.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Rabu, 2 Disember 2009

Diari Aidiladha 1430H


Seusai subuh laman kelam ini, Tatkala disapa kedinginan titisan hujan yang tidak putus-putus sejak seharian, Menyaksikan alam mulai berwarna, Gelitanya kembali bercahaya, lantas kulabuhkan jasad ini menarikan jemari ke papan kekunci untuk mencuri sesaat dua waktu menaburkan kalam yang sekian lama kusemai di minda ini.

Salam Aidiladha buat sahabat pembaca sekalian. Kali ini, ingin sekali aku merakamkan peristiwa perjalanku permusafiraku di bumi Allah tika Aidiladha lalu sekalipun agak kelewatan. Kalaupun punyai waktu yang terluang sebelum ini untuk menitipkan kisah ini, namun kadang kala minda & jasad ini tidak mampu menebarkan bicaranya dek berkerja seharian tuntas membutuhkan kerehatan.

Berangkat Pulang

Seperti yang telah dirancang, kali ini aku akan pulang ke kampung bersama Ust Zulqarnain (Ketua Jabatan Al-Syariah) yang kebetulannya juga tinggal 1 negeri denganku. Kami merancang untuk bertolak seawal 10.00pagi. Pagi khamis itu (sehari sebelum Aidiladha), setelah selesai bersiap maka terus sahaja kami menuju ke kereta. Sedang ketika Ust Zul cuba membuka ruang letak barang di belakang, tiba-tiba sahaja kunci yang satu-satunya ada patah di dalamnya. Tidak ada jalan penyelesaian lain melaikan dengan menempa kunci baru. Namun kami perlu mendapatkan baki yang patah tersebut. Pelbagai cara dan kaedah diusahan namun gagal. Keadaan itu terus berlarutan melebihi setengah jam. Setelah puas berikhtiar dengan kudrat sendiri, akhirnya kami akur untuk mendapatkan khidmat mekanik bagi membantu mendapatkan hujung anak kunci yang patah. Ianya akhirnya dapat dikeluarkan setelah memakan masa yang begitu lama memaksa kami pulang berehat seketika di pejabat ustaz.

Setelah berjaya mendapatkannya, lantas kami terus ke kedai yang boleh menyediakan anak kunci baru di sekitar Ketereh. Penatnya ketika itu hanya tuhan yang tahu. Kami terpaksa meredah kesibukkan anak Kelantan yang pulang ke desa masing-masing bersama terik panahan sinaran mentari. Kami terpaksa pula menanti proses penyediaan anak kunci baru yang menelan masa lebih sejam.. Ditambah pula dengan sikap gopoh dan sombong pekedai tersebut, langsung tidak membantu mahupun mendidik emosi bertenang apatah mengajar mindaku bersangka baik... Begitu teruji saat itu. Andai kusaksikan kondisi Ust Zul ketika itu, pada tafsiran menunjukkan dirinya juga agak teruji apatah lagi ketika bicara sombong pekedai tersebut sedang digarapkan. Jika diikutkan amarah hati bersama bisikan syaitan ketika itu, pastinya ku hayunkan kerusi ke kepala pekedai tersebut. Tapi hatiku terus kupujuk, memaksa diri tenang dalam kekalutan itu. Sengaja kulontarkan ke dalam kotak pemikiran ini. "Jika dengan seorang ahli masyarakat ini tidak mampu ditangani dengan baik, bagaimana mungkin untuk memimpin sekompok masyarakat yang lebih besar dan ramai jumlahnya." Penyediaan kunci tersebut akhirnya selesai seusai zohor. Pantas kami berkejar pulang dengan harapan yang menggunung menyelesaikan secepat mungkin musibah yang menguji kami ini.

