.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Jumaat, 28 Ogos 2009

Presiden GAMIS: Mahkamah Syariah Malaysia lemah, kelam – kabut


Bangi 28 Ogos, 06:52a.m│Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS) menyifatkan sistem perjalanan mahkamah Syariah sebagai lemah dan kelam – kabut.

idris2“Kekalutan yang berlaku seperti pelaksanaan hukuman sebat tidak mengikut standard sebenar dalam hukuman jenayah Islam serta prosedur yang agak kelam kabut menunjukkan Mahkamah Syariah di Malaysia masih lemah,” ujar beliau ketika di Universiti Kebangsaan Malaysia semalam.

Respon berkenaan dikeluarkan oleh beliau rentetan daripada isu tarik balik dan penangguhan melulu hukuman sebatan ke atas bekas model Kartika Sari Dewi Shukarno oleh Pejabat Peguam Negara.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyebut bahawa hukuman ke atas wanita tersebut tidak dapat dijalankan kerana tiada jurusebat untuk menjalankan hukuman berkenaan.

Presiden NGO mahasiswa berkenaan yang baru dilantik dalam beberapa minggu lepas juga menegaskan berkenaan tujuan sebatan dari sudut hukum Islam kepada media.

“Hukuman jenayah dalam Islam sebenarnya lebih kepada ubat atau penawar kepada penyakit masyarakat bukanlah sebagai penghukum semata-mata, jika benar kita serius dalam penyelesaian isu arak, tidak cukup sekadar memfokuskan kepada kes-kes ‘bilis’ yang dibesarkan semata-mata, akan tetapi perlu juga difikirkan pemfokusan kepada ‘jerung-jerung’ yang lebih bahaya”

“Ini termasuklah di kalangan penjual-penjual. Ahli politik yang berkepentingan dan bertanggungjawab meluluskannya serta orang-orang besar yang sudah menjadikan arah sebagai ‘darah daging mereka dalam majlis keraian,”jelas beliau.

Terdahulu, bekas pemimpin Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Zainul Rijal Abu Bakar menyatakan bahawa panel Mahkamah Rayuan Syariah Pahang masih belum dilantik, setakat ini, menyebabkan rayuan bagi kes-kes seperti melibatkan bekas model berkenaan tidak dapat didengar.

Beliau juga menambah, terdapat dua pesalah di negeri berkenaan yang dijatuhi hukuman sebat mengikut undang-undang syariah sebelum ini, tetapi rayuan bagi hukuman tersebut tidak dapat didengar sejak lima tahun lalu.

“Bukan Kartika seorang saja, lima tahun lepas dan tahun lepas juga ada kes jatuh hukuman sebat. Rayuan juga tapi tidak boleh didengar,” ujar beliau seperti yang laporkan laman Malaysiakini.

Dalam perkembangan lain, GAMIS yang kini diterajui oleh Idris bersama Fasihah Pauzi selaku Naib Presiden serta kabinet baru NGO berkenaan dimaklumkan akan membuat jelajah ke kampus-kampus bagi bertemu aktivis-aktivis mahasiswa Islam seluruh Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

NGO yang menggabungkan mahasiswa Islam seluruh Malaysia berkenaan juga dijangka akan melaksanakan pelbagai projek mega dalam sesi baru ini di samping terus menggerakkan suara mahasiswa di pelbagai peringkat dan isu. -mahasiswakini

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template