-masing simpan dalam lipatan hidup...

Keesokkannya pula, takdir-Nya menentukan untuk ana berpeluang untuk bersama-sama di dalam Sumbangan Imam Abul Al-Hassan Al-Ash`ari dalam Pembangunan Ummah yang bermula pada pagi sabtu dan berakhir petang dengan dibarisi para pembentang kertas kerja yang hebat-hebat iaitu :

1. YBhg Dr Johari Mat (KIAS)
2. YBhg Prof Madya Dr Fauzi Deraman (UM,Kuala Lumpur)
3. YBhg Prof Madya Dr Radhi Othman (USM Pulau Pinang)
4. YBhg Dr Ahmad Najib Abdullah (UM,Nilam Puri)


..dan forum pada malamnya pula yang bertajuk "Cabaran Aqidah Umat Islam Di Malaysia" membariskan pula YBhg Prof Madya Dr Fauzi Deraman (UM,Kuala Lumpur), YBhg Prof Madya Dr Radhi Othman (USM) & YB Senator Mumtaz Mohd Nawi.

Tenyata sambutannya cukup memberangsangkan, malahan para peserta juga tak lekang dalam mengajukan persoalan menunjukkan betapa fokusnya para peserta dalam memahami apa yang diperbincangkan. Sekalung tahniah Gabungan Prodesional Kelantan (GPK) kerana menjayakan program sebegini rupa dan diharapkan aktiviti-aktiviti akan diteruskan serta dikembangluaskan lagi demi kebaikan ummah.. InsyaAllah.. Amin..

Sabtu, 13 Jun 2009

Hilangnya Permata....

0 ulasan

Al-fadhil Ustaz Dr. Fathi Yakan telah meninggalkan kita pagi tadi.. Lahir pada tahun 1933 dan wafat pd hari ini berumor 76 tahun... Sungguh besar jasanya dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah.. Sila lihat web ikhwan jordan utk kesahihan berita tersebut.. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' : http://www.ikhwan-jor.com/.

Pemergiannya meninggalkan satu sumbangan yang sangat besar dalam dunia pentarbiyahan pejuang Islam. Antara bukunya, 'Maza Yakni Intima'i Lil Islam' ( Apa Erti Saya Menganut Islam ) dan 'Almutasaqitun 'ala toriqidda'wah' (Golongan yg tercicir di jalan dakwah) menjadi antara sumber rujukan utama usrah di pelbagai peringkat masyarakat.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Al-fatihah...

Tetamu Senja

0 ulasan











Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat


-A. Samad Said

Jumaat, 12 Jun 2009

Selamat Datang Warga Baru KIAS

0 ulasan
Bermula daripada 30 Mei lalu lagi semua urusetia telah pun berkampung mengorbankan cuti masing-masing untuk persediaan Minggu Ukhuwah Islamiah (MUI`09) menyambut adik-adik yang bakal menyambungkan pengajian mereka di sini. Walaupun berkampung seminggu sebelum program, bagi ana tiada ertinya juga istilah tu.. cuti ana terpaksa ana lupakan kerana komitmen lain... Apapun syukurlah hampir semua urusetia memberikan kerjasama yang baik.

Sambutan tahun ini agak memuaskan, ternyata KIAS semakin terus mendapat tempat baik dalam negeri mahupun di luar negara melihat kepada latar belakang siswa/i baru yang bukan sahaja daripada Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Sabah, Pahang dll, malahan juga ada daripada Singapura & Kemboja dll.


Alhamdulillah MUI kali ini berjalan lancar walaupun ada beberapa perkara yang terpaksa dipinda secara terdesak berdasarkan keperluan ketika itu.. biasalah tu.. adat berprogram... x boleh la terlalu mengikut perancangan... kena la juga utamakan konsep yang sesuai dengan penerimaan peserta... kepada semua urusetia, jangan serik dengan dugaan berprogram ni... x kira la dengan siapapun kita berhadapan, baik para peserta mahupun orang atasan.. semua ada hikmahnya... kepada mahasiswa/i baru pula, tanamlah keazaman yang tinggi, suburkanlah ianya dan semaikanlah agar membuahkan hasil yang unggul di kemudian hari...

Ana pun tidak berhasrat berceloteh panjang, sekadar nukilan buat ingatan sebelum hadirnya lupa di kemudian hari....

