.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Jumaat, 4 September 2009

E-VOTING : Sistem baru Pilihanraya Kampus UM


Kolej Kediaman Ungku Aziz , 3 September 2009 : Buat julung-julung kalinya Universiti Malaya bakal memperkenalkan sistem undian baru bersempena pilihanraya Kampus yang di katakan akan berlaku tidak lama lagi.

Sistem yang dikenali sebagai E-voting bakal di aplikasikan dalam pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa sesi 09/10 akan datang. Sistem ini di perkenalkan sebagai mengganti sistem undian sebelum ini yang menggunakan cara manual dengan memangkah calon yang bertanding di atas kertas.

Berdasarkan maklumat , sistem ini di katakan menelan belanja hampir beribu-ribu ringgit untuk melaksanakannya. Sistem manual sebelum ini di katakan mengundang beberapa masalah seperti lambat mengetahui keputusan dalam masa yang sama telah menyusahkan pihak pegawai jawatankuasa pemilihan untuk melaksanakannya.

Semalam , pihak pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP ) telah mengadakan sesi percubaan tentang sistem ini kepada mahasiswa/i di kampus di kolej kediaman ke 11, kolej kediaman ke 9 dan fakulti sastera dan sains sosial, sebagai maklumat asas sebelum melaksanakan sistem ini secara serius pada pilihanraya Kampus akan datang.

Beberapa pimpinan mahasiswa dan kakitangan akademik ketika di tanya pandangan mereka tentang sistem baru ini , kebanyakkannya mengatakan bahawa ianya ini perlu di perhalusi serta di kaji sedalam-dalamnya . Ini kerana, sistem ini amat di ragui ketelusannya setelah undian ini di jalankan. Kerisauan juga timbul sekiranya berlaku unsur ketidakadilan dalam pemilihan kali ini.

Sehubungan dengan itu, taklimat secara berperingkat yang akan bermula dari 7 september hingga 8 sepetember ini akan di lakukan secara terbuka oleh pihak HEP supaya mahasiswa/i dapat memahami dengan baik sistem baru yang bakal di perkenalkan ini.-UMtoday

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template