.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Isnin, 10 Ogos 2009

Kempen antarabangsa gesa speaker Arab melobi untuk membebaskan MP Palestin


Isnin, 10/08/2009 – Kempen antarabangsa yang memperjuangkan pembebasan ahli parlimen ( MP ) Palestin yang ditahan di dalam penjara Rejim Zionis telah mengeluarkan satu mesej kepada semua speaker parlimen Arab bagi mengajak untuk menyertai kempen tersebut bagi menghidupkan semula kes penculikan tersebut yang semakin dilupai.

Kempen tersebut menjelaskan dalam satu kenyataan pada Ahad, tujuan mesej tersebut adalah untuk membolehkan mengumpul seberapa mampu ahli parlimen yang memperjuangkan kempen pembebasan tersebut. Tambahnya lagi, mesej tersebut juga mengandungi permintaan untuk membentuk tindakan drastik dan langkah-langkah bagi melobi antarabangsa untuk membebaskan tahanan tersebut dan mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh Rejim Zionis.

Mesej tersebut bakal membuka mata antarabangsa dalam isu ini di beberapa Negara, dan menjelaskan lagi jenayah yang dilakukan oleh Rejim Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : mujaheed929

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template