Bilamana kunci tersebut diuji, nyata ianya tidak sepadan dan tidak dapat digunakan untuk menghidupkan enjin kereta. Setelah berbual dengan Abe Mat (mekanik), kami dicadangkan supaya merujuk sebuah kedai lain di Kota Bharu bagi tujuan penyediaan kunci sementara enjin kereta tersebut Abe Mat hidupkan tanpa kunci. Kami terus sahaja ke sana, jam saat itu leah melangkaui 2 petang. Zohor yang menuntut tanggungjawab itu kutunaikan terlebih dahulu sebelum berangkat. Kesibukkan Kota Bharu di musim perayaan ini sememangnya banyak melambatkan lagi perjalanan pulang kami. Akhirnya anak kunci tersebut berjaya disiapkan setelah tidak lebih 10 minit kami tiba di situ. Alhamdulillah...Setelah itu kami memilih laluan ke Machang untuk pulang disamping singgah kembali ke kedai Abe Mat untuk menyelesaikan beberapa perkara sahaja lagi. Selesai sahaja semuanya, terus sahaja kerete jenis KIA itu dipacu menuju ke Tanah Merah untk mencari masjid,kedai makan & kedai mencuci kereta. Malang sekali kedai mencuci kereta semuanya penuh dan memaksa kami melupakan hasrat tersebut. Asar petang itu akhirnya ditunaikan di masjid Kelewek Tanah Merah. Masjid yang berhadapan dengan rumah Ustzh Saniah (PK HEM SMAI). Sempat juga berkomunikasi dengan ustzah petang itu seusai solat asar walaupun hanya denga isyarat dek kami dipisahkan sebatang jalan.

Perjalanan diteruskan sambil minda ini terus menghitung koleksi manfaat ujian yang dihadapi hari ini. Antara kebaikan yang begitu kelihatannya ialah kami mengetahui bagaimana hendak menghidupkan enjin kereta tanpa anak kunci, dapat mengenali Abe Mat (mekanik) yang begitu baik sekali (mudah2n silaturrahim ini berkekalan) & kami juga mengenali sebuah kedai anak kunci yang hapir sahaja boleh dikatakan lengkap untuk membantu mereka yang menghadapi apa jua masalah berkaitan kunci. Ujian ini juga begitu menginsafkan diri, bagaimana Allah menzahirkan kekuasaan-Nya & menunjukkan kerdilnya manusia bilamana perjalanan pulang kami tertangguh lebih 7 jam hanya kerana anak kunci yang lebih kecil daripada jari jemariku.

Batu Melintang akhirnya menjadi perhentian kami untuk menunaikan tanggungjawab terhadap pencipta dan juga terhadap jasad. Menyaksikan kepenatan yang jelas terpamer di wajah Ust Zul, hati ini tergerak untuk menawarkan diri bagi memandu kenderaan tesebut bagi perjalanan seterusnya. Berkali-kali Ust Zul mempersoalkan kepastianku, kelihatannya tidak tidak begitu yakin denganku & aku sebenarnya tidak yakin untuk memandu di Lebuh Raya Timur-Barat kerana langsung tidak pernah memandu dilaluan itu apatah lagi dikala hari merangkak malam ini.. Kepentan jasadnya dan mindanya itu barangkali memaksa Ust Zul mengajui bahawa dirnya memerlukan waktu untuk berehat terus memberi laluan kepada ku untuk memandu. Pertama kali aku memandu di Lebuh Raya Timur-Barat pada waktu malam bersama dengan hujan renyai dan kehadiran kereta dari arah bertentangan sedikit mengujiku. Beberapa ketika aku merasakan berada saat yang genting tika mana terperangkap dengan kelajuan menurni bukit dalam keadaan jalan yang licin bahkan pernah suatu ketika pandangan langsung kabur dek hujan yang ada ketikanya lebat. Berkali-kali Ust Zul mengingatkanku dengan kelajuanku memacu kenderaan. Apapun aku tidak begitu memerlukan masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan rentak ini. Alhamdulillah.. pada ku ianya penglaman yang cukup bermakna. Kepulanganku disambut dengan persaan terkejut orang tua ku bilamana mengetahui aku yang memandu. Maklumlah... sebelum ini, sekalipun hendak memandu ke kampung opah yang jaraknya cuma 3 kilometer itu pun tidak dibenarkan, apatha lagi lebih daripada itu... sayang benor kat anaknya nie barangkali... :P Apapun, sejak daripada ini kedua orang tua sudah tidak kisah lagi untuk membenarkanku memandu.. =)

