.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 13 Oktober 2009

PRK UUM: 2 Calon Pro-M Menang


Buat pertama kalinya, wakil pelajar dari kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) berjaya dipilih untuk menganggotai Majlis Perwakilan Mahasisa (MPM) Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi sesi 2009/2010.

Dua wakil pro-M yang berjaya dipilih bertanding bagi mengisi 12 kerusi umum yang dipertandingkan ialah Nur Izzati Shafie dan Hani Fati Zatalani.

Selain umum, pilihanraya kampus UUM juga mempertanding 24 kerusi kolej akademik yang kesemuanya dimenangi tanpa bertanding oleh calon kumpulan pro-Aspirasi.

Pengumuman keputusan pilihanraya kampus UUM semalam diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor, Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid.

Seramai 17,156 atau 89.83 peratus pelajar keluar mengundi. Bagaimanapun jumlah undi yang diterima ialah 16,704 atau 97.37 peratus, dengan 452 atau 2.63 peratus undi rosak. Seramai 1,942 atau 10.17 peratus pelajar tidak mengundi.

Ketika dihubungi, Pengerusi Pro-M UUM, Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek berkata, ini adalah kali pertama masyarakat mahasiswa UUM bersedia menerima kehadiran wakil pro-M dalam MPM.

Sambil menyuara rasa gembiranya dengan perubahan sikap mahasiswa terhadap pro-M, beliau berkata, selama ini, calon-calon yang dianggap anti-establishment sukar mendapat sokongan.

Nur Izzati dan Hani Fati adalah antara empat calon dari kumpulan pro-M yang bertanding dalam pilihanraya kampus tahun ini yang melaksanakan sistem pengundian/pengiraan berkomputer (e-undi).

Tengku Mohd Hasrul berkata, pada mula enam calon pro-M yang mengemukakan kertas pencalonan tetapi dua daripadanya ditolak atas alasan sebab-sebab teknikal.

Satu lagi yang menarik ialah kerusi umum MPM UUM kali dikuasai oleh wakil pelajar wanita.

Selain Nur Izzati dan Hani Fati, lima lagi yang terpilih terdiri daripada pelajar wanita.

Sepuluh lagi wakil pelajar yang terpilih - kesemuanya dari kumpulan pro-Aspirasi ialah:

1. Ummu Saadah @ Murni Zainuddin.

2. Nurmahirah Marudin

3. Shella Suhana Masaud

4. Amalia Rosmadi

5. Siti Noorasmah Hamzah

6. Mohd Syafia Japar

7. Mohamad Rodzi Hamid

8. Idzaridan Danial

9. Amirul Shazmni Mohd Basri

10. Azman Jimeh.


sumber: http://malaysiakini.com/news/114918

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template