Rabu, 10 Jun 2009

Unity Government

0 ulasan

Semalam di dalam salah satu slot dalam Minggu Ukhwah Islamiah(MUI`09) untuk para penuntut baru telah mengetengahkan Setiausaha Politik MB Kelantan yang mana bertujuan menceritakan sekilas pandag berkenaan Negeri Serambi Makkah kepada para peserta MUI`09 yang rata-rata mempunyai pelajar yang bukan anak tempatan.

Dalam kesempatan masa yang terluang untuk sesi soal jawab yang kelihatannya para peserta seolah-olah tiada apa yang ingin yang dipersoalkan. Maka, peluang yang terhidang terus ana manafaatkan untuk bertanyakan pandangannya berkenaan unity government @ kerajaan perpaduan dan percanggahkan pandangan sesama pimpinan PAS dalam hal ini.

Secara kesimpulannya yang boleh diambil daripada jawapannya itu menjelaskan kepada audiens bahawa perbezaan di dalam sesuatu organisasi adalah sememangnya wujud, apa yang penting adalah kaedah menanganinya agar tidak memecahbelahkan organisasi. Beliau melihat begitu banyak risiko kecederaan yang akan dialami PAS sekiranya menerima kerajaan perpaduan.
Sejarah politik di Kelantan sendiri yang pernah menyaksikan pengkhinatan UMNO / BN yang membuatkan pimpinan PAS di Kelantan begitu trauma sekali untuk mengulanginya.

Antara andaian yang telah dilontarkannya, bayangkan sekiranya esok PAS bersama-sama dengan BN membentuk kerjaan perpaduan dan memegang jawatan-jawatan di dalam tampuk pimpinan kerajaan yang sememangnya telah 'tawar' di mata rakyat. Tiba-tiba tidak sampai beberapa bulan, BN merencanakan PRU-13. Ketika ini atas tiket parti manakah pimpinan PAS hendak bertanding sedangkan kerjaan perpaduaan yang baru dibentuk belum lagi sempat merencanakan perubahan yang menguntungkan rakyat. Adalah mustahil ketika ini pimpinan PAS untuk bertanding atas tiket PAS kerana kepercayaan rakyat kepada mereka pastinya berubah. Jika bertanding atas tiket BN pula, ana tidak melihat adanya peluang buat mereka dengan budaya cantas mecantas yang subur di dalam UMNO/BN malahan ianya secara langusng adalah tidak lagi berjuang berdasarkan Islam, sebaliknya kembali kepada dasar BN iaitu semangat perpaduan. Inilah antara kecederaan-kecederaan yang barangkali sedang menantikan PAS sekiranya menerima kerajaan perpaduan dalam susana politik tanah air yang cukup kotor sekali.

Khamis, 4 Jun 2009

Kaedah Asas Mengekalkan Kesihatan Jiwa

0 ulasan
Dipetik dari buku: LA TAHZAN, DON`T BE SAD, JANGAN BERSEDIH.

Nikmatilah hari-harimu dan detik-detik dalam hidupmu. Masa lalu jangan sampai membuatmu selalu bersedih,masa depan jangan sampai membuatmu risau dan serahkan segala urusanmu kepada ALLAH.

Janganlah kamu membiarkan kemusykilan sebesar apapun membinasakan emosimu dan fikirkanlah dengan tenang dalam mencari penyelesaian.

Ingatlah harga mahal yang kamu bayar untuk kesihatan kamu ketika kamu menjadi tawanan kegelisahan, ketegangan dan stress

Ketika anda tegang dan stress disebabkan sesuatu kemusykilan walau apapun bentuknya, ambillah sehelai kertas dan pena dan catatlah jawapan di atas kertas tersebut untuk beberapa soalan berikut:
Apakah yang membuat saya tegang?
Apakah yang harus saya lakukan dengan ketegangan saya?
Bilakah saya dapat melakukannya?
Bagaimana saya mampu melakukannya?

Jangan sesekali meragui bahawa kamu adalah seorang yang bahagia. Janganlah kamu menanyakan dirimu, apakah dirimu bahagia atau tidak. Kamu pasti bahagia selagi kamu mentaati ALLAH, menyembah-Nya dan menuntu ilmu kerana-Nya.

Kamu harus bersungguh-sungguh dan tekun dalam menuntut ilmu dan beramal, menikmatinya dan menjadikannya mampu mengisi kekosonganmu. Ketika itu kamu pasti tidah akan merasa risau lagi.

