.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Selasa, 19 Mei 2009

Liku Ke Desa



Perjalanan yang bermula kira-kira pada 9pagi itu tiba kira-kira hampir pukul 12 tengahari di stesen bas SKMK di Tanah Merah setelah banyak menghabiskan masa di sekitar Bandar Kota Bharu Bandaraya Islam menemankan Ismail @ Isma Aliff, salah seorang sahabat yang rapat ketika bersekolah di SMAI dahulu. Terpisah kerana mengikut haluan masing-masing, namun kini ditemukan kembali. Sebelum tiba di SMAI, sempat juga ana singgah di kedai menjahit Kak Pa (salah seorang ibu kepada bekas anak muridku). Beliau agak baik dengan ana dan tidak segan untuk berkongsi hal kehidupannya dengan ana. Banyak juga yang dapat ditimba daripada pengalaman orang sepertinya. Akan ana manafaatkannya, InsyaAllah. Ana tinggalkan barangan ana di kedainya…tidak selesa nak menjejakkan kami ke SMAI dengan beg yang tidak diperlukan buat masa itu… kedatangan ana ke SMAI adalah untuk berbincang berkenaan kertas kerja program yang dijadulkan akan bermula pertengahan bulan 6. Sempat juga ana bertegur sapa dengan beberapa orang guru yang sememangnya mesra dengan ana.

Seusai solat zohor, ana dan Ismail berkira-kira untuk berjalan di sekitar bandar Tanah Merah kerana masing-masing mempunyai beberapa barangan yang perlu dibelikan. Namun Ismail mengatakan kepada ana bahwa Ust Darul mengajak untuk makan di kedai makannya, Restoran Syabab. Ternyata Ust Darul sedang menantikan kami yang lewat sedikit menunaikan solat zohor disebabkan beberapa kali sangkut dengan beberapa orang guru muslimat ketika dalam perjalanan ke musalla. Namun ajakan Ust Darul gagal kami penuhi gara-gara Ust Syaharuddin yang sedia menunggu di dalam keretanya mengajak untuk ke rumahnya dan kami akhirnya mengikutinya. Rasa bersalah sememangnya tidak dapat dibendung dan sering ana sebutkan kepada Ismail. Ketika menjamu selera di rumah Ust Saha, takdirnya menentukan bahawa kami akan bertemu seorang lagi sahabat yang sekian lama terpisah, Zulkifli Ibrahim. Beliau sekarang rupanya sedang mengajar di sebuah pondok di Terengganu. Sedikit yang agak menarik berkenaan keluarganya, bermula daripada anak ke empat hinggalah ke atas kesemuanya berlatar belakangkan pendidikan asas pondok. Akhlak mereka memang bagus.. boleh dikatakan sebagai anak-anak yang soleh & solehah. Berkumpulnya kami tengahari itu umpama ana rasakan pertemuan sebuah usrah yang ahli-ahlinya kembali ke pangkuan naqib dengan pencapaian masing-masing…

Diringkaskan cerita, bukan sahaja rancangan untuk bermalam di masjid berubah tempat ke rumah Al-Akh Zulkifli Ibrahim, malah rancangan untuk bermalam semalaman akhirnya menjadi 2 malam gara-gra terlepas bas. Sedikit yang ingin dinukilkan dalam perjalanan ini. Malam harinya ana berkesempatan menhadiri ceramah isu-isu semasa di Markas Tarbiyah PAS Kawasan Tanah Merah (MARTAM) yang masih lagi dalam proses pembinaan. Ceramah yang dipengerusikan oleh Ust Halim yang merupakan tokoh agama yang terkenal di Tanah Merah ini membariskan ADUN Titi Serong, Perak (seorang Cina Muslim),YB Abdul Fatah Mahmood ADUN Bukit Panau merangkap EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, YB Atiqullah yang bukan shj seorang ADUN malah Timb. Ketua Pemuda PAS Kelantan, Suria (nama pendek) salah seorang bekas pemimpin tertinggi MIC yang kini berperanan penting dalam Kelab Penyokong PAS Perak. Perkara yang banyak diketengahkan sudah tentulah berkenaan krisis politik di Perak. Antara perkara yang baru yang ana tidak dapat melalui internet ialah ADUN Titi Serong telah menyebut bahawa ADUN Pakatan Rakyat terlihat senjata api (pistol) yang diselitkan seluar di sebelah belakang yang dibawa oleh anggota polis semasa kekalutan di dalam dewan tersebut. Perkara itu kemudiannya dinafikan oleh ADUN BN dengan mengatakan bahwa ianya adalah handphne.. Ha! Ha! Ha! Memang kelakar betul la ADUN BN.. terserlah kebodohan mereka.. cuba habaq mai kat ana.. sapa yang selit handphone kat belakang?! Orang gila pun tak buat macam tu… isk!3 bodoh lagi gila sangat pemimpin BN rupenya…huhuhu…

Selepas asar pada hari pertama ana di Tanah Merah, ana bersama Zulkifli dan ayahnya telah menziarahi bapa saudaranya di hospital daerah tersebut. Tanpa diduga, petang itu ana sempat meyaksikan kekalutan saat jasad di tinggalkan rohnya. Salah seorang pesakit di wad tersebut telah meniggal dunia. Entah mengapa… ketika itu juga pandangan ana menjadi kelam dan terasa loya hampir-hampiir menyebabkan ana rebah tersungkur. Ana kuatkan semangat lantas keluar daripada wad tersebut untuk menenangkan diri. Bimbang menerjah ke ruangan fikiran ana. Minta jauh la daripada dibawa roh pergi juga.. tak cukup bekalan lagi… peristiwa itu masih segar di ingatan ana sehingga sekarang. Setelah itu kami bergerak ke rumah cikgu Sabariah yang kira-kira pernah ana ziarahi sebulan lalu bersama Syazwan. Ternyata keadaannya kini lebih kritikal daripada sebelum ini. Kini kanser yang dihidapinya telah merebak hingga menyebabkan… ah… x sanggup ana menyebutnya. Secara peribadinya ana tidak nampak bahawa ada peluang untuknya sembuh lagi.. tapi ana juga tidak boleh nafikan bahawa kuasa Tuhan mampu mengubah segala-galanya… apa pun ana tetap berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuknya. Ana akhirnya kembali tengahari sabtunya di rumah.. Alhamdulliah selamat sampai…

1 ulasan:

Unknown on 20 Mei 2009 pada 8:03 PG berkata...

sme2 doakn ust sabariah smoga di pjgkn umur dan slmt dari sgala kesakitan yg di alami!!
jika Allah s.w.t. lebih menyayanginya..moga2 diambil dlm keadaan husnul khatimah!!
husnuzzon pd Allah s.w.t. dan sunnahNya..

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template