.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Rabu, 12 Ogos 2009

Gaza berhadapan dengan timbunan bom yang masih belum meletup


Rabu, 12/08/2009 – Program Pembangunan PBB (UNDP) telah bermula dengan membersihkan 600,000 tan metrik saki baki runtuhan dan kemusnahan hasil daripada pencerobohan Israel semasa musim sejuk di Semenanjung Gaza.

Lebih daripada enam bulan kemudian, ancaman paling berbahaya kepada orang awam datang daripada bom yang tidak meletup (UXO) di bawah runtuhan dan dalam tanah. Saki baki runtuhan dan bahan berbahaya termasuk UXO telah membunuh 17 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 25 orang penduduk Palestin, kebanyakannya kanak-kanak kerana pencerobohan itu tamat pada 18 Januari, menurut UNDP di Gaza.

Sekurang-kurangnya 31 laras senjata api mengandungi fosforus putih telah ditemui. Pada mulanya Israel menafikan penggunaan fosforus putih di Gaza tetapi baru-baru ini dalam satu laporan rasmi mereka mengakuinya namun mendakwa ia telah digunakan secara konsisten dengan undang-undang antarabangsa yang berkaitan.

sumber : http://electronicintifada.net/v2/
penterjemah : hijjaz79

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template