Lupakanlah masalah yang remeh temeh. Janganlah kamu menghiraukan masalah yang tidak bermanfaat. Janganlah kamu marah lantaran msalah remeh temeh atau membiarkannya menakluki dirimu dan mekarkan hidupmu.

Janganlah kamu khuatir dengan masa depan. Percayalah dengan takdir ALLAH dan ketentuan-Nya. Yakinlah dengan kebijaksanaan ALLAH. Relakanlah segala apa yang ditakdirkan Allah pada dirimu. Bersikaplah dengan baik, bersyukur dan reda. Hadapilah dugaan dengan sabar dan berserah diri kepada ALLAH.

Rabu, 3 Jun 2009

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN

0 ulasan

TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)

Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
(Our noses have left and right nostrils. Are these nostrils having the same function for inhaling/"breathe- in" and exhaling/"breathe- out"?).
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
( Actually it's not the same and we can feel the difference. Accordingly, the right side represents the sun/"heat" and the left side represents the moon/"cold") .

Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
( When having headache, try to close your right nostril and use your left nostril to do breathing for about 5 min. The headache will be gone).

Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
(If you feel too tired, do it the opposite way. Close your left nostril and breathe through your right nostril. After a while, you will feel refresh again. Because the right side belongs to heat, so it gets hot easily. The left side gets cold easily).

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
(Women breathe mainly with their left nostril, so they get calm down easily. Men breathe mostly with their right nostril, so they get angry easily).

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
( When we wake up, do we notice which nostril breathes faster? Is it the left side or the right side ? If the left nostril breathes faster, you will feel very tired. Close your left nostril and use your right nostril for breathing and you will get refresh quickly)

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .
(You can teach your kids about it. The effect of breathing therapy is much better for adults).

Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bicara kosong. Apa yang dia sampaikan adlah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil obat , tetapi tidak sembuh .
( I used to have painful headache. When consulted a doctor, he told me jokingly," You will be all right if you get married!" The doctor did not bullshit me as he had his theory and supported with testimony. During that time, I used to have headache every night and I was not able to study. I took medicine but I was not cured).

Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
(One night as I sat down to medidate, I closed my right nostril and breathed with my left nostril. In less than a week, it seemed that my headache problem had left me! I continued doing it for about a month and since then there was no recurrence of headache in me) .

Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
(This is my own experience. I used to tell others who also suffer headache to try this method as it was effective for me. It also works for those who have tried as well. This is a natural therapy, unlike taking medicines for a long time may have side effect. So, why don't you try it out?) .

Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
( Practice the correct ways of breathing/ "breathe in and breathe out" and your body will be in a very relaxing condition)

-halaqah.net

Selasa, 2 Jun 2009

20 Muwashofat Sang Pejuang

2 ulasan

Setidaknya, ada 20 kriteria yang harus dimiliki pejuang, yang disarikan dari Al Qur'an dan hadits, yaitu :


1. Aqidahnya bersih (saliimul 'aqiidah)
2. Akhlaknya solid (Matiinul khuluqi)
3. Ibadahnya benar (Shohiihul I'baadah)
4. Tubuhnya sihat dan kuat (Qowiyyul jismi)
5. Pikirannya intelek (Mutsaqqoful fikri)
6. Jiwanya bersungguh-sungguh (Mujaahadatun nafsi)
7. Mampu berusaha mencari nafkah (Qaadiirun 'alal kasbi)
8. Efisien dalam memanfaatkan waktu (Hariisun 'alal waqti)
9. Bermanfaat bagi orang lain (Naafi'un lighoirihi)
10. Selalu menghindari perkara yang samar-samar (Ba'iidun 'anisy syubuhat)
11. Senantiasa menjaga dan memelihara lisan (Hifdzul lisaan)
12. Selalu istiqomah dalam kebenaran (istiqoomatun filhaqqi)
13. Senantiasa menundukkan pandangan dan memelihara kehormatan (Gaddhul bashor wahifdul hurumat)
14. Lemah lembut dan suka memaafkan (Latiifun wahubbul 'afwi)
15. Benar, jujur dan tegas (Al Haq, Al-amanah-wasyja' ah)
16. Selalu yakin dalam tindakan (Mutayaqqinun fil'amal)
17. Rendah hati (Tawadhu')
18. Berpikir positif dan membangun (Al-fikru wal-bina')
19. Senantiasa siap menolong (Mutanaashirun lighoirihi)
20. Bersikap keras terhadap orang-orang kafir (Asysyidda'u 'alal kuffar)

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template