.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 10 November 2009

Pembuat Pintu Emas Kaabah Meninggal


http://img164.imageshack.us/img164/4379/kiswa31fz.jpg

MAKKAH, 9 Nov [8.35 am] - Sheikh Ahmad bin Ibrahim Badr, tukang utama yang mereka bentuk pintu emas Kaabah (foto), meninggal dunia pada usia 89 tahun di Makkah Jumaat lepas, lapor akhbar harian Arab Saudi berbahasa Inggeris, The Arab News kelmarin. Ahmad menghasilkan pintu Kaabah menggunakan emas tulen seberat 300 kilo gram atas perintah Raja Khaled pada Oktober 1979. Kerja itu dijalankan di sebuah bengkel yang dibina khusus untuk projek berkenaan. Beliau juga memperkemas dan memperindahkan lagi meezab (saluran air di atas Kaabah) dan rangka perak Hajar Aswad.

Beliau mempelajari seni berkenaan daripada bapanya, pereka dan pembina asal pintu berkenaan atas perintah Raja Abdul Aziz pada 1942, lapor akhbar itu. Ibrahim dan dua saudaranya, Mahmoud dan Ibrahim Badr, membuat pintu berkenaan dengan emas tulen, mengambil masa setahun menyiapkannya. Tiang dalam dan meezab, diperbuat daripada emas 24-karat seberat 25 kg juga disiapkan dalam tempoh berkenaan. Ayat al-Quran Ya Hayy Ya Qayyum (Wahai yang Maha Hidup, Maha Mendengar) dan perkataan Allah dan Muhammad diukir pada pintu. Hasil kerja mereka termasuk rangka perak Hajar Aswad, lapor akhbar itu.

Ahmad dilahirkan di kampung datuk neneknya di permukiman Qashashiya di Makkah pada 1920. Selepas belajar di sekolah al-Falah tempatan, beliau menyertai bapanya di bengkel emas dan perak pada usia 15 tahun. Ahmad bekerja di kedai bapanya Sheikh Ibrahim Badr di Goldsmiths Street sepanjang hidupnya - pahangdaily.blogspot.com

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template