.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 10 September 2009

Ranking Malaysia Jatuh 25 Anak Tangga??!!


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan negara yang kian meruncing akhir-akhir ini.

Menurut Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 yang dikeluarkan semalam, ranking keselamatan negara jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85.

Menurut laporan berkenaan potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah dikedudukan ke-95 dengan kedua-duanya membawa kepada kos perniagaan yang ketara bagi pelaburan dalam negara.

Isu keselamatan bukan sahaja menjadi kerisauan rakyat tetapi pelaburan dari luar juga menguncup dengan rangking daya saing Malaysia peringkat global jatuh 3 anak tangga ke kedudukan ke-24.

Tindakan PAS sebelum ini yang membantah kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan disambung semula adalah tepat jika dinilai dari segi masa depan ekonomi dan keselamatan negara.

Fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelasankan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik.

Maka PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan pelantikan semula beliau atas kegagalan beliau memperbaiki rangking keselamatan negara.

Dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang. Maka Pasukan Polis DiRaja Malaysia memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya.

-http://harakahdaily.net/

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template