.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Ahad, 11 Oktober 2009

Mengapa E-Undi perlu dibantah?!!


aizatb

oleh: Mohd Aizat Salleh*

PENDAHULUAN

Pilihan Raya Kampus (PRK) pada sesi kali ini menyaksikan penggunaan sistem E-Undidalam pemilihan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Kementerian PengajianTinggi (KPT) yang diketuai oleh Dato Seri Khaled bin Nordin, memutuskan bahawa sistem ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh kampus. Dan ia turut berlakukepada kampus Universiti Malaya selain kampus-kampus lain. Secara umumnya,sistem ini dilihat sangat tersusun dan moden dalam situasi penggunaan teknologimaklumat kini, namun disebalik itu, terdapat satu usaha untuk mencabul kesucian sistem demokrasi kampus yang selama ini dipertahankan oleh mahasiswa.

KRONOLOGI PERLAKSANAAN SISTEM E-UNDI DI UNIVERSITI MALAYA

Tahun 2007:

- Satu mesyuarat Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor –Timbalan Naib Canselor Universiti telah diadakan bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Kampus(PRK) dan penggunaan sistem E-Undi dalam pemilihan akan datang.

- Dato’Mustapha Muhammad yang merupakan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi ketika itu memutuskan semua IPTA untuk mengadakan pemilihan MPP secara elektronik

Tahun 2008

- 5 Mac 2008 : Puan Thanavathi ( Penasihat Undang-Undang Bahagian HalEhwal pelajar) telah memohon laporan lawatan e-undi di UPM daripada YDP MPMUM saudara Afandy Sutrisno Tanjung yang diadakan pada13 Februari 2008 diiringi oleh Ketua Penolong pendaftar danpenasihat MPMUM ketika itu iaitu Encik Apandi Khalib.

- 13 Jun 2008 : lawatan pihak MPMUM untuk melihat pelaksanaan sistem e-undi di UIA. Juga melibatkan pemimpin pelajar yang lain termasuk PMIUM.

- 14 Ogos 2008 : lawatan ke UPSI untuk pelaksaan sistem e-undi.

- Pihak MPMUMpada sesi 2007/2008 sebulat suara tidak bersetuju dengan pelaksanaan sistem e-undi. Namun pihak HEP mengganggap pihak MPMUM gagal mengemukakan hujah yangkukuh kerana tidak mengemukakan sebarang bentuk penolakan daripada pelajarkampus.

Tahun 2009

- Sistem E-pendaftaran mula diperkenalkan dan dilaksanakan di UM semasa sesi pemilihan MPMUM 2008/2009

- Pihak HEP merasakan UM perlu melaksanakan sistem e-undi bagi pemilihan MPMUM sesi2009/2010 kerana hampir semua kampus telah pun melaksanakan e-undi.

- MPMUM sesi2008/2009 tidak pernah dipanggil menghadiri sebarang perbincangan berkaitane-undi sehingga fasa akhir. Pada 4 Ogos 2009 baru-baru ini pihak MPMUM dipanggil untuk mesyuarat pelaksanaan e-undi dan memaklumkan institusi MPPperlu perakui apa-apa persetujuan yang telah dilakukan sebelum ini.

- Pada 14 September 2009, pihak pemimpin mahasiswa dan beberapa pimpinan MPMUM menghantar surat minta penjelasan ke pejabat TNC HEP dan hanya diserahkan kepada Ketua Penolong PendaftarBahagian HEP Encik K.Purniamurthy dengan makluman TNC HEP tiada di pejabat.Beliau bersetuju untuk mengadakan sesi penjelasan dengan pimpinan mahasiswa keesokan harinya.

- 15 September 2009, jam 2.30 petang, di dewan Kompleks Perdana Siswa, satusesi penjelasan diadakan oleh pihak TNC HEP kepada pimpinan pelajar yang membantah sistem ini. Berikut merupakan antara isi perbincangan bersama pihakpentadbiran HEP.

· Pihak MPMUMsesi 2008/2009 menegaskan tiada sebarang persetujuan dan perjanjian yang berlaku untuk pelaksanaan e-undi bagi kempimpinan sesi 2007/2008 ( saudaraAfandy sebagai YDP) mahupun sesi ini.

· Peruntukan kewangan untuk tujuan operasi adalah RM 40,000.00, namun pihak HEP menafikan wang tersebut diambil daripada wang pelajar.

· Pihak TNCHEP menegaskan bahawa pihak beliau hanya melaksanakan arahan daripada Menteri sebagai pegawai kerajaan.

