.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Sabtu, 18 Julai 2009

MEMORANDUM KEPADA SPRM


PAKATAN RAKYAT NEGERI PERAK

Bahagian sekretariat : 48A, Medan Istana 1, Bandar Ipohraya, 30000, Ipoh, Perak.
Tel : 05-2531532 Fax : 05-2535803
____________________________
17-7-2009

Kepada :

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
( Cawangan Negeri Perak )
Jalan Bukit Gantang Wahab,
Ipoh, Perak.
Tuan,

Per : KES KEMATIAN SDR TEO BENG HOCK ( 30 tahun ) semasa dibawah siasatan SPRM pada 16/7/2009

Pihak kami merujuk kepada kejadian tersebut di atas.

Sebagaimana sedia maklum, sdr Teo Beng Hock, Setiausaha Politik Ahli EXCO Selangor telah didapati meninggal dunia di perkarangan bangunan ibu pejabat MACC Selangor pada 16-7-2009 semasa beliaau dibawah tahanan dan siasatan pihak tuan sebagai seorang SAKSI membantu siasatan.

Pihak Kami memandang amat serius atas kejadian ini khususnya ia melibatkan seorang saksi yang membantu siasatan dan adalah wajib serta menjadi tanggungjawab pihak Tuan menjaga keselamatan saksi dibawah jagaan pihak tuan semasa dibawah siasatan.

Pihak kami meminta supaya persoalan-persoalan berikut diberi penjelasan yang jelas dan ketara demi membela kepentingan orang ramai serta keluarga mendiang Saudara Teo Beng Hock :-

1. Sebagai seorang saksi dan bukan suspect, apa sebab beliau diminta siasat dan beri kenyataan pada waktu malam?

2. Apakah tindakan pihak Tuan untuk melindungi keselamatan saksi yang membantu siasatan dan menjamin kejadian sedemikian tidak akan berulang lagi?

3. Apakah rancangan serta tindakan pihak tuan untuk memberi pampasan kepada keluarga mendiang Sdr Teh Beng Hock?

4. Adakah pihak Tuan sedia untuk memohon maaf terhadap keluarga beliau?

5. Apa sebab MACC Selangor hanya menyiasa 7 orang ADUN di mana semuanya dari Pakatan Rakyat dan berketurunan cina sahaja? Bagaiman pihak Tuan boleh mengelakkan persepsi negatif orang umum bahawa ia adalah satu tindakan berbau politik dan penuh dengan diskriminasi kaum?

6. Apakah penjelasan pihak Tuan bahawa seorang pemuda yang akan berkahwin tidak lama lagi mempunyai hasrat untuk membunuh diri jika kes ini bukan kes bunuh?

7. Sejauh mana pihak Tuan sudah siasat dan ambil tindakan terhadap kes-kes lain seperti mahligai Khir Toyo di Shah Alam, kes Port Klang Free Zone (PKFZ), pembelian saham ECM Libra oleh Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin sebanyak RM9.2 juta, kes rasuah yang diumumkan oleh Lembaga Disiplin UMNO termasuk Ketua Menteri Melaka serta kes-kes lain yang melibatkan jutaan mahupun berbilion ringgit wang rakyat?

8. Semua laporan terhadap salah laku, penyelewengan serta rasuah yang disyaki melibatkan Barisan Nasional di Perak tidak nampak apa-apa tindakan undang-undang yang wajar dan antara contoh kes:-

(i) Kes laporan ADUN Jelapang, ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering yang derhaka kepada rakyat dan melompat ke Barisan Nasional. Apa sudah berlaku?

(ii) Kes keruntuhan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang menelan be;anja RM4.9 juta di bawah pentadbiran Barisan Nasional, apa sudah berlaku?

(iii) Kes perlantikan 3 orang penasihat Menteri Besar yang bertaraf EXCO yang tidak ada peruntukan sedemikian mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak oleh Dr. Zamry Abdul Kadir, apa sudah berlaku?

(iv) Kes tanah pertanian limau Tambun yang melibatkan bekas EXCO Pertanian Negeri Perak, Datuk Radzi Manan dan kemudian dijual dengan berjuta-juta ringgit, apa sudah terjadi?

Pihak kami berpendirian tegas bahawa institusi kerajaan mesti berkecuali dan TIDAK BOLEH SAMA SEKALI dipealatkan untuk menindas, mencabul penghormatan, menganiayai mana-mana individu atas fahaman polotik yang berbeza dan pihak kami berpendapat bahawa atas kegagalan dan dari siri tindakan pihak tuan, reputasi dan integriti SPRM sudah terjejas dan hampir tidak wujud lagi.

Kami pohon penjelasan.

Sekian, terima kasih.

Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri Perak

17-7-2009




Sumber : http://alhusseyn51.blogspaot.com/

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template