.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 21 Julai 2009

Gerhana Matahari Paling Lama


Pencerap bintang amatur dan saintis saksikan kejadian sekali seumur hidup

BANGKOK: Berjuta penduduk di seluruh Asia menyaksikan gerhana penuh matahari paling lama yang berlaku abad ini, ketika kawasan luas di India dan China, keseluruhan bandar Shanghai dan kepulauan di selatan Jepun akan terjerumus dalam kegelapan hari ini selama lebih enam minit.

Berduyun-duyun pencerap bintang amatur dan saintis membuat perjalanan jarak jauh bagi menyaksikan kejadian sekali seumur hidup itu.

Pakar kaji bintang berharap gerhana itu akan merungkai maklumat mengenai bintang sementara seorang pakar astrologi di Myanmar meramalkan ia mungkin menyebabkan huru hara. Sesetengah penduduk di India menasihatkan saudara mara yang hamil duduk di dalam rumah supaya mengikuti tradisi sekurun lamanya mengelak terik matahari yang jelas.

Gerhana itu akan muncul buat pertama kali ketika fajar di Teluk Khambhat, India di utara Mumbai.

Ia akan bergerak ke timur merentasi India, Nepal, Myanmar, Bangladesh, Bhutan dan China sebelum melalui Pasifik. Gerhana itu akan melalui beberapa pulau selatan Jepun dan kali terakhir dapat dilihat dari darat di Pulau Nikumaroro di negara Pasifik Selatan di Kiribati. Di tempat lain, gerhana separa akan dapat dilihat kebanyakannya di Asia.

Bagi pakar kaji bintang, ia akan menjadi peluang pemerhatian lama korona matahari, lingkaran putih sejauh sejuta kilometer dari permukaan matahari. Gerhana penuh sebelumnya pada Ogos 2008, dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat. Kali ini ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat.

Saintis solar Lucie Green berada di atas kapal persiaran Amerika menghala ke tapak itu berhampiran pulau Jepun di Iwo Jima, di mana paksi bayang-bayang bulan akan berada hampir dengan bumi.

Penumpang membayar AS$2,599 sehingga AS$3,643 (RM9,212.16 hingga RM12,912.61) untuk menaiki kapal persiaran dikendalikan Mayhugh Travel Inc, syarikat California yang mengkhusus dalam penjelajahan astronomi, menurut laman web syarikat.

"Korona mempunyai suhu dua juta darjah selsius namun kami tidak tahu mengapa ia sangat panas," kata Green dari Kolej Universiti London. "Apa yang kami sedang teliti ialah gelombang dalam korona... Gelombang itu mungkin mengeluarkan tenaga yang memanaskan korona. Ia bermaksud kami memahami sebahagian sains dalam matahari."

Saintis berharap data daripada gerhana itu akan membantu menjelaskan nyalaan solar dan struktur lain dalam matahari dan mengapa ia meletus, kata Alphonse C Sterling, seorang pakar astrofizik Nasa yang akan mengikuti gerhana itu di China.

"Kita perlu menunggu beberapa ratus tahun lagi untuk mendapat peluang seperti ini bagi memantau gerhana matahari yang terjadi dalam tempoh lama, justeru ia adalah satu peluang yang amat istimewa," kata Shao Zhenyi, seorang pakar astronomi di Shanghai Astronomical Observatory. � AP

http://www.bharian.com.my/Wednesday/Dunia/20090722013842/Article/index_html

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template