· Sistemdibina dan dikendalikan sepenuhnya oleh pihak PTM. Penjelasan berkenaan aplikasi e-undi bagi mahasiswa OKU dan mahasiswa perubatan di Klang gagaldiberikan.

- 16 september 2009 : street test E-undi di KPS diadakan.

- 6 Oktober 2009 : Bermula roadshow ke Kolej-kolej kediaman bentang sistem e-undi.

- PilihanrayaKampus yang di jangkakan sama ada bulan Oktober 2009 Atau Januari 2010 masih menjadi tanda tanya.

Pendirian BANTAH Terhadap Perlaksanaan E-Undi diUniversiti Malaya

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) bersama-sama dengan frontyang menyokong sebulat suara membantah perlaksanaan sistem E-Undi di dalam Pilihan Raya Kampus (PRK). BANTAH berpendirian:

1. Ketelusan dan kerahsiaan undi mahasiswa dicabuli.

Dengan menggunakan nombor PIN yang disediakan oleh pengawal sistem, kerahsiaan identiti mahasiswa yang mengundi sudah terdedah. Ini kerana pengawal sistemdapat mengesan calon manakah yang diundi.

2. Integriti pengawal sistem diragui ketelusannya.

BANTAH tidak pesimis terhadap pengendali sistem ini. Namun, dengan sejarah pengendalian Pilihan Raya Kampus(PRK) yang lepas menjadi titik tolak kepada BANTAH meragui akan ketelusannya. Sebagai buktinya, berlaku penipuan dalam pengundian apabila terdapat pengundi hantu di kolej kediaman Raja Dr Nazrin Shah.

3. Risiko terdedah kepada sabotaj (hack)dan masalah teknikal.

BANTAH bimbang terdapatnya unsur sabotaj dari pihak-pihak tertentu lantaran penggunaan teknologi maklumat yang semakin canggih kini. Di samping itu, kerosakan teknikal seperti tergendala, terputus bekalan elektrik dan internet akan menggagalkan sistem pengundian nanti.

4. Masih banyak tidak tahu gambaran sistem.

Hasil daripada beberapa kajian survey yang dilaksanakan, kebanyakan mahasiswa masih lagi belum memahami akan gambaran sistem pengundian yangs ebenar. Ini membimbangkan BANTAH akan risiko kekurangan peratus yang akan turun mengundi kerana masalah ini.

5. Kos yang tinggi untuk melaksanakan sistem

BANTAH tidak bersetuju apabila sistem ini dibangunkandengan kos yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi sumber kos melaksanakan sistem ini dibimbangi menggunakan wang pelajar.

TUNTUTAN BANTAH TERHADAP PERLAKSANAAN SISTEM E-UNDI

Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) berpendirian dan menuntut kepadapihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar danAlumni (HEPA) agar:

1. Segera menangguhkan perlaksanaan E-Undi dan mengembalikan pengundian kepadasistem manual.

2. Memindahkan lokasi pembuangan undi daripada kolej kediaman kepada fakultimasing- masing bagi menjamin ketelusan dan kebebasan.

3. Melibatkan badan-badan bebas dan berautoriti seperti SPR dan MAFREL, bagi memantau perjalanan Pilihan Raya Kampus (PRK).

BANTAH berpendirian, sistem ini harus ditangguhkan dengan kadar segera bagi menjamin ketelusan Pilihan Raya Kampus(PRK) akan datang. BANTAH sesekali tidak menolak kecanggihan dan pembaharuanyang ingin dibangunkan, namun apalah ertinya seandainya ia dilaksanakan tetapi mencabuli prinsip demokrasi dan keadilan serta membelakangkan hak bersuara mahasiswa.

BANTAH tidak mahu pemimpin mahasiswa yang dipilih, lahir daripada sistem yang bobrok atau lebih mudahnya `pemimpin sistem’ , tetapi mestilah pemimpin mahasiswa yang lahir adalah hasil daripada proses demokrasi yang adil dan telus.

“Mahasiswa Tuntut Demokrasi Kampus Telus dan Adil”

Disediakan oleh,

Gabungan Mahasiswa BantahE-Undi (BANTAH)

——

* Aizat Salleh ialah exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dan suka mengajak rakan aktivis kepada revolusi pemikiran vis-à-vis ‘Liberal Syariatik’. Malah dengan secawan kopi, beliau mudah berkongsi idea dan pandangan. Kini beliau menerajui Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (BANTAH).


sumber: http://mahasiswakini.com/archives/4488

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template