.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Isnin, 10 Ogos 2009

ONANI PUNCA WABAK H1N1


Elak homoseksual, onani cegah wabak

KUALA LUMPUR: Kegiatan homoseksual dan onani perlu dielakkan kerana ia adalah langkah pencegahan yang boleh diambil oleh seseorang bagi mengelakkan jangkitan Influenza A (H1N1), kata seorang pengamal terapi pelengkap, Dr V M Palaniappan.

Katanya, apabila seseorang terbabit dalam kegiatan itu, tubuh badan seseorang lelaki atau wanita akan menghasilkan geseran haba yang mengeluarkan asid menyebabkan peningkatan keasidan dalam tubuh dan oleh itu boleh menjadi sasaran yang mudah bagi jangkitan H1N1.

Bagaimanapun, hubungan kelamin yang normal antara pasangan berlainan jenis adalah selamat.

Dr Palaniappan, yang juga bekas Profesor Madya Ekologi di Universiti Malaya mengarang beberapa buku dalam bidang terapi pelengkap yang diteroka beliau yang dipanggil sistem penyembuhan secara ekologi.

Beliau berkata, sepanjang 33 tahun kajiannya mendapati bahawa kadar keasidan yang tinggi di dalam tubuh menyebabkan daya tahan tubuh akan hilang menyebabkan semakin ramai orang mudah terdedah kepada jangkitan virus seperti Influenza A (H1N1).

Oleh itu, bagi mencegah keasidan itu, adalah perlu untuk mengambil makanan dan minuman beralkali bagi meneutralkan lebihan asid di dalam badan.

Beliau mengesyorkan supaya orang ramai mengambil minuman beralkali seperti air kelapa yang boleh digunakan sebagai ubatan herba bagi mencegah H1N1.

Sebagai contoh, beliau berkata, mereka yang berasa demam dan mengalami rasa bahang ketika membuang air besar dan kecil kerana keasidan yang melampau boleh dineutralkan dengan meminum air kelapa selama dua kali sehari selama tiga hari.

Beliau juga mengesyorkan buah limau, lemon dan limau bali walaupun ia mengandungi asid sitrik tetapi masih kaya dengan potasium yang boleh menghasilkan urin beralkali yang dengan itu tidak mengganggu ketahanan badan. Bernama

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template