.: Anda Suka Blog Ini? :.

.: Komentar Warga FB :.

Khamis, 30 April 2009

Aku Bermesyuarat Bersama Tokoh Agama


Salam ukwah sebagai pembuka bicara kepada para pembaca yang setia dengan nukilanku. Secebis pengalaman yang telah beberapa hari berlalu ingin ku kongsikan bersama. Pada sabtu lalu satu panggilan daripada pensyarahku, Ustazah Nurul Akma telah kuterima. Beliau menawarkanku jawatan Setiausaha Kerja 2 untuk Program Seminar Maqasid Syariah Dalam Pentadbiran Negara Peringkat Kebangsaan (SMS`09) anjuran Jabatan Syariah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) yang dijadualkan akan diadakan pada 13 Julai 2009 di hotel Grand Riverview di Kota Bharu. Setelah kunyatakan persetujuanku untuk menerima jawatan tersebut, surat perlantikan secara rasmi kemudiannya menyusul dan diikuti bersama panggilan mesyuarat untuk kali pertama.

Diriku ini adalah merupakan salah seorang daripada 3 orang mahasiswa yang terlibat sebagai ahli mesyuarat sedangkan lain-lain ahli mesyuarat adalah Ketua Jabatan dan pensyarah-pensyarah Jabatan al-Syariah. Terasa benar kekerdilan diri ini bilamana berada semeja dengan tokoh-tokoh agama mahupun akademik seperti Dr.Abdul Basit jua merupakan Mursyid Pondok Sungai Durian yang bukan sahaja masyhur di pelusuk negeri Kelantan, bahkan juga Malaysia terutamanya bagi mereka yang mengikuti rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 mahupun kuliah-kuliah pengajiannya di merata tempat. Tidak kurang juga pensyarah lain seperti Ustaz Lokmal yang merupakan senior sekolah menengahku, beliau kini juga seorang peguam dan sedang menimba ilmu dalam bidang kehakiman.. ada rancangan nak jadi hakim kot. Selain itu juga Ustaz Zulkarnain yang merupakan lepasan master dalam bidang siasah dan bergiat hebat dalam siasah juga turut kukagumi. Ustazah Nurul Akma yang juga lepasan master dalam bidang siasah daripada Jordan juga amat kukagumi serta beberapa orang pensyarah lain-lain yang tidak sempat kunukilkan.

Apa yang menarik perhatianku di dalam mesyurat ini adalah bagaimana situasi perjalanan mesyuarat. Tidak ada langsung rasa tekanan mahupun yang seumpamanya. Mesyuarat berjalan dengan mengikut tertib perbincangan dalam suasana yang begitu ceria sekali. Begitu jauh dariapda apa yang kugambarkan sebelum ini..
Terasa diri begitu selesa bersama-sama mereka, gurauan mereka pula begitu tinggi bahasanya dan berilmiah.
Apa pun suatu perkara yang sememangnya digemarkanku adalah pengekalan perwatakan mereka dalam mesyuarat yang mewarnai mesyuarat tersebut.

Kutermenung sejenak membuka lipatan masa yang berlalu, mesyuarat-mesyuarat yang pernah kulalui sebelum ternyata tidak seindah ini. Kadang kala wujud pendekatan kuku besi, monopoli golongan tertentu dalam menghasilkan keputusan mesyuarat, emosional, kelewatan masa yang ketara, kehadiran yang mengecewakan dan banyak lagi. Mudah-mudah kuberoleh manafaat daripada pelunag yang diberikannya ini.

0 ulasan:

FOM Ads
Photobucket



 

BICARA TINTA Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template