Aidiladha

Aidiladha kali ini ku ditugaskan untuk menjadi khatib di kampung opahku, sedikit mendukacitakanku bilamana tidak punyai masa untuk membuat persiapan membuatkan sekali sekala khutbah ku terhenti sejenak. Apa pun ianya masih mampu ditampung dan tidak mencacatkan khutbah tersebut. Raya Haji kali begitu terasa kedinginannya bilamana ramai saudara mara dan sahabat handai yang pulang ke kampung. Suasana begitu banyak berbeza. Aku juga tidak sempat menziarahi banyak rumah dek sibuk mempedulikan lembu-lembu korban.

Sepagi raya kedua ku pula ku wakafkan buat Badan Dakwah & Kepimpinan Remaja Islam (BAKRIS) yang sekian lama agak tenat dan kini kembali bernafas dengan pertemuan kami semua pada pagi itu. Turut berlaku pengemaskinian jawatankuasa yang menggugurkan beberapa nama dan menaikkan beberapa nama bagi menampung kelompangan yang ada dan kini sedang merencana sekuran-kurngnya 3 jenis program sebelum hujung tahun ini iaitu Kem Remaja Muslim (KRM`09), Menjelajah Kemuncak Keledang (JEJAK`09) dan kursus memasak bagi muslimat.
Cubaan aku untuk mengundur diri juga gagal. Bimbangku kembali menerjah. Akan cuba kugagahi tanggungjawab ini sekalipun agak sekuar bagi dalam mengimbangi tugasan di dua tempat berbeza yang jaraknya melebihi 100km.

Kahwin

Ianya adalah suatu topik yang ada di mana-mana. Di kampus, Syazwan lah yang banyak berbual dengan ku hal ini. Kalau hendak diceritaknnya, panjang pula... Cuma sebenarnya tidak disangka juga bahawa topik ini juga turut dibicarakan di kampung halaman. Pernah pada hari raya pertama, ketika mana berbual dengan beberapa orang mak saudara dan sepupuku tentang salah seorang saudaraku yang sedang hangat bercinta. Cik Sham (mak saudara) pula mengusikku dengan tentang makwe.. Ringkas sahaja jawabku, "Nanti Man tak nak bawa makwe, Man bawa calon isteri terus untuk berkahwin". :) tergelak cik sham yang sedang meriba anaknya. Mak Ndak pun tidak kurang gelaknya... Pernah juga sedang ketika memotong daging korban di markas, sahabatku (Abdullah Mina) mengutarakan topik ini.. Berbual dan membayangkan bagaimana bila hidup berumahtangga... isk!3 sambil potong daging pun menjadi ye... Bahkan pernah juga ketika membakar lemang baru ini, adik bongsuku yang merupakan satu-satunya adik permpuanku dan masih tadika bertanya kepada ku "Nanti nak kahwin dengan sape?" la.... terkejut aku... usianya baru 6 thun, tapi... isk!3 macam-macam dunia nie.. boleh dikatakan topik perkahwinan ini ada sahaja di mana-mana sejak usiaku menjengah 20-an ini

Hari raya ketiga dan juga hari terakhirku di desa banyak diperuntukkan untuk persediaan program BAKRIS disamping hasratku untuk membakar lemang pada pagi itu juga tercapai dengan bantuan ahli keluargaku. Aku akhirnya berangkat pulang tengahari itu dengan bas dan aku akhirnya selamat sampai di kampus tepat ketika azan isyak sedang berkumandang dengan bantuan sahabatku yang mengambiku di stetsen bas.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template