.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Isnin, 17 Ogos 2009

Pembentukan Tubuh Badan


Menurut Ibnu Sina, permulaan yang pertama bagi pembentukan tubuh badan terdiri daripada dua perkara, iaitu air mani lelaki (sperma) yang dianggap bertindak sebagai pelaku dan air mani perempuan (ovum) serta darah haid yang dianggap bertindak sebagai bahan.

Kedua-dua intipati tersebut merupakan bendalir yang basah. Bagaimanapun, air mani perempuan dan darah haid lebih banyak berunsurkan Air dan Tanah, manakala air mani lelaki pula lebih dikuasai oleh unsur Angin dan Api.

Oleh kerana permulaan yang pertama bagi pembentukan tubuh badan terdiri daripada kedua-dua intipati tersebut, maka penggumpalan yang pertama bagi tubuh badan mestilah dalam bentuk penggumpalan basah.

Sekiranya unsur Tanah dan Api turut sama wujud di dalam penggumpalan tersebut, iaitu dalam keadaan unsur Tanah yang bersifat pejal dan unsur Api yang bersifat matang saling bantu membantu antara satu sama lain, maka gumpalan terrsebut akan menjadi lebih pejal dan kompleks. Walau bagaimanapun, penggumpalan tersebut tidaklah sampai kepada peringkat penggumpalan jisim-jisim yang keras seperti batu dan kaca.

Walaubagaimanapun, tubuh badan kita terdedah kepada dua bentuk kerosakan iaitu penguraian sifat basah, iaitu sifat yang telah membentuk tubuh badan kita. Kerosakan ini berlaku secara beransur-ansur dan kerosakan kedua ialah pereputan, kerosakan dan perubahan yang berlaku ke atas sifat basah sesuai dengan usia seseorang..^